Alergi Telur Pada Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 10/12/2018 . 3 minit bacaan
Share now

Telur merupakan satu bahan dalam kebanyakan makanan, dari makanan savuri ke manis, dari hidangan pembuka hinggalah ke pencuci mulut. Tetapi bagaimana jika anda tidak boleh makan kerana mengalami alergi telur?

Apa itu alergi telur?

Alergi atau alahan telur adalah satu keadaan hipersensitiviti kepada bahan makanan daripada kuning atau putih telur, yang membawa kepada reaksi sistem imun dan menyebabkan simptom fizikal yang serius.

Reaksi alergi yang paling teruk disebut anafilaksis dan merupakan kecemasan yang memerlukan perhatian dan rawatan segera dengan epinefrin. Sistem imunisasi badan, yang biasanya melindungi badan daripada kuman dan masalah lain, menggunakan antibodi untuk melawan protein telur seperti ia adalah penceroboh berbahaya. Reaksi alahan ini boleh berlaku dengan pantas atau mengambil masa beberapa jam.

Simptom alergi

Individu yang mempunyai alahan terhadap telur ayam mungkin akan alah kepada telur lain, seperti itik, atau puyuh. Dalam tempoh masa singkat selepas makan (atau menyentuh) telur, anda akan mengalami simptom seperti:

  • Reaksi kulit, seperti bengkak, ruam atau ekzema.
  • Nafas berbunyi atau kesukaran bernafas.
  • Hidung berair dan bersin.
  • Mata merah atau berair.
  • Sakit perut, loya, muntah, atau cirit-birit.
  • Anafilaksis (jarang berlaku).

Diagnosis alergi

Jika anak anda atau anda mengalami sebarang simptom di atas, sila berjumpa pakar dan anda mungkin akan menjalani pemeriksaan, seperti ujian darah atau ujian kulit untuk mendiagnosis alahan dihadapi.

Untuk ujian kulit, sedikit cecair yang mengandungi protein telur akan diletakkan di belakang belakang atau di lengan, dan kemudian akan dicucuk probe yang disteril untuk membolehkan cecair meresap masuk ke dalam kulit.

Jika bahagian tersebut membengkak, muncul tompokan merah dalam tempoh 15-20 minit, ia boleh dianggap sebagai alahan. Bergantung kepada jenis protein dalam cecair, ujian ini boleh menentukan sama ada anda alahan kepada protein kuning atau putih telur. Alahan kepada protein putih telur adalah yang paling biasa.

Bagi ujian darah, sampel darah akan dihantar ke makmal untuk menguji kehadiran antibodi immunoglobin E kepada protein telur.

Jika hasil keputusan tidak dapat diputuskan, pakar boleh mengarahkan ujian makanan lisan. Di bawah pengawasan perubatan, anda akan memakan sejumlah kecil telur untuk melihat tindak balas yang terjadi. Oleh kerana tindak balas yang berlaku mungkin teruk, ujian ini akan dilakukan di bahagian alahan atau pusat ujian makanan yang dilengkapi peralatan kecemasan dan ubat-ubatan.

Diet penyingkiran makanan juga mungkin digunakan untuk menentukan jenis alahan yang dihidapi. Sekiranya simptom hilang apabila telur dikeluarkan dari diet, dan muncul kembali apabila telur dimakan semula, ia mungkin disebabkan alahan.

Merawat alergi

Kanak-kanak yang mempunyai alergi telur perlu mengetahui apa yang patut dilakukan jika termakan telur. Ia mungkin memerlukan mereka untuk sentiasa mempunyai ubat di tangan seperti antihistamin, atau dalam kes yang teruk, epinefrin.

Telur dalam vaksin

Beberapa jenis vaksin selsema (influenza) mengandungi sejumlah kecil protein telur.

Vaksin selesema burung yang diberikan melalui suntikan adalah selamat untuk kebanyakan individu alergi telur sekiranya ia diberikan di pejabat perubatan yang lengkap dengan kemudahan untuk menangani kesan buruk yang mungkin berlaku, termasuk anafilaksis.

Sekiranya anda menghidapi alahan kepada telur, anda tidak boleh mendapatkan suntikan di kedai ubat atau farmasi atau sebahagian daripada program vaksinasi di tempat kerja anda.

Sejenis suntikan vaksin selesema (vaksin yang digabung) tidak mengandungi sebarang protein telur, dan ia diluluskan untuk individu berusia 18-49 tahun.

Elakkan telur

Cara terbaik untuk mengatasi alahan telur adalah untuk mengelakkan memakannya.

Malangnya telur adalah bahan yang terdapat dalam kebanyakan makanan. Malah beberapa bahan pengganti telur tetap mengandungi protein telur. Ini membuatkan individu yang mempunyai alahan telur perlu berhati-hati dengan membaca label dan bertanyakan tentang kandungan dan ramuan sesuatu makanan.

Sesiapa yang didiagnosis dengan alahan sama ada putih telur atau kuning telur, harus mengelakkan daripada memakan telur langsung, kerana ia adalah mustahil untuk mengasingkan sepenuhnya putih telur daripada kuning telur.

Mengubah suai

Banyak resepi boleh diubah suai tanpa menggunakan telur. Apabila resepi memerlukan 3 biji telur atau kurang daripada itu, ia boleh ditukar bagi setiap biji telur dengan campuran 1 sudu air, 1 sudu minyak dan 1 sudu teh serbuk penaik.

Pengganti alternatif adalah 1 paket gelatin tanpa perisa yang dicampurkan dengan 2 sudu air suam (campurkan hanya bila hendak digunakan), atau 1 sudu teh yis yang dicampur ke dalam secawan air suam.

Jika anak anda mempunyai lebih daripada satu alergi makanan, anda mungkin perlu membawanya untuk berjumpa dengan pakar pemakanan. Tetapi jika hanya telur yang perlu dielakkan, anda boleh membantunya untuk memilih makanan dan makan dengan betul.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Keliru Nak Sarapan Apa? Jom Try Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Sedap Ini

    Bosan dengan menu sarapan pagi harian anda? Ingin cuba sesuatu yang lebih mudah dan ringkas? Try menu sarapan pagi yang lebih sihat ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Resipi Sihat 15/01/2020 . 4 minit bacaan

    Berapa Biji Telur Yang Boleh Saya Makan Dalam Sehari?

    Anda sering makan telur dan gemarkan hidangan berasaskan telur. Persoalannya, berapa biji telurkah yang boleh anda makan dalam sehari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Bencana Banjir Boleh Tingkatkan Kes Denggi?

    Tahukah anda, banjir cuma permulaan kepada fasa perluasan habitat untuk nyamuk Aedes bertelur? Nak tahu dengan lebih lanjut? Ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Telur Masin VS Telur Rebus: Yang Mana Satu Lebih Sihat Untuk Anda?

    Keliru nak makan telur yang mana di antara jenis masin atau rebus? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/08/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sindrom iritasi usus

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    telur wanita

    Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    12-simptom-alahan-telur-pada-si-manja

    Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan
    rawatan kesuburan ivf

    Siti Nurhaliza & Elizad Bersedia Jalani Rawatan IVF Balik, Anda Tahu Apa Persediaan Perlu Dibuat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/02/2020 . 4 minit bacaan