3 Fakta tentang Penyusuan Badan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penyusuan badan adalah antara tabiat manusia yang paling semula jadi dan intim. Tetapi ini tidak bermakna penyusuan badan mudah untuk para ibu baru dan bayi yang baru lahir. Tetapi walau bagaimana sukar pun ia pada permulaannya, dengan kesabaran, latihan, dan ketekunan, anda dan bayi anda akan dapat menjayakannya.

Pegang bayi anda dengan cara yang betul apabila menyusukannya

Terdapat pelbagai cara untuk menyusukan bayi. Yang penting adalah untuk mencari kedudukan yang paling selesa bagi anda berdua. Anda boleh menggunakan bantal dan selimut untuk membantu bayi anda berasa lebih selesa. Untuk ibu baru, menyusukan bayi anda dengan cara yang betul adalah sangat penting kerana kesilapan boleh menyebabkan masalah pencernaan yang serius. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menyusukan bayi anda, tanya doktor anda untuk mendapatkan bantuan. Nasihat daripada para ibu yang berpengalaman juga dapat membantu.

Kolostrum dan susu ibu: pintu pertama bayi

Kolostrum adalah susu pertama yang badan anda hasilkan. Ia mungkin kelihatan sedikit kuning kerana kepekatan karoten (vitamin A) yang tinggi. Kolostrum adalah rendah lemak dan tinggi protein, sesuai untuk perut bayi anda yang lemah. Ini adalah cara si ibu membekalkan bayinya dengan protein, vitamin dan mineral serta antibodi pertama yang penting. Kandungan kolostrum ini akan melindungi bayi anda daripada bakteria, virus, dan penyakit dengan cara merangsang sistem imunnya.

Beberapa hari selepas kelahiran anak anda, payudara anda akan mula menghasilkan jumlah susu yang lebih banyak. Berbanding kolostrum, susu jenis ini adalah lebih ringan, lebih putih, dan lebih tinggi kalori. Apabila anda menyusukan bayi anda, anda menggalakkan payudara anda untuk menghasilkan lebih banyak susu. Selepas beberapa hari, payudara anda akan menghasilkan susu yang tinggi lemak yang membantu bayi anda berasa kenyang dan memperoleh berat badan yang ideal.

Bagaimana untuk mengetahui bila bayi saya perlu makan?

Bayi biasanya perlu diberi makan 12 kali dalam tempoh 24 jam. Sesetengahnya mungkin memerlukan 3 rehat jam antara penyusuan. Setelah cukup susu, bayi anda akan tidur sehingga 4 jam sebelum berasa lapar lagi.

Bayi anda akan menunjukkan beberapa isyarat untuk memaklumkan anda bahawa dia sedang lapar dengan cara memperbanyakkan pergerakan seperti renggangan, memandang sekitar atau menggerakkan tangannya ke arah mulut. Sesetengah bayi mungkin menghisap jari mereka atau menjilat bibir mereka. Tanpa perlu disebut, isyarat yang paling jelas adalah dengan membuka mulutnya, mencari puting ibu, dan mula menangis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Baru Lahir Ada Satu Bau Yang Buat Ibu Rasa Ketagih, Dari Mana Datangnya Bau Ini?

    Mengapa ya bayi yang baru lahir mempunyai bau yang wangi? Apa punca serta mengapa bayi berbau wangi sehinggakan kita rasa macam nak gigit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

    Mungkin ramai yang sudah faham maksud flos gigi namun tidak melakukannya. Kalian perlu tahu bahawa ia penting untuk anda dan juga si kecil. Jom klik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    melawat bayi

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    jantina bayi

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan bayi

    Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    penghawa dingin

    Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan