
Kanak-kanak boleh mengalami masalah kesihatan mental sama seperti individu dewasa, tetapi, simptom yang dihadapi mereka mungkin sukar untuk dikenal pasti. Oleh itu, ramai kanak-kanak menderita kesihatan mental tetapi tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu tanda anak anda menderita kesihatan mental untuk membantu mereka mengatasi masalah mereka.
Ekspresi bagi kanak-kanak dengan masalah kesihatan mental mungkin berbeza dengan individu dewasa dengan masalah kesihatan yang sama. Contohnya, kanak-kanak dengan kemurungan akan bertingkah laku lebih terganggu berbanding individu dewasa kemurungan yang kebanyakannya akan berasa sedih.
Antara simptom anak anda menderita kesihatan mental
- Kegelisahan.
Kanak-kanak dengan gangguan kegelisahan akan bertindak balas terhadap situasi tertentu seperti ketakutan, kebimbangan dan juga gementar.
- Gangguan tingkah laku.
Kanak-kanak dengan gangguan ini cenderung untuk melanggar peraturan dan mempunyai tingkah laku antisosial dalam persekitaran berstruktur seperti sekolah.
- Gangguan perkembangan.
Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak keliru dalam pemikiran dan secara umumnya sukar memahami dunia di sekelilingnya.
- Gangguan pemakanan.
Kanak-kanak dengan tanda ini mungkin mempunyai tingkah laku luar biasa seperti emosi yang tertekan apabila dipaksa untuk makan.
- Gangguan afektif (emosi).
Kanak-kanak dengan gangguan ini akan sentiasa berasa sedih setiap masa, perubahan emosi kerap berlaku.
- Skizofrenia.
Merupakan satu ganggu serius berkaitan dengan persepsi dan pemikiran yang terganggu. Gangguan ini merupakan masalah kesihatan yang serius apabila kanak-kanak melakukan pergerakan berulang, secara tiba-tiba dan pergerakan yang tidak mempunyai sebarang makna.
Tanda amaran masalah kesihatan mental pada kanak-kanak
Antara tanda amaran anak anda mungkin menderita kesihatan mental, adalah termasuk:
- Perubahan emosi
Anda boleh perhatikan emosi sedih yang wujud selama berminggu. Kemungkinan perubahan emosi itu berikutan masalah perhubungan yang wujud di sekolah atau di rumah. Â Perubahan emosi ini juga adalah tanda masalah kesihatan mental. Ia juga termasuk perubahan yang kerap dalam personaliti, tingkah laku seperti kerap bergaduh atau keinginan untuk menyakiti individu lain.
- Mudah cemas
Kanak-kanak dengan gangguan kegelisahan boleh menjadi sangat tidak keruan tanpa sebab. Ibu bapa boleh memeriksa degupan jantung yang pantas atau pernafasan yang cepat pada kanak-kanak apabila mereka mengalami kebimbangan yang kronik sehingga menganggu aktiviti harian.
- Sukar fokus
Anak anda mungkin akan mengalami prestasi merosot di sekolah kerana berdepan masalah untuk memahami kata-kata atau sukar untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran.
- Penurunan berat badan
Hilang selera, kerap muntah atau penggunaan julap mungkin menyebabkan gangguan pemakanan. Kanak-kanak dengan masalah kesihatan mental mungkin mengalami beberapa masalah fizikal. Kehilangan berat badan tanpa sebab atau berdepan masalah dengan pemakanan juga adalah satu tanda amaran.
Reaksi kanak-kanak dengan masalah kesihatan mental adalah berbeza daripada individu dewasa. Keadaan kanak-kanak dengan masalah kesihatan mental mungkin akan mengalami sakit kepala dan sakit perut berbanding dengan rasa kesedihan atau kegelisahan. Sesetengah kanak-kanak mungkin bertindak untuk mencederakan diri sendiri, yang dikenali sebagai membahayakan diri. Mereka gemar bertindak untuk melukakan atau membakar diri mereka, atau paling bahaya, mereka berkeinginan untuk membunuh diri.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
- Adakah Anak Anda Mengalami Tekanan?
- Anak Anda Tertekan? Mari Atasinya
- Simptom Umum Skizofrenia
- Kekurangan Vitamin D Tingkat Risiko Anak Hidap Skizofrenia
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.