home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Autisme: Pertimbangkan Keberkesanan Terapi Akuatik

Autisme: Pertimbangkan Keberkesanan Terapi Akuatik

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami autisme juga mengalami gangguan integrasi deria sensitif yang ringan, atau ketidakupayaan secara berkesan untuk mengambil/menerima, menyusun, dan bertindak balas terhadap input deria. Malah, defisit pemprosesan deria adalah salah satu pencetus utama di sebalik tingkah laku yang tidak sesuai, anti-sosial, atau merosakkan diri yang sering dikaitkan dengan gangguan spektrum autisme (ASD).

Oleh itu, terapi akuatik atau hidroterapi digunakan sebagai rawatan untuk kanak-kanak dengan ketidakupayaan atau kelewatan motor. Hidroterapi adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip hidrodinamik (keapungan, ketumpatan relatif, kelikatan, rintangan, tekanan hidrostatik, turbulensi, dan aliran) dan dianggap memberi rangsangan deria melalui suhu air, mengurangkan berat badan, dan input vestibular.

Berdasarkan laporan kajian The effectiveness of hydrotherapy in the treatment of social and behavioral aspects of children with autism spectrum disorders: a systematic review, hidroterapi telah digunakan untuk pemulihan muskuloskeletal dan neuromuskular selama lebih dari 100 tahun. Ia telah ditunjukkan untuk meningkatkan prestasi motor pada kanak-kanak dengan distrofi otot, cerebral palsy, fibrosis kistik, spina bifida, dan sindrom Rett.

Mengapa terapi akuatik pilihan terbaik untuk autistik?

Manfaat fizikal

Menurut penyelidikan, air adalah medium ideal untuk pemulihan badan atau senaman. Air menyediakan persekitaran yang ideal, yang membantu mengurangkan berat badan sehingga 90%. Air suam mengurangkan tekanan atau mempengaruhi tubuh sementara mengurangkan ketegangan dan melegakan otot. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti air tertentu yang terarah, kanak-kanak dapat mengukur had-had tubuhnya sendiri dengan lebih baik. Kanak-kanak mampu mengawal tenaga yang digunakan oleh tubuh ketika melakukan tugas atau bermain dan ini membantu meningkatkan postur, keseimbangan, dan koordinasi.

Penambahbaikan kognitif

Terapi akuatik pediatrik boleh membantu kanak-kanak dengan autisme untuk meningkatkan tumpuan dan perhatian mereka. Terapi ini memberi tumpuan kepada pergerakan fungsi berasaskan mainan, memudahkan perkembangan neuro dan meningkatkan pelbagai gerakan. Terapi ini meningkatkan kesedaran tubuh, sambil membantu kanak-kanak bersenang-senang. Sesi one-on-one dapat membantu kanak-kanak dengan autisme apabila melibatkan kawalan impuls, keupayaan untuk mengikuti arahan dan toleransi frustrasi.

Menguruskan isu deria

Kanak-kanak yang mempunyai autisme sering mengalami kesukaran deria yang biasanya sangat sukar difahami. Kanak-kanak sering kali mempunyai tindak balas yang kuat terhadap tekstur yang berbeza dan mereka boleh berulang atau dibawah reaksi kepada rangsangan yang berbeza dalam persekitaran. Ahli terapi bermula dengan menilai suhu air serta bunyi dan gangguan lain di dalam air. Apabila semua faktor dipertimbangkan, air membantu menyediakan persekitaran yang selamat yang menyokong kanak-kanak sambil memberikannya tekanan hidrostatik yang diperlukan. Ramai kanak-kanak mampu bertolak ansur dengan lebih baik selepas terapi akuatik.

Meningkatkan kemahiran sosial

Sesi terapi berkumpulan boleh membantu kanak-kanak dengan autisme meningkatkan kemahiran sosial mereka. Latihan ini termasuk sesi yang menyasarkan kemahiran khusus. Semasa sesi berkumpulan ini, kanak-kanak bekerjasama dengan ahli terapi dan kanak-kanak lain. Mereka belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan rakan-rakan sekumpulan mereka, sambil berkongsi mainan dan peralatan. Dengan kerjasama dan berdaya saing, kanak-kanak mengembangkan sikap mental dan meningkatkan keyakinan diri. Ia juga peningkatan yang ketara dalam memulakan dan mengekalkan hubungan mata semasa dan selepas sesi terapi.

Walaupun hidroterapi mungkin merupakan pilihan rawatan yang ideal untuk kebanyakan kanak-kanak dengan autisme, namun ia bukan untuk semua orang. Keperluan setiap kanak-kanak memerlukan rawatan yang unik, dan hanya perundingan dengan profesional yang terlatih dapat menentukannya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

The effectiveness of hydrotherapy in the treatment of social and behavioral aspects of children with autism spectrum disorders: a systematic review https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3917923/ Accessed on Mac 26, 2019.

Hydrotherapy for Autism: Why You Should Consider Aquatic Therapy for Your Child https://www.cheshirefitnesszone.com/hydrotherapy-for-autism/ Accessed on Mac 26, 2019.

Why Should You Use Aquatic Therapy For Children With Autism? https://www.cheshirefitnesszone.com/why-should-you-use-aquatic-therapy-for-children-with-autism/ Accessed on Mac 26, 2019.

Aquatic Therapy for Children with Autism is Fun, Safe, and Effective https://springbrookautismbehavioral.com/portfolio-item/aquatic-therapy-for-children-with-autism-is-fun-safe-and-effective/ Accessed on Mac 26, 2019.

The Benefits of Aquatic Therapy for Kids with Autism https://healthyvoyager.com/aquatic-therapy-kids-with-autism/ Accessed on Mac 26, 2019.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 08/07/2020
Fakta Disemak oleh Dr. Shelby
x