Bayi Lahir Tahun 2020 Terima Suntikan Pneumococcal Percuma!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bajet 2020 yang dibentangkan Jumaat (11 Oktober 2019) pastinya memberikan perkhabaran baik buat ibu bapa di luar sana. Apa yang baiknya, ya? Haa…apa lagi kalau bukan peruntukan RM 60 juta daripada kerajaan bagi suntikan Pneumococcal dan ia akan diberikan secara percuma buat semua bayi yang lahir pada tahun 2020. 

Apa itu suntikan Pneumococcal?

Suntikan Pneumococcal atau turut dikenali sebagai Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV) diberikan bertujuan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus Pneumonia. Bakteria ini juga dikenali sebagai Pneumokokus. 

Mesti ada di antara anda yang bertanya bahayakah bakteria tersebut? Sebelum penulis menjawab bahaya atau tidak, ‘jom’ kita ketahui dulu apa kesan kepada kesihatan jika dijangkiti bakteria ini, okay?

Umumnya, bakteria ini boleh menjangkiti sesiapa tanpa mengira usia, tetapi lebih kerap menjangkiti kanak-kanak dan individu lebih berusia. Pelbagai masalah kesihatan berisiko untuk berlaku jika dijangkiti, antara:

  • Jangkitan atau radang paru-paru
  • Meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak
  • Sepsis (jangkitan dalam darah)
  • Sinutisis (jangkitan pada sinus)
  • Otitis media (jangkitan telinga telinga)

Kebanyakan jangkitan ini adalah serius dan boleh mengakibatkan hilang upaya secara kekal seperti pekak, kerosakan otak atau kehilangan tangan mahupun kaki, atau boleh menyebabkan kematian. Jadi sudah tentu jawapannya, bakteria ini adalah berbahaya. Dan oleh kerana itu, amat penting untuk mendapatkan suntikan PCV ini. 

Dos suntikan diperlukan bayi

Buat masa ini, kos suntikan PCV di klinik swasta adalah sekitar RM 325 bagi setiap dos, mahal bukan? Dari aspek kemampuan, sudah tentu dengan harga sebegitu, ia boleh dianggap sebagai satu bebanan kerana bukan satu dos sahaja yang diperlukan. 

Oleh kerana Bajet 2020 memberikan suntikan Pneumococcal percuma kepada bayi, apa kata kita ketahui mengenai jumlah dos suntikan yang diperlukan. Untuk makluman setiap dos adalah bersamaan 0.5 ml.

Sebanyak tiga dos lengkap disyorkan kepada si manja pada usia 1 tahun. Dos yang pertama akan diberikan selepas berumur enam minggu. Jika ingin mendapatkan suntikan ini buat si manja anda, sebaiknya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan jadual imunisasi suntikan pneumokokal mengikut usia si manja. 

Suntikan penting

Sebagai seorang ibu, penulis berasakan inilah berita yang menggembirakan buat semua ibu bapa di luar sana. Suntikan Pneumococcal adalah satu suntikan yang penting. Ia adalah untuk menjamin tahap kesihatan yang lebih baik buat si comel anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penularan Pergerakan Anti Vaksin di Malaysia: Sebab dan Akibat

    Gempar seantero dunia apabila WHO (World Health Organization) mengeluarkan kenyataan yang menyatakan jumlah kes penyakit demam campak telah meningkat sebanyak 50% pada tahun sebelumnya. Menurut WHO lagi, ia mungkin ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan 18/02/2019 . 4 minit bacaan

    1 Dari 10 Bayi Seluruh Dunia Tidak Menerima Sebarang Vaksin Pada Tahun 2016

    Di peringkat global, 12.9 juta bayi, hampir 1 dari 10, tidak menerima sebarang vaksin pada tahun 2016 menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF). Ini bermakna bayi ini tidak mengambil ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 13/11/2018 . 2 minit bacaan

    Lebih Separuh Daripada Vaksin Seluruh Dunia Dibazirkan Oleh Sebab Ini

    Sejak berdekad lamanya, vaksin telah berjasa dalam mencegah banyak penyakit termasuk beguk, demam campak, difteria, tibi, dan rubella yang dahulunya sangat kerap berlaku dalam kalangan masyarakat. Malah, sebahagian ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Antarabangsa 26/10/2018 . 2 minit bacaan

    4 Sebab Mengapa Anda HARUS Beri Anak Vaksin Difteria, No #4 Akan Buat Anda Sedar Sesuatu!

    Jika anda masih mempunyai keraguan dan berkira-kira untuk memberikan anak anda vaksin difteria, artikel ini mungkin sesuai untuk dibaca. Mengapa anak anda perlu diberikan vaksin difteria? 1. Vaksin difteria adalah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 07/09/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    vaksin flu

    Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin bayi

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 5 minit bacaan
    pemeriksaan kesihatan

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/04/2020 . 5 minit bacaan
    kanser serviks

    Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/02/2020 . 3 minit bacaan