Vitamin ini memainkan peranan yang penting dalam kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Namun, bagaimana jika mereka terlebih dos vitamin A? Apa isu yang akan timbul?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Vitamin ini memainkan peranan yang penting dalam kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Namun, bagaimana jika mereka terlebih dos vitamin A? Apa isu yang akan timbul?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Lazimnya, vitamin A terdapat dalam dua bentuk, iaitu retinol dan beta-karotene.
Retinol dianggap sebagai vitamin ini yang betul kerana ia sedia digunakan oleh tubuh. Ia mudah ditemui pada haiwan seperti hati, telur, dan ikan berlemak, juga dalam bijirin.
Beta-karotene adalah pelopor untuk vitamin ini, yang perlu ditukarkan kepada retinol sebelum boleh digunakan oleh tubuh.
Beta-karotene ditemui dalam tumbuhan oren dan hijau gelap seperti lobak merah, ubi keledek, mangga, dan kubis kale.
Vitamin ini tersimpan dalam hati dan sentiasa bersedia untuk digunakan bila-bila masa yang diperlukan oleh tubuh.
Vitamin ini dikenali sebagai komponen penting rhodopsin, yang merupakan protein yang menyerap cahaya dalam reseptor. Ia menyokong perbezaan normal serta fungsi membran konjunktiva dan kornea.
Kanak-kanak yang kurang vitamin ini akan mengalami xerophthalmia dan masalah perubatan serius yang lain. Tanpa rawatan, kanak-kanak berisiko mengalami buta kekal.
Vitamin ini juga kebelakangan ini mendapat perhatian kerana kesannya kepada sistem ketahanan badan.
Lebih awal anda mendedahkan bayi kepada vitamin ini, lebih efektif sistem imun tubuh dan keupayaan badannya melawan jangkitan.
Ia mengandungi ciri antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh pengoksidaan.
Ini bermakna vitamin itu boleh menghalang penyakit degeneratif dan memelihara kulit, tisu, dan membran mukus.
Makanan yang kaya retinol termasuklah salmon, hati, telur kuning, mentega, keju cheddar, dan susu penuh.
Makanan yang kaya beta-karotene seperti lobak merah, bayam, kacang pis, tomato, rumpai laut, mangga, aprikot, brokoli, dan betik.
Biasanya, tubuh mesti menukar vitamin ini daripada bentuk tidak aktif ke bentuk aktif sebelum menggunakannya.
Walau bagaimanapun, tubuh anda juga berkemungkinan mendapat terlalu banyak dos vitamin a daripada sumber haiwan seperti hati dan susu.
Namun, jika anda terlebih dos karotenoid (yang terdapat dalam lobak merah, sayuran dan buahan kuning atau oren lain), kulit anda akan kelihatan oren-kekuningan.
Kesan ini akan hilang sebaik sahaja anda kembali kepada amalan pemakanan seimbang.
Pengambilan dos vitamin A yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan loya, muntah, sakit kepala, pening, penglihatan kabur, dan kurang kordinasi otot.
Malahan, kesannya terhadap sistem saraf pusat dan hati juga hanya dapat dilihat pada jangka panjang. Dos vitamin a yang ideal untuk kanak-kanak ialah:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen