backup og meta

100 Senarai Nama Panjang Anak Perempuan, Siap Maksud Yang Baik

100 Senarai Nama Panjang Anak Perempuan, Siap Maksud Yang Baik

Sudah lihat artikel kami mengenai senarai nama bayi perempuan tetapi masih tiada idea? Tidak mengapa, dalam artikel ini ada idea gabungan nama berserta maksud nama anak perempuan dalam Islam yang boleh dijadikan inspirasi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Tip memilih maksud nama anak dalam Islam

Dalam proses memilih nama bayi perempuan, pemilihan maksud nama anak perempuan yang baik itu penting kerana ia akan menjadi doa dan lambang identiti sepanjang hayat kelak.

  1. Mempunyai maksud nama anak dalam Islam yang baik

Tidak kira nama moden atau klasik, pastikan nama yang dipilih memberikan makna yang baik.

Ini kerana ia akan menjadi nama yang akan digunakan untuk memanggil anak anda sepanjang hayat mereka.

  1. Mudah sebutannya

Semakin ramai anak yang diberikan nama yang unik, tetapi ada kalanya sukar untuk disebut.

Jadi sebaiknya, carilah nama anak perempuan dalam Islam yang mudah disebut, dieja dan tidak terlalu panjang.

Senarai maksud nama anak perempuan dalam Islam

Dalam perkongsian artikel ini, kami kongsikan dua patah gabungan nama anak perempuan dalam Islam yang untuk anda jadikan pilihan.

Anda juga boleh menambah nama awalan seperti Nur atau Nurul (Cahaya), Siti (gelaran bagi perempuan) bagi melengkapi gabungan nama di bawah.

mengandung anak perempuan
Mitos mengandung anak perempuan.

Berikut adalah senarai gabungan nama bayi perempuan Islam terkini yang boleh dijadikan pilihan:

Huruf A 

  • Aleeya Helena – Tinggi, yang paling mulia; cahaya rohani
  • Aisha Maleeqa – Hidup bahagia, nama isteri Rasulullah SAW; pemilik
  • Atiya Maisarah – Pemberi, hadiah; ketenangan, kemakmuran, kekayaan
  • Auni Qalisha – Lemah-lembut, ketenangan, ketetapanku; murni
  • Aqila Sofea – Yang baik budi, bijaksana, dipercayai, pintar; menawan

Maksud nama anak perempuan dalam Islam huruf B

  • Baheera – Cantik, berseri, elok, indah
  • Balqis Shafiyyah – Panjang umur, ratu, nama isteri Nabi Sulaiman AS; bersih, jujur
  • Bashira Alyssa – Bijaksana, berakal; dilindungi Allah
  • Benazir Zulaikha – Unik; cantik
  • Bushra Ammara- Khabar gembira, senang; yang memakmurkan, kuat iman

Nama anak perempuan dalam Islam mula huruf C

  • Camelia Humaira – Pepohonan yang selalu hijau; berpipi merah
  • Camilla Anggun – Termasyhur; anggun, menawan
  • Clemira Faiqa – Puteri yang cemerlang; terkenal
  • Ciara Shakila – Terang dan bersih; indah
  • Cyra Ariqa – Bulan; baik hati

Huruf D

  • Dalia Aamina – Sejenis bunga; dapat dipercayai, aman
  • Dalila Majeda – Petunjuk, dalil; baik, mulia, dihormati
  • Damia Annisa – Baik dan berkat; perempuan yang suci murni
  • Dina Hayani – Agamaku; yang hidup
  • Durrah Nafeesa – Mutiara; sesuatu yang berharga 

Nama bayi perempuan Islam terkini bermula huruf E

  • Eliza Narina – Unik, sangat bermakna; berbau harum
  • Elvina Lufyaa – Ramah dan bijaksana; kesetiaan
  • Enisa Amanda – Teman baik; kesayangan
  • Erina Khayra – Wanita cantik; kebaikan 
  • Eshal Ayana – Bunga syurga; cantik

Huruf F

  • Faeqa Helena – Paling disukai; cahaya
  • Faiqa Afeeya – Terkenal; sihat
  • Falisha Amni – Menyenangkan; ketenangan, keamananku
  • Fatimah Haura – Puteri Rasulullah SAW; wanita yang berkulit putih
  • Fatma Sumayyah – Pemberian; kebanggaan
maksud nama anak perempuan
Koleksi nama moden untuk baby girl.

Huruf H permulaan nama anak perempuan dalam Islam

  • Hasya Amanina – Kesempurnaan; cita-cita kami, harapan kami
  • Hawra Hanania – Wanita yang berkulit putih; dikasihi Allah
  • Hilya Madina – Berharga; kota Madinah
  • Humaira Faiqa – Berpipi merah; terkenal
  • Husna Aqeela – Kebaikan, cantik; yang terbaik

Huruf I

  • Imani Aazeen – Kepercayaanku; cantik
  • Inara Saafia – Berkarisma, pintar; murni, bersih, tenang
  • Inaya Athalia – Pertolongan; keagungan Tuhan
  • Isya Hazira – Kehidupan, waktu Isyak; pilihan terbaik
  • Izzah Adena- Kehormatan, kejayaan, berkebolehan

Maksud nama anak perempuan dalam Islam huruf J

  • Jamia Haura – Cantik nan indah; berkulit putih
  • Jannah Delisha – Syurga; gembira
  • Jasmin Ashira – Bunga melati; kaya
  • Jauza Dayana – Bintang; yang gagah perkasa
  • Jihan Fatini – Bunga yang indah, tempat syurgawi; bijaksana

Huruf K

  • Karima Bisyarah – Berharga, sempurna; berita gembira
  • Khadeeja Adra – Nama isteri Rasulullah SAW, perawan
  • Khaela Aria – Mahkota; bangsawan
  • Khaleeda Amni – Abadi; ketenangan, keamananku
  • Khayla Irdina – Cantik; kehormatan kami, kebajikan/keberkatan

Nama bayi perempuan Islam terkini bermula huruf L

  • Layla Sofea – Kerinduan, malam yang gelap; menawan
  • Laiqa Mikaila – Elegan; pemberian Allah
  • Laura Kamelia – Kemenangan; bunga
  • Leyla Majeda – Kerinduan malam; baik, mulia, dihormati
  • Leyla Eryna – Kerinduan malam; perempuan yang cantik

Huruf M

  • Malika Hannah – Pemilik; kesayangan
  • Marissa Thurayya – Lemah-lembut; bintang
  • Marsya Syifa – Subur; penawar
  • Maryam Dalia – Ibu Nabi Isa; pohon anggur, sejenis bunga – Dahlia
  • Medina Eryna – Kota, Madinah; perempuan cantik

Maksud nama anak perempuan huruf N

  • Nada Humaira – Embun; berpipi merah
  • Nadra Arissa – Berseri-seri, unik; berazam kuat
  • Nayla Camelia – Sesuatu yang istimewa; pepohonan yang selalu hijau
  • Najwa Aqeela – Berbisik-bisikan; yang terbaik
  • Nuha Alisya – Bijaksana; dilindungi Tuhan

Huruf P

  • Puteri Qadriyya – Puteri; yang kuat

Nama bayi perempuan Islam terkini huruf Q

  • Qadira Falisha – Kekuatan; kebahagiaan
  • Qaila Camila – Mahkota, yang sempurna
  • Qaisra Erina – Kepercayaan yang kuat; cantik
  • Qaleesya Amara – Murni dan tinggi; yang memakmurkan, yang kuat iman
  • Qistina Alyssa – Keadilan; dilindungi Tuhan

Huruf R

  • Raihana Maisara – Berjiwa baik; kekayaan
  • Raissa Mikaila – Yang beriman; pemberian Allah
  • Raisya Atiya – Pemimpin, puteri; pemberian
  • Raniz Izzara – Kesukaan, kesenangan; puteri, bunga yang cantik
  • Raudhah Aqila – Taman syurga; bijaksana dan pintar

Maksud nama anak perempuan huruf S

  • Safa Ayleen – Suci, bersih; cahaya terang
  • Saida Ajla – Sangat cantik, baik hati; berkebolehan
  • Sarah Lateefa – Nama isteri Nabi Ibrahim AS; lembut, bersopan
  • Sofia Saleha – Menawan; baik
  • Suraiya Rizka – Cantik; rezeki, kurniaan Allah

Huruf T 

  • Tara Kamilla – Bintang; yang sempurna
  • Thara Amalia – Kekayaan; cita-citaku
  • Tisha Malaiqa – Hidup; bidadari
  • Tsurayaa Nayla – Gugusan bintang; sesuatu yang istimewa
  • Tyara Adleena – Mahkota; keadilan

Huruf U

  • Ulfa Bushra – Keramahtamahan; khabar gembira, senang
  • Ulfaqiha Ayesha – Memiliki rasa humor yang baik; hidup dalam keadaan baik
  • Ulhaq Dhiya – Kebenaran; cahaya
  • Ummiyah Malika – Harapan, pemilik
  • Urshia Salsabila – Yang berada di langit; mata air syurga

Huruf W

  • Wafaa Ariana – Yang setia; suci
  • Wania Aaliya – Kurnia Allah; yang mulia
  • Warda Raisya – Penjaga, mawar; pemimpin, puteri
  • Wardani Humaira – Bunga mawar; berpipi merah
  • Widad Medina – Cinta, persahabatan; kota Madinah

Maksud nama anak perempuan huruf X

  • Xavia Rizqah – Terang; rezeki kurniaan Allah
  • Xaviera Amra – Terang; puteri
maksud nama anak perempuan
Nama bayi perempuan yang unik.

Huruf Y

  • Yara Clarissa – Kupu-kupu kecil; pintar dan cerdas
  • Yasna Aqela – Mawar putih; yang terbaik
  • Yasmina Zuleika – Bunga melati, indah bersinar; cantik
  • Yasmin Eryna – Melati; cantik
  • Yazeeda Kirana – Berkat, bertambah; cahaya yang berkilau, kesejahteraan

Maksud nama anak perempuan huruf Z yang unik

  • Zafeera Safiyya – Yang beruntung, yang menang; yang bersih dan jujur
  • Zahra Aisyah – Cantik, bijak dan bercahaya; hidup dalam keadaan baik
  • Zara Adriana – Puteri, bunga yang cantik; nisbah
  • Zaskiya Aisy – Cantik dan pintar; yang kaya raya
  • Zenia Zayani- Bunga; hiasanku, kecantikanku

Kesimpulan

Semoga gabungan maksud nama anak perempuan dalam Islam yang dikongsikan dapat dijadikan inspirasi kepada ibu bapa di luar sana.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Chapter 24: Naming the Child. https://www.al-islam.org/principles-upbringing-children-ibrahim-amini/chapter-24-naming-child, Accessed on May 10, 2023
  2. A Dictionary of Muslim Names. https://ia800307.us.archive.org/9/items/ADictionaryOfMuslimNamesByProfessorAbdurRahman/A-Dictionary-of-Muslim-Names_by_Professor-Abdur-Rahman.pdf, Accessed on May 10, 2023
  3. Baby Names | Girls. https://irusa.org/baby-names-girls/, Accessed on May 10, 2023
  4. How to Choose a Muslim Baby Name. https://www.zakat.org/choose-muslim-baby-name, Accessed on May 10, 2023
  5. Muslim Girls Names. https://www.islamic-relief.org.uk/resources/muslim-girls-names/, Accessed on May 10, 2023 
  6. Muslim Baby Girl Names With Meaning. https://muslimbabynames.org/muslim-baby-girl-names,  Accessed on May 10, 2023

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Idea Nak Bagi Nama Panjang Anak, Cuba Lihat 100 Pilihan Nama Baby Boy

145 Senarai Nama Bayi Lelaki Islam Moden Dari Huruf A-Z, Siap Maknanya Sekali


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan