backup og meta

Susu Transisi Kaya Dengan Nutrien Untuk Bayi Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/10/2023

    Susu Transisi Kaya Dengan Nutrien Untuk Bayi Anda

    Susu ibu jenis transisi akan membekalkan pelbagai nutrisi asas yang sangat diperlukan oleh bayi semasa beberapa bulan selepas kelahirannya. Sebenarnya, terdapat 3 peringkat atau jenis susu ibu iaitu kolostrum, susu transisi dan susu matang. Kebanyakan individu mengetahui mengenai susu kolostrum dan susu matang. Namun begitu, tidak ramai individu yang tahu tentang susu badan jenis transisi ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila klik di sini.

    Apa itu susu transisi?

    Susu badan jenis transisi adalah susu yang dihasilkan oleh payudara si ibu kira-kira 2 hingga 5 hari selepas bersalin.

    Payudara si ibu akan menghasilkan susu ini sekurang-kurangnya setiap 2 jam sekali.

    Dalam beberapa kes, si ibu masih akan menghasilkan susu jenis ini sehingga 10 hingga 14 hari selepas bersalin.

    Susu tersebut dihasilkan selepas susu kolostrum.

    Ia mempunyai kandungan protein, lemak, laktosa serta pelbagai jenis vitamin. Ia juga lebih tinggi kalori berbanding kolostrum.

    Apa akan berlaku semasa penghasilan susu ini?

    manfaat susu badan

    Susu ini akan dihasilkan dalam amaun yang lebih banyak berbanding kolostrum.

    Ketika ini, payudara anda akan lebih membesar dan membulat.

    Ini mungkin akan menyebabkan anda berasa tidak selesa kerana ia akan mendatangkan kesukaran untuk menyusukan bayi.

    Anda boleh menggunakan tangan anda untuk memicit keluar sedikit susu untuk melembutkan bahagian areola.

    Ini bertujuan memudahkan penyusuan badan serta mengurangkan tekanan.

    Anda boleh berjumpa dengan doktor atau bertanya sahaja kepada ibu anda bagaimana untuk menghadapi kesukaran semasa penghasilan susu tersebut.

    Perubahan pada badan anda

    susu transisi

    Sebagai ibu, kadangkala anda mungkin akan berasa sesuatu berlaku pada payudara anda.

    Ini merupakan tanda daripada refleks badan bahawa susu telah siap dihasilkan untuk diminum oleh bayi anda.

    Perasaan ini akan berlaku akibat rangsangan daripada bayi yang menghisap payudara anda ataupun daripada tangisan bayi itu sendiri.

    Pada minggu awal penyusuan badan anda mungkin akan mengalami kekejangan pada rahim.

    Ini menunjukkan bahawa hormon oksitoksin sedang dirembeskan.

    Anda perlu lebih banyak berehat kerana stres, kesakitan dan keletihan ini mungkin akan mendatangkan mudarat kepada kualiti penghasilan susu badan anda.

    Manfaat susu transisi

    nutrien susu transisi

    Susu ibu mengandungi amaun lemak, protein, vitamin, mineral dan enzim yang sangat diperlukan oleh bayi yang baru lahir.

    Ia dapat membantu mengembangkan sistem saraf dan sistem pencernaan bayi.

    Ia juga akan meningkatkan keupayaan bayi untuk melawan bakteria dan infeksi.

    Susu ini juga mengandungi elemen yang mampu membunuh bakteria, kuman dan virus.

    Bayi yang disusukan dengan susu jenis ini juga dapat dielakkan daripada pelbagai kondisi kesihatan seperti infeksi, penyakit, alahan, cirit-birit serta pelbagai lagi masalah pencernaan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan