Masalah ruam pada kulit bayi dan kanak-kanak adalah perkara yang biasa terjadi. Namun, apabila masalah ruam ini berlanjutan, ia mungkin disebabkan alergi kulit.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Masalah ruam pada kulit bayi dan kanak-kanak adalah perkara yang biasa terjadi. Namun, apabila masalah ruam ini berlanjutan, ia mungkin disebabkan alergi kulit.
Menurut kajian yang dilakukan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dari tahun 1997-2011, kes yang melibatkan alergi kulit dan makanan dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat, di mana masalah alergi kulit lebih banyak terjadi kepada kanak-kanak kecil berbanding yang lebih berusia.
Masalah alergi ini jika tidak ditangani dengan betul boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak itu sendiri. Teras utama dalam mengendalikan alergi kulit adalah mengelak daripada menggaru. Cuba tips di bawah untuk membantu si kecil anda memastikan kulitnya sihat, kekal lembap dan bersih.
Kenal pasti faktor yang menyerang alergi kulit anak anda dan elakkannya.
Pastikan anak anda minum air secukupnya bagi memastikan badannya kekal hidrat.
Masalah alergi kulit memerlukan anak anda menggunakan produk kegunaan harian seperti sabun atau pembersih tubuh yang lembut dan bebas wangian. Penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia boleh menyebabkan kulit kanak-kanak kering sekali gus merosakkan sekatan perlindungan kulit.
Kita tidak dapat menghalang bayi dan kanak-kanak untuk menggaru bahagian yang gatal. Namun, bagi tidak menjadikan bahagian kulit yang dijangkiti alergi bertambah teruk, pastikan kuku anak anda sentiasa pendek.
Gunakan air suam (bukannya air panas) semasa mandi. Elakkan juga mandian yang berbuih kerana ia boleh mengeringkan lagi kulit anak anda.
Pastikan kulit anak anda lembap dengan menggunakan sapuan krim atau salap khas untuk masalah kulitnya.
Ini juga memainkan faktor penting untuk mereka yang mengalami masalah alergi kulit. Sebaik-baiknya, pilih material pakaian yang dibuat daripada kain kapas dan selesa untuk tubuh anak anda. Pemilihan fabrik pakaian yang tidak sesuai akan menimbulkan kesan gatal sehingga menyebabkan si kecil ingin menggaru.
Bawa anak anda berjumpa dengan doctor jika timbul masalah jangkitan kulit. Doktor akan menentukan ubat seperti krim steroid topical yang sesuai dengan kulit kanak-kanak. Pengambilan antihistamin juga mungkin akan diberikan mengikut saranan doktor bagi membantu melegakan kegatalan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen