Mohd Firdaus Bin Mohd Sahir adalah seorang Jurulatih Kecergasan Profesional dengan mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam dunia kesihatan sukan.
Beliau mempunyai kisah sejarah yang sangat impresif, kerana beliau telah berjaya menurunkan berat badan yang berlebihan, iaitu daripada 150 kilogram kepada 60 kilogram. Beliau berjaya mengubah keadaan kesihatan yang kurang baik kepada kesihatan yang optimum.
Kini beliau menjadi inspirasi kepada ramai orang di Malaysia yang mempunyai masalah berat badan dan beliau tekad membantu mereka untuk mencapai berat badan yang ideal.
Beliau juga pernah terlibat dalam triatlon dan Ironman (2 kali berjaya menghabiskan ironman). Selain itu, beliau berpengalaman lebih 10 tahun sebagai jurulatih, penceramah dan kesihatan korporat.
ANUGERAH
Certified Fitness Trainer
Certified Postpartum and Pregnant Training
Certified Organize Sport Events (OCM)
Certified Exercise is Medicine (OCM)
Certified Bronze Medalian Life Saving
Certified Life Support (CPR)
FitMalaysiaX ISN Fitness Trainer
Rakan Strategik Pelancongan Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)
Rakan Strategik Skim Perantisan Nasional (KBS)
Certified ISN Sport Science Lv. 1
Certified ISN Cutting Edge Nutrition