Umumnya, hanya menggunakan bunga telang sahaja dengan tujuan manfaatnya sebagai pewarna semula jadi. Namun, di Asia Tenggara, akar bunga ini sebenarnya digunakan untuk merawat pelbagai penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.
Jurnal Influences of Environmental Conditions to Phytoconstituents in Clitoria ternatea (Butterfly Pea Flower) – A Review menyatakan bahawa antosianin yang terdapat pada tumbuhan ini sangat berguna dalam meningkatkan aliran darah lingkaran neuro-retinal saraf optik dan peripapillary retina. Ia juga bertindak dalam meningkatkan peredaran darah ke mata dan mendorong kepada kesihatan mata dan fungsinya dalam jangka panjang.
-
Baik untuk kulit
Ekstrak jus bunga telang telah dilaporkan untuk menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga. Akarnya pula digunakan untuk merawat keradangan, rasa terbakar, amentia, asma, asites (tompokan cecair serum dalam rongga peritoneum), hemicranias dan juga dalam bidang oftalmologi.
Selain itu, bunga telang kaya dengan antioksidan dan mempunyai ciri-ciri untuk penyembuhan kerosakan pada kulit akibat molekul gula. Molekul gula ini menyebabkan penuaan kulit disebabkan oleh proses glycation yang menyebabkan kerosakan pada protein kulit. Oleh itu, anti-glycation yang terdapat pada tumbuhan ini boleh menjadi sebagai pencegah penuaan.
-
Baik untuk rambut
Bunga ini juga sering dijadikan ramuan dalam produk syampu dan pelembap rambut. Ia mempunyai sifat-sifat yang menyuburkan folikel rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut, mencegah rambut kusam dan mengurangkan keguguran rambut. Di Filipina, pucuk muda, pods, bunga dan daun bunga telang dimakan sebagai sayuran.
Selain itu, bunga ini juga membantu dalam merendahkan tekanan darah, diabetes, sistem pencernaan, bertindak sebagai antidepresan dan membantu dalam kehamilan (sebagai alternatif sihat bagi kafein).
Teh Bunga Telang: Air Biru yang Berkhasiat

Teh bunga telang atau Butterfly Pea Flower tea biasanya dibuat daripada gabungan dua tanaman iaitu butterfly-pea (Clitoria ternatea), sama ada menggunakan daun atau bunganya dan serai (Cymbopogon citratus). Walau bagaimanapun, teh juga boleh diminum dari tumbuhan ini sahaja, tanpa campuran serai.
Tumbuhan ini biasanya mempunyai bunga sama ada putih, biru, atau ungu. Teh ini mengekalkan kebanyakan kualiti perubatan bunga telang serta pigmen biru cerah yang terdapat dalam kelopaknya. Warna biru daripada tumbuhan ini juga menjadikannya pewarna yang terkenal selama berabad-abad serta rawatan perubatan. Warna cecair diketahui berubah dengan pH, dan penambahan asid (seperti jus lemon) dapat mengubah warna dari biru ke ungu, dan penambahan bahan-bahan lain, seperti bunga raya, dikatakan bertukar kepada merah cerah.
Manfaat teh bunga telang
Memori
Dari segi sejarah, penggunaan bunga ini yang paling popular adalah untuk menggalakkan memori dan kecerdasan. Bunga ini sering digunakan dalam amalan tradisional dalam campuran yang disebut “Medhya Rasayana’ yang dianggap merawat gangguan neurologi dan akal. Sains telah mendedahkan bahawa mungkin ada kebenaran bagi tuntutan ini. Tiga kajian yang dijalankan pada tahun 2001, 2002, dan 2005 menunjukkan bahawa butterfly-pea meningkatkan pembelajaran dan ingatan pada tikus. Dua daripada kajian itu menunjukkan bahawa mekanisma di sebaliknya adalah kemungkinan tumbuhan ini boleh meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan neuron di kawasan hippocampus otak.
Tekanan dan kegelisahan
Dalam kajian lain yang dijalankan pada tikus pada tahun 2003, ternyata bahawa bunga ini mungkin memiliki sifat yang dapat melegakan tekanan. Tikus dengan ulser yang disebabkan oleh tekanan diberi rawatan yang mengandungi 400mg butterfly-pea setiap 1 kg berat haiwan. Pada akhir kajian, ulser pulih dengan ketara, dan penyelidik menyimpulkan bahawa butterfly-pea mungkin mempunyai kesan antitekanan dan dapat menggalakkan homeostasis tubuh.
Diabetes
Pada tahun 1990, satu kajian dilakukan terhadap tikus yang mendapati bahawa bunga telang mungkin mempunyai kesan antidiabetik. Para saintis mencipta ekstrak etanol dari bunga tumbuhan ini dan memberikannya kepada tikus – ekstrak yang diambil selama tiga minggu. Pada akhir tempoh tiga minggu, tikus telah menurunkan paras gula dalam darah. Para saintis menyatakan bahawa kadar gula dalam darah yang diturunkan berlaku kerana ekstrak bunga ini menghalang aktiviti dua jenis gula iaitu β-galactosidase dan α-glucosidase.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen