backup og meta

Sayangkan Anak Anda? Pastikan Mereka Dapat Vaksin Tambahan Ini

Perkembangan kesihatan anak sering menjadi keutamaan ibu bapa dan salah satu langkah penting adalah dengan memastikan mereka menerima vaksin kanak kanak yang lengkap dan mencukupi. 

Sayangkan Anak Anda? Pastikan Mereka Dapat Vaksin Tambahan Ini

Selain vaksin wajib yang tersenarai dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), terdapat juga vaksin tambahan yang disarankan untuk melindungi anak daripada jangkitan serius seperti:

  • Rotavirus
  • Influenza 
  • Cacar air
  • Hepatitis A
  • Penyakit Meningokokus

Vaksin tambahan ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko penyakit, tetapi juga menyokong kesihatan menyeluruh kanak-kanak dalam jangka masa panjang.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Senarai vaksin kanak kanak: Vaksin tambahan disarankan

Berikut adalah senarai ringkas vaksin tambahan untuk kanak-kanak yang tidak termasuk dalam jadual imunisasi wajib tetapi disarankan untuk perlindungan tambahan:

vaksin kanak kanak
Vaksin tambahan perlindungan ekstra buat anak.
  • Vaksin Rotavirus – Lindungi bayi daripada cirit-birit teruk akibat jangkitan rotavirus.
  • Vaksin Influenza – Mencegah selesema teruk; disarankan setiap tahun.
  • Vaksin Cacar Air (Varicella) – Cegah jangkitan cacar air dan komplikasinya.
  • Vaksin Hepatitis A – Lindungi hati daripada jangkitan virus Hepatitis A.
  • Vaksin Meningokokus – Cegah jangkitan otak dan saraf tunjang akibat bakteria meningokokus.
  • Vaksin Pneumokokus (PCV) – Cegah jangkitan paru-paru, telinga, dan meningitis.
  • Vaksin HPV (Human Papillomavirus) – Disarankan untuk remaja perempuan dan lelaki bagi mencegah kanser berkaitan HPV.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Jenis tambahan vaksin kanak kanak ikut usia

Berikut adalah jadual ringkas vaksin tambahan untuk kanak-kanak mengikut umur yang disarankan untuk pemberian vaksin. Ini adalah garis panduan umum dan boleh berbeza bergantung pada nasihat doktor atau situasi kesihatan anak.

  • Rotavirus: Untuk anak berusia 6 minggu – 6 bulan. Secara oral, 2 hingga 3 dos bergantung pada jenis vaksin
  • Pneumokokus (PCV): Untuk anak berusia 6 minggu – 6 bulan. 3 dos suntikan dengan 1 dos booster
  • Influenza: Untuk anak berusia 6 bulan ke atas. Disarankan setiap tahun, terutama musim selesema
  • Cacar Air (Varicella): Untuk anak 12 bulan ke atas. 1 hingga 2 dos suntikan
  • Hepatitis A: Untuk anak 12 bulan ke atas. 2 dos suntikan, selang 6 bulan bagi setiap dos
vaksin kanak kanak
Dapatkan rundingan doktor untuk sebarang vaksin tambahan buat anak.
  • Meningokokus: Untuk anak 2 tahun ke atas. Dos suntikan akan bergantung pada jenis vaksin dan risiko persekitaran
  • HPV (Human Papillomavirus): Untuk anak 9 tahun ke atas. Biasanya 2 dos suntikan ketika umur 9–14 tahun atau 3 dos untuk anak berusia 15 tahun ke atas

Sesetengah vaksin boleh diberikan serentak dengan vaksin wajib. Rundingan dengan doktor diperlukan untuk susunan dos dan keperluan sebenar. Sesetengah klinik swasta atau hospital juga menawarkan pakej vaksin tambahan.

Apa kepentingan mendapatkan vaksin tambahan ini?

Walaupun vaksin dalam jadual imunisasi kebangsaan sudah melindungi daripada banyak penyakit serius, tambahan vaksin kanak kanak ini memainkan peranan penting dalam memberi perlindungan menyeluruh kepada anak.

Vaksin ini membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit yang masih wujud di sekeliling kita tetapi tidak diwajibkan oleh kerajaan atas pelbagai faktor seperti kos atau kebolehaksesan.

vaksin kanak kanak
Senarai vaksin tambahan yang disarankan.

Antara kepentingan vaksin tambahan termasuk:

  • Melindungi daripada penyakit yang masih mudah berjangkit, seperti cacar air dan influenza, yang boleh menyebabkan komplikasi serius terutamanya kepada kanak-kanak kecil atau mereka yang mempunyai sistem imun lemah
  • Mengelakkan kemasukan ke hospital dan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif, contohnya jangkitan rotavirus boleh menyebabkan dehidrasi teruk, manakala meningitis boleh menyebabkan kerosakan otak kekal atau kematian
  • Memberi perlindungan awal sebelum anak terdedah kepada risiko, contohnya vaksin HPV disarankan sebelum remaja mula aktif secara seksual untuk keberkesanan optimum
  • Melindungi individu sekeliling seperti bayi, warga emas dan individu lemah imun melalui imuniti kelompok, terutama mereka yang tak boleh divaksin
  • Menyokong pertumbuhan sihat dan perkembangan anak tanpa gangguan penyakit yang boleh dicegah. Bila anak kurang sakit, mereka dapat membesar dengan lebih sihat, aktif dan ceria

Kesimpulannya

Mendapatkan vaksin tambahan adalah pilihan yang bijak bagi ibu bapa yang mahu memberikan perlindungan maksimum untuk anak-anak mereka. Rundingan dengan doktor atau pakar pediatrik sangat digalakkan untuk memilih vaksin kanak kanak yang paling sesuai mengikut umur dan keperluan anak.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 7 Additional Recommended Vaccines for Children. https://immunise4life.my/7-additional-vaccines-for-children/. Accessed on June 30, 2025.
  2. Childhood Immunization Schedule. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11288-childhood-immunization-schedule.  Accessed on June 30, 2025.
  3. Vaccines by Age. https://www.cdc.gov/vaccines/by-age/index.html. Accessed on June 30, 2025.
  4. Vaccines for children: Your questions answered. https://www.unicef.org/parenting/health/parents-frequently-asked-questions-vaccines.  Accessed on June 30, 2025.
  5. Vaccines You Need. https://www.vaccineinformation.org/infants-children/schedules/.  Accessed on June 30, 2025.

Versi Terbaru

01/07/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Vaksin Tidak Akan Menyebabkan Autisme, Jangan Mudah Terpedaya!

Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 01/07/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan