backup og meta

Ini 4 Jenis Sayur & Buah Yang Terbaik Untuk Makanan Pejal Pertama Bayi, Cubalah!

Disemak oleh Pakar Mohd Firdaus Bin Mohd Sahir · Sains sukan · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/06/2023

    Ini 4 Jenis Sayur & Buah Yang Terbaik Untuk Makanan Pejal Pertama Bayi, Cubalah!

    Memperkenalkan makanan solid pertama untuk bayi (kadangkala dipanggil weaning atau makanan pelengkap) adalah sebahagian penting dan tidak terganti dalam perkembangan bayi.

    Jom ketahui jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang terbaik untuk diberikan sebagai makanan pertama mereka!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Jenis makanan solid pertama untuk bayi

    Pada ketika ini, sesetengah ibu akan berasa lega kerana mereka tidak lagi menyusukan bayi.

    Bagaimanapun, selepas proses weaning pada usia 6 bulan, ibu masih digalakkan untuk terus menyusukan badan sehingga umur bayi 2 tahun.

    Peralihan kepada makanan pejal boleh memberi tekanan dan mengelirukan anda kerana anda tidak tahu jenis makanan tertentu yang boleh dipilih dan dielakkan.

    Berikut merupakan 4 jenis buah dan sayur terbaik yang boleh diberikan semasa tahun pertama bayi anda:

    1. Avokado

    Mitos yang paling popular kini adalah mengenai ibu bapa perlu mengelak daripada memberi anak makanan berlemak tidak kiralah jika ia sihat sekalipun.

    Realitinya, lemak adalah bahagian yang tidak boleh diganti dalam pemakanan bayi kerana lemak membantu untuk menyerap nutrien lemak-larut lain seperti vitamin A, C, D, dan E, serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi otak yang betul.

    Ini menjadikan avokado sebagai salah satu pilihan buah terbaik sebagai makanan solid pertama untuk bayi memandangkan ia padat dengan kandungan asid lemak sihat yang tinggi seperti lemak monotaktepu dan vitamin E.

    makanan solid pertama untuk bayi

    Sebagai tambahan, ia juga mengandungi amaun nutrien lain yang tinggi seperti folat, potassium, dan vitamin B.

    Disebabkan tekstur berkrim dan rata selepas dilecek, avokado amat mudah diterima oleh bayi jika diberikan pada peringkat awal proses memperkenalkan makanan pejal.

    Anda juga terbuka untuk mencampurkan avokado dengan jenis buahan lain untuk mencipta rasa baru yang sedap dan memberikan pengalaman rasa yang sihat untuk bayi anda.

    2. Pisang, makanan solid pertama untuk bayi paling mudah

    Pisang bukan sahaja terkenal sebagai buah yang sihat dan sedap, serta mudah dibawa, tetapi juga menjadi pilihan makanan pertama yang sempurna untuk anak kecil.

    Buah pisang dipenuhi dengan serat yang baik untuk penghadaman, vitamin B, dan karbohidrat sihat yang menyediakan bayi anda tenaga yang berterusan tanpa membuatkan mereka rasa kembung perut dan tidak selesa.

    Pisang juga merupakan pencegahan dan rawatan yang sempurna untuk bayi yang mengalami sembelit dan cirit-birit.

    Baca juga:

    3. Ubi keledek antara pilihan makanan solid pertama untuk bayi

    Ubi keledek adalah salah satu pilihan sayur-sayuran yang paling popular diberikan kepada bayi. Ini kerana rasanya yang sedap dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi.

    Sayuran ini didatangkan dengan pelbagai warna daripada putih hingga merah jambu.

    Ubi keledek secara umumnya merupakan sumber yang baik untuk vitamin C, B, dan fosforus. Sementara ubi keledek oren menyediakan amaun beta-karoten yang signifikan, dan ubi keledek berwarna ungu merupakan penjana antioksidan.

    Satu yang menarik tentang ubi keledek adalah rasanya yang manis semula jadi. Justeru bayi kebanyakannya menggemari sayuran ini berbanding sayuran lain.

    Tambahan pula, penyediaan sayuran ini tidaklah serumit mana dan juga tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.

    Apabila menyediakan puri ubi keledek, anda disarankan untuk menambah sedikit lemak. Ini supaya bayi anda boleh menyerap sepenuhnya semua khasiat daripada sayuran ini.

    makanan solid pertama untuk bayi

    4. Brokoli

    Brokoli tidak perlu diperkenalkan lagi menjadi makanan super pertama setiap tahun.

    Ia menjadi sumber yang kaya dengan vitamin dan mineral. Bahkan tumbuhan ini juga padat dengan antioksidan dan pelawan-kanser phytonutrien.

    Tumbuhan ini juga boleh membantu menyahdetoks dan merendahkan paras asid pada tubuh bayi.

    Umumnya, sayur brokoli selamat untuk diberikan pada bayi seawal usia 6 bulan dengan tekstur yang sesuai.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak oleh Pakar

    Mohd Firdaus Bin Mohd Sahir

    Sains sukan · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan