Apakah yang Anda Perlu Tahu Mengenai Susu Transisi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Susu ibu akan membekalkan pelbagai nutrisi asas yang sangat diperlukan oleh bayi semasa beberapa bulan selepas kelahirannya. Sebenarnya, terdapat 3 peringkat atau jenis susu ibu iaitu kolostrum, susu transisi dan susu matang. Kebanyakan individu mengetahui mengenai susu kolostrum dan susu matang. Namun begitu, tidak ramai individu yang tahu tentang susu transisi.

Apa itu susu transisi?

Susu transisi adalah susu yang dihasilkan oleh payudara si ibu kira-kira 2 hingga 5 hari selepas bersalin. Payudara si ibu akan menghasilkan susu transisi ini sekurang-kurangnya setiap 2 jam sekali. Dalam beberapa kes, si ibu masih akan menghasilkan susu transisi sehingga 10 hingga 14 hari selepas bersalin.

Susu transisi dihasilkan selepas susu kolostrum. Ia mempunyai kandungan protein, lemak, laktosa serta pelbagai jenis vitamin. Ia juga lebih tinggi kalori berbanding kolostrum.

Apa akan berlaku semasa penghasilan susu transisi?

Susu transisi akan dihasilkan dalam amaun yang lebih banyak berbanding kolostrum. Ketika ini, payudara anda akan lebih membesar dan membulat. Ini mungkin akan menyebabkan anda berasa tidak selesa kerana ia akan mendatangkan kesukaran untuk menyusukan bayi.

Anda boleh menggunakan tangan anda untuk memicit keluar sedikit susu untuk melembutkan bahagian areola. Ini bertujuan memudahkan penyusuan badan serta mengurangkan tekanan. Anda boleh berjumpa dengan doktor atau bertanya sahaja kepada ibu anda bagaimana untuk menghadapi kesukaran semasa penghasilan susu transisi ini.

Perubahan pada badan anda

Sebagai ibu, kadangkala anda mungkin akan berasa sesuatu berlaku pada payudara anda. Ini merupakan tanda daripada refleks badan bahawa susu telah siap dihasilkan untuk diminum oleh bayi anda. Perasaan ini akan berlaku akibat rangsangan daripada bayi yang menghisap payudara anda ataupun daripada tangisan bayi itu sendiri.

Pada minggu awal penyusuan badan anda mungkin akan mengalami kekejangan pada rahim. Ini menunjukkan bahawa hormon oksitoksin sedang dirembeskan. Anda perlu lebih banyak berehat kerana stres, kesakitan dan keletihan ini mungkin akan mendatangkan mudarat kepada kualiti penghasilan susu badan anda.

Manfaat susu transisi

Susu ibu mengandungi amaun lemak, protein, vitamin, mineral dan enzim yang sangat diperlukan oleh bayi yang baru lahir. Ia dapat membantu mengembangkan sistem saraf dan sistem pencernaan bayi. Ia juga akan meningkatkan keupayaan bayi untuk melawan bakteria dan infeksi. Susu transisi juga mengandungi elemen yang mampu membunuh bakteria, kuman dan virus. Bayi yang disusukan dengan susu transisi ini juga dapat dielakkan daripada pelbagai kondisi kesihatan seperti infeksi, penyakit, alahan, cirit-birit serta pelbagai lagi masalah pencernaan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sawan Tarik VS Sawan Babi: Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!

    Pernahkah anda dengar mengenai sawan tarik atau sawan babi? Kedua-duanya mungkin nampak serupa, namun sebenarnya ia merupakan dua kondisi yang berbeza!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

    Sindrom pramenstruasi (PMS) mampu menyebabkan beberapa simptom yang menyerupai tanda-tanda kehamilan. Perkara ini boleh mengelirukan para wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin. Ini yang ibu perlu tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Atasi Masalah Tumit Kaki Merekah Dengan 5 Bahan Dapur Di Rumah, Boleh Cuba, Ya!

    Masalah tumit merekah bukan lagi perkara asing buat kita dan mampu mencacatkan penampilan seseorang. Justeru, apakah rawatan terbaik bagi merawatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    senaman kardio

    Nak Bersenam Tapi Tak Boleh Keluar Rumah? Jom Lakukan Senaman Kardio, Mudah Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
    bibir gelap

    Tak Merokok Tapi Mengapa Bibir Gelap? Ini Punca Bibir Jadi Hitam, Kopi Salah Satu Penyebab!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
    bagaimana HIV merebak

    HIV Tersebar Melalui Seks Bebas, Tapi Benarkah Gigitan Nyamuk Juga Boleh Sebarkan Virus Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
    waktu tidur tanpa seluar dalam

    Biarkan Zakar & Miss V Bernafas! Ini Manfaat Jika Tak Pakai SELUAR DALAM Ketika Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan