2. Berpegang pada rutin
Apabila terdapat rutin untuk diikuti, kanak-kanak autistik boleh meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya. Ini membantu mereka menjadi lebih tenang. Jadual bergambar boleh membantu anak anda memahami rutin hariannya. Jika terdapat sebarang perubahan, maklumkan pada anak anda seawal boleh. Jika anda ingin memperkenalkan anak anda dengan persekitaran baru, pastikan pada waktu kurang rangsangan, iaitu kurang bising dan tidak ramai orang.
3. Berkomunikasi dengan jelas dengan anak anda
Komunikasi lisan adalah sukar untuk anak autistik. Oleh itu, cakap dengan sabar dan jelas tanpa menjerit atau agresif kerana ini akan memburukkan keadaan. Anda juga boleh cuba berkomunikasi dengan gambar. Pastikan anda turut mendengar segala apa yang anak anda ingin luahkan.
4. Alihkan perhatian anak anda
Jika puncanya adalah emosi/psikologi, alihkan perhatian mereka kepada benda lain yang mereka minati. Ini termasuklah mainan, filem kegemaran atau musik kegemaran. Jika anak anda telah bertenang, tanya mereka apa sebenarnya punca mereka marah dan cuba untuk mengelakkan punca tersebut berulang.
5. Tukar persekitaran anak anda
Anak anda mungkin tertekan kerana terlalu hipersensitif dengan segala ransangan. Anda boleh cuba mengalihkan mereka ke persekitaran yang berbeza, atau menukar persekitaran (contohnya mematikan muzik yang kuat), untuk mengurangkan rangsangan. Sebagai contoh, jika anak anda merasakan lampu di sesuatu tempat terlalu terang, alihkan anak anda ke tempat yang lebih malap atau berikan mereka kacamata hitam.
6. Beri ruang untuk anak anda
Cuba biarkan mereka duduk seketika untuk bertenang sendiri, di mana-mana kawasan selamat dengan rangsangan deria yang terhad.
7. Berbincang
Selepas kejadian itu, bincangkannya dengan anak anda. Gunakan pendekatan berasaskan penyelesaian: bukannya menyalahkan atau menghukum anak anda. Tanya anak anda apa punca kejadian tersebut dan bagaimana untuk mengelaknya. Anda juga boleh membantu anak anda menggunakan strategi menenangkan diri seperti mengira, menarik nafas dalam, beredar dan sebagainya.