Pil Minda Sebenarnya Memang Bagi Anak Pandai Atau Hanya Satu SCAM?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

# Mudah bangun pagi

# Tingkatkan fungsi minda anak

# Brain-booster

# Kurangkan mengantuk semasa belajar

# Bekalkan tenaga untuk anak belajar

Biasa nampak ayat-ayat sebegini? Kalau tidak biasa, mungkin anda perlu tahu dan ambil tahu mengenai scam pil minda sebelum anda terjatuh dalam perangkap marketing tuntutan merepek produk sebegini. Tuntutan dan dakwaan sebegini biasa diiklankan pada produk-produk pil minda yang kadangkala memasuki pintu pagar sekolah untuk dipasarkan. Kenapa kami kata pil minda adalah scam? 

Modus jualan pil ‘ajaib’

Untuk pengetahuan pembaca, kebanyakan modus jualan pil minda ini dijalankan secara serampang dua mata. ‘Pakar motivasi’ yang hadir ke sekolah yang sepatutnya bertindak sebagai penceramah motivasi, membuat keuntungan tambahan dengan promosi serta iklan produk pil minda jualannya. Maka, jangan anda pelik mengapa anak-anak anda akan pulang membawa keratan atau flyers pil minda daripada sekolah.

Sebab mengapa anda perlu tolak daripada membeli pil ‘ajaib’

Sebelum anda membeli produk tersebut, cuba belek-belek sebentar botol pil minda yang dijual. Adakah ia produk yang berdaftar? Jika tidak berdaftar, ia adalah sebab utama dan pertama mengapa anda perlu menolak daripada membelinya. Ia jelas adalah satu produk yang belum tentu selamat untuk diambil. Jika anda mencari barang original kerana risau kualiti barang tiruan, mengapa masih membeli produk daripada mereka yang tidak langsung mempunyai latar belakang dalam bidang berkaitan?

Sudah membelek sama ada ia berdaftar atau tidak? Periksa bahan kandungan yang terdapat dalam pil tersebut. Jika ia tertulis diperbuat daripada ekstrak tumbuhan, tanya kepada penjual apakah ekstrak tumbuhan tersebut dan apakah komposisi sebenar ekstrak tumbuhan yang didakwa ada dalam pil tersebut. Jika terkebil-kebil mata penjual untuk menjawab atau cuba membuat corner baring, itu tanda kedua bahawa dia sendiri tidak pasti bahan yang digunakan dalam pembuatan pil minda. Makan sahaja sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih jelas berkhasiat. 

Tidak cukup lagi, periksa kandungannya lagi. Ada tulis sukros atau fruktos? Anda tahu apa maksud keduanya? Bahasa mudah orang kampung, keduanya adalah gula. Bayar harga RM30 sebotol hanya untuk gula? Lebih baik anda beli gula pasir di kedai yang harganya tidak sampai RM3.

Bagaimana sekiranya penjual mendakwa produk pil tersebut tiada kesan sampingan?

Jika benar produk pil minda ‘ajaib’ yang dijualnya tiada kesan sampingan, minta penjual buktikan bahawa produknya telah melalui ujian klinikal. Ujian klinikal yang dilakukan terhadap produk bertujuan menilai kesan produk yang didakwa dan kesan sampingan yang mungkin berlaku. Jika tiada, ini bermakna produk tersebut tidak pernah menjalani sebarang ujian untuk menentukan tahap keselamatan penggunaannya. Ia ibarat anda menelan bom jangka.

Bukan sahaja di Malaysia

Pada tahun 2017, Federal Trade Commission, Amerika Syarikat pernah mengeluarkan amaran mengenai penjualan pil minda (brain-booster) dengan mengaitkan bahawa ia disokong oleh Stephen Hawking walaupun ia tidak pernah sama sekali mendapat sokongan tersebut. Mengapa ada yang bertindak membuat dakwaan sehingga tahap sedemikian? Hanya satu sebab, mereka mahukan duit anda. Tiada penjual produk yang akan mengatakan bahawa produk mereka tidak bagus. Kesemuanya dilakukan semata-mata untuk melariskan jualan mereka. Di saat anda gigih mengumpul duit untuk membeli pil minda berharga RM30 sebotol, mereka sudah mampu membeli sebiji Toyota Alphard hasil jualan pil ajaib mereka.

Mengap ramai yang terlibat dalam bisnes pil minda ini?

“Sekiranya anda mencari peluang untuk menjadi kaya, tetapi dalam masa yang sama boleh ‘menipu’, saya rasa melibatkan diri dalam bisnes suplemen minda atau otak merupakan pilihan utama saya,” kata Pieter Cohen, seorang pakar dalam keberkesanan dan risiko berkaitan makanan tambahan dari Harvard Medical School. Menurut beliau lagi, anda boleh melakukan sesuatu yang tidak melanggar undang-undang dan kemudiannya menjadi kaya melalui bisnes seperti ini.

Disebabkan permintaan yang tinggi daripada pengguna-pengguna terutamanya sejak perkembangan pesat media sosial, maka pengeluaran produk-produk daripada pengasas atau penjual produk-produk pil minda yang tidak berkelayakan ini semakin berleluasa. Dengan modal penghasilan pil yang tidak seberapa tanpa sebarang kawalan terhadap ramuan yang digunakan, pembelian botol plastik secara pukal yang jauh lebih murah, serta pembungkusan produk yang tidak mengikut piawai, maka terhasil sebotol pil minda dengan harga yang tidak masuk akal. Malah produk-produk ini kadangkala terang-terang dijual dengan cara pukal melalui beg-beg plastik besar yang kelihatan sangat tidak profesional dan tanpa kawalan.

Hidup beragama itu sememangnya bagus, tetapi ia bukanlah satu petunjuk yang kuat untuk anda terus membeli pil-pil minda ini daripada mereka-mereka yang kelihatan alim. Ada golongan-golongan yang bergelar ustaz mengambil peluang menjual pil-pil minda yang terbukti tidak berkesan, tetapi masih mendakwa keberkesanannya seolah-olah ia pasti berkesan. Sebagai pengguna, anda perlu bijak dalam menilai hal-hal sebegini. Ingatlah, masih ramai individu di luar sana yang menggunakan landasan agama sebagai platform meraih untung pantas. Kerana mereka tahu, dengan menggunakan modal pakaian, imej dan sedikit kata-kata islamik, mereka boleh mencapai keuntungan berlipat kali ganda berbanding mereka yang berniaga secara sah dan dengan cara yang betul.

Untuk pentadbir sekolah

Baik mereka yang bertanggungjawab mengawal selia urusan sekolah sama ada di pihak Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, PIBG sekolah, guru besar mahupun guru-guru lain, pastikan penceramah yang dijemput tidak mempunyai niat sampingan lain dan tidak mempunyai latar belakang penjualan pil minda sampah. Tegaskan bahawa mereka tidak boleh menjual sebarang produk ajaib di kawasan sekolah dan jangan sesekali mengedarkan flyers produk-produk sampah kepada murid-murid.

Sebagai penjual, jangan sesekali menggunakan alasan ‘ekonomi Melayu’ atau segala alasan lepas tangan untuk menghalalkan tindakan anda. Penjualan produk dengan tuntutan melampau tanpa asas yang kukuh boleh dianggap sebagai satu penipuan atau cubaan memperdayakan pengguna. Bagi ibu bapa pula, tiada jalan pintas untuk meningkatkan kecerdasan minda anak anda. Kesemuanya adalah hasil usaha anda mendidik anak ditambah faktor-faktor lain seperti makanan yang berkhasiat dan aktiviti fizikal. Jika benar pil minda tersebut berkhasiat seperti yang didakwa, pasti anak-anak penjual mendapat markah 100% bagi setiap ujian dan pasti penjual sendiri telah berjaya dalam pendidikan dan bergraduasi daripada Universiti Oxford.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan