Minggu demi minggu

Barang Keperluan Bayi Baru Lahir – Bahagian 3

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Terdapat banyak barang keperluan yang perlu anda sediakan dalam tahun pertama kelahiran bayi, yang anda mungkin tidak tahu. Sesetengah barang mungkin perlu, sementara sesetengah barang lain hanya termasuk dalam kategori kehendak peribadi anda. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan barang keperluan penting yang anda perlu beli untuk bayi anda.

Memberi bayi makan

Anda mungkin perlu barang kelengkapan makan berikut jika bayi sudah mula makan makanan pejal.

Sudu bayi. Sudu ini memang direka khas untuk bayi kecil. Anda boleh pilih sudu plastik atau sudu getah. Kini, terdapat banyak sudu dengan pelbagai bentuk comel yang boleh anda gunakan untuk menggalakkan bayi makan.

Mangkuk. Mangkuk bayi adalah perlu jika anda mahu mengajar anak anda cara untuk makan sendiri.

Kerusi makan bayi. Kerusi makan atau highchair dengan dulang makan khas adalah pilihan yang baik yang memudahkan anda untuk membersihkan tempat makan bayi dan menggerakkan kerusi untuk makan di mana-mana. Juga, anda perlu beli kerusi dengan alas tempat duduk bagi memudahkan anda mengalih dan memasukkan alas ke dalam mesin basuh.

Kain alas makan. Bayi anda mudah untuk menjatuhkan makanan kerana dia terlampau muda untuk memastikan makanan kekal pada satu-satu tempat. Jadi, kain alas makan jenis kalis air atau cepat-kering adalah penting untuk menahan makanan yang terjatuh.

Memandikan bayi

Tab mandian. Bagi memandikan bayi, anda mungkin memerlukan tab mandian bayi. Anda perlu pilih tab yang diperbuat kukuh dan baik untuk bayi.

Syampu dan sabun. Kulit bayi anda adalah sensitif, jadi ingatlah sebelum membeli, pastikan anda melihat kepada kandungan di dalamnya. Bagi melindungi kulit dan mata bayi, anda boleh memilih produk dengan formula tidak memedihkan mata. Selain itu, jika anda mahu mengelakkan phthalates dalam syampu ataupun sabun, anda boleh pilih jenis yang tidak mengandungi pewangi dalam bahan buatannya.

Tuala. Anda perlu pilih tuala yang lembut dan bertutup kepala untuk mengelap dan membalut tubuh anak anda selepas mandi.

Kain lap. Dengan kain lap, anda boleh gunakan untuk mengelap muka bayi anda selepas makan atau membersihkan bayi jika tubuhnya kotor.

Mainan

Puting bayi. Puting bayi atau pacifier berguna untuk memastikan bayi berhenti menangis, dalam sesetengah kes. Atau, ia boleh membantu bayi anda tidur lena tanpa perlu bantuan daripada ibu.

Mainan. Bagi memilih mainan untuk bayi anda, anda perlu mempertimbangkan bahan pembuatannya. Sekarang ini, sesetengah mainan mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk kanak-kanak. Mainan lembut dan bermuzik, atau mainan gemerencing adalah pilihan yang baik.

Buku. Anda boleh membeli buku kertas tebal untuk bayi anda. Ini salah satu cara baik untuk anda memperkenalkan bacaan buku kepada si manja.

Kerusi melantun. Jika bayi anda bergerak, kerusi ini akan melantun ke atas dan ke bawah. Kerusi ini adalah selamat kerana mengandungi tali pengikat melekat, jadi si manja boleh bermain dengan riangnya.

Terdapat pelbagai barang kelengkapan yang anda ingin belikan untuk si manja anda. Akan tetapi, pastikan tentang kandungan dan bentuk sebelum membeli. Di samping itu, anda boleh bertanya kepada jurujual mengenai barang yang perlu dibeli dan tidak perlu mengikut usia bulan bayi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Share now :

Tarikh Reviu: 29/03/2019 | Kali terakhir kemaskini: 25/06/2020

Rujukan

Artikel lain untuk anda

melawat bayi

Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
jantina bayi

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
penghawa dingin

Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
bayi julur lidah

Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bayi Baru Lahir Ada Satu Bau Yang Buat Ibu Rasa Ketagih, Dari Mana Datangnya Bau Ini?

Mengapa ya bayi yang baru lahir mempunyai bau yang wangi? Apa punca serta mengapa bayi berbau wangi sehinggakan kita rasa macam nak gigit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 10/09/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

Mungkin ramai yang sudah faham maksud flos gigi namun tidak melakukannya. Kalian perlu tahu bahawa ia penting untuk anda dan juga si kecil. Jom klik ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 12/08/2020 . 3 minit bacaan

Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

Kelahiran bayi songsang berlaku dalam kalangan 3-4% ibu hamil. Jika tidak diuruskan dengan betul, komplikasi serius boleh berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/07/2020 . 3 minit bacaan