backup og meta

Buntu Nak Tenangkan Bayi Sawan Tangis? Ibu Ayah Boleh Cuba 5 Petua Tradisional Ini, MUJARAB!

Buntu Nak Tenangkan Bayi Sawan Tangis? Ibu Ayah Boleh Cuba 5 Petua Tradisional Ini, MUJARAB!

Buntu jadinya apabila si kecil sering menangis tanpa sebarang sebab yang jelas, ada kalanya sampai nampak urat sawan tangis. Apakah punca dan bagaimana cara untuk mengatasi keadaan ini ya?

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Masalah sawan tangis

Keadaan ini dalam istilah perubatan lebih dikenali sebagai kolik. Definisi kolik adalah apabila:

  1. Bayi anda menangis lebih daripada tiga jam sehari.
  2. Bayi menangis selama tiga hari dalam tempoh seminggu atau lebih.
  3. Tangisan yang berlaku berlanjutan untuk tempoh tiga minggu atau lebih.

Situasi ini biasanya akan memuncak semasa bayi berusia 2 hingga 5 minggu dan akan berkurangan selepas mereka menjangkau usia 3 hingga 4 bulan.

Tanda bayi sawan

Bagaimana untuk mengetahui sama ada tangisan itu merupakan keadaan biasa atau disebabkan kolik atau tanda bayi sawan? 

Umumnya, terdapat beberapa tanda bayi sawan yang boleh anda sebagai ibu bapa perhatikan pada si kecil, seperti: 

  • Semasa menangis, hanya keluar suara dan tiada air mata
  • Timbul urat sawan tangis pada tengah-tengah batang hidung
  • Apabila menangis, mata si kecil akan terpejam tetapi jika diperhatikan biji matanya bergerak
  • Bayi akan menangis pada waktu tertentu dan sama setiap hari seperti lewat petang atau awal senja
  • Bayi mungkin akan menangis, berhenti dan menangis semula
  • Mata bayi sentiasa memandang tepat ke atas atau seolah-olah sedang memerhatikan sesuatu
  • Bayi mudah terkejut semasa tidur juga antara tanda bayi sawan
  • Bayi akan melakukan pergerakan kaki dan tangan yang lebih banyak daripada kebiasaannya
  • Ekspresi muka yang berubah-ubah seperti menutup mata dan membukanya dengan luas, mengerutkan kening serta menahan sebentar pernafasan
Punca bayi menangis.
Punca bayi menangis.

2 sebab utama timbulnya urat sawan tangis

Berikut adalah antara punca yang mungkin jadi penyebab berlakunya tangisan kolik ini, iaitu:

Bersifat fizikal 

Keadaan ini disebabkan oleh faktor seperti rasa lapar, haus dan kesejukan, rasa tidak selamat apabila ditinggalkan sendirian biarpun buat sementara. 

Rasa sakit seperti kembung perut atau selesema turut boleh menjadi puncanya. 

Di samping itu, keadaan lain yang termasuk dalam kategori ini adalah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecederaan anggota badan seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.

Akibat gangguan makhluk halus punca sawan tangis?

Dalam kepercayaan masyarakat Islam, perkara yang dipercayai menjadi punca adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus.

Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar bayi yang baru lahir diazankan di telinga kanan dan diiqamat pada telinga kirinya. 

Itu merupakan ajaran terawal mesti dilakukan bagi ibu bapa beragama Islam yang bertujuan agar bayi akan mendengar kalimah Allah sebaik sahaja melangkah ke dunia ini. 

Sekiranya dilakukan demikian, si kecil dipercayai tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi. 

Makhluk inilah yang menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam. Kesannya boleh menyebabkan si comel demam panas ataupun sawan.

Bayi sedang menangis.
Bayi sedang menangis.

Keterangan ini membuktikan bahawa bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar individu dewasa ataupun melalui eksperimen teknologi moden. 

Dalam masa tertentu anak yang terganggu ini ada kalanya akan memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya. 

Sememangnya sukar untuk dijelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi. 

Lebih membimbangkan dan menyebabkan kegusaran pada ibu bapa apabila situasi itu menyebabkan si kecil menangis tanpa henti hingga tidak terdengar suara tangisannya.

Kaedah merawat sawan tangis pada anak atau petua hilangkan sawan

Berikut beberapa petua hilangkan sawan yang boleh anda cuba:

Rawatan Islam antara petua hilangkan sawan

1. Pegang/dukung bayi sambil menghadap ke kiblat.

2. Pandang ke muka si kecil.

3. Baca surah berikut:

  • Al-Baqarah ayat 255
  • Al-Ikhlas
  • An-Nas
  • Surah Al-Falaq
  • Bismillah 5 kali
  • Azan

Selesai bacaan, tiupkan pada ubun-ubun bayi dan usap seluruh badannya dari kepala ke hujung kaki.

Berjalan atau gerakan perlahan juga petua hilangkan sawan

Pergerakan membantu menenangkan bayi. Letakkan si kecil di dalam baby carrier wrap (pengendong bayi). Gabungan kehangatan dan irama degupan jantung anda mungkin dapat membuatkan mereka terlena.

Anda juga boleh mendukung bayi dan menggoyangkannya, mahupun meletakkan si kecil dalam buaian atau kereta sorong. Pergerakan perlahan mungkin dapat menghentikan tangisan mereka.

Masih tidak berjaya? Apa kata anda letakkan si kecil di dalam kerusi keselamatan bayi dan bawa mereka untuk berjalan-jalan menggunakan kereta.

Bunyi menenangkan bantu atasi sawan tangis

Kebanyakan bayi bertindak balas dengan baik kepada bunyi degungan mesin lembut seperti:

  • Kipas
  • Vakum
  • White-noise daripada alat khas atau aplikasi

Tummy time

Baringkan bayi secara meniarap sama ada di atas perut atau pangkuan anda. Kedudukan ini dipercayai menenangkan bayi kolik. Anda juga boleh menggosok belakang badan mereka bagi membantu penyingkiran gas.

Manfaat tummy time lain pada si kecil – membantu perkembangan otot leher dan bahu yang lebih kuat.

Tetapi pastikan mereka sentiasa dalam pantauan anda ketika diletakkan dalam keadaan meniarap ini.

Tenangkan deria si kecil

Cahaya terang dan bunyi bising boleh mengganggu bayi kolik. Tenangkan si kecil anda dengan:

  • Tidurkan bayi secara menelentang di dalam bilik gelap dan sunyi
  • Bedung bayi dengan selesa
  • Urutan bayi
  • Menuam botol berisi air suam pada perut si kecil
  • Memberikan puting kosong
  • Berikan mereka mandi dengan air suam

Kesimpulan

Jika keadaan urat sawan tangis ini berterusan walaupun setelah mencuba petua yang dikongsikan di atas, lakukanlah pemeriksaan dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Colic. https://www.nhs.uk/conditions/colic/,  Accessed on Sept 10, 2022
  2. Colic. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colic/symptoms-causes/syc-20371074, Accessed on Sept 10, 2022
  3. Colic. https://kidshealth.org/en/parents/colic.html,  Accessed on Sept 10, 2022
  4. Anak Kerap Menangis Sampai Timbul Urat Hijau Antara Hidung & Mata, Apa Maksudnya? https://diva.my/2021/256321/anak-kerap-menangis-sampai-timbul-urat-hijau-antara-hidung-mata-apa-maksudnya/, Accessed on Sept 10, 2022
  5. Anak Kerap Menangis, Perhatikan Ada Tak Urat Hijau Pada Hidung Antara Mata. https://www.majalahpama.my/anak-kerap-menangis-perhatikan-ada-tak-urat-hijau-pada-hidung-antara-mata/, Accessed on Sept 10, 2022
  6. Colic Relief Tips for Parents. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/crying-colic/Pages/Colic.aspx,
  7. Colic in Babies. https://familydoctor.org/condition/colic/, Accessed on Sept 10, 2022
  8. Colic (Holistic). https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/hn-1191006,  Accessed on Sept 10, 2022
  9. Colic. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10823-colic, Accessed on Sept 10, 2022  

 

Versi Terbaru

09/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Gemar Mengetap Gigi Semasa Tidur? Ini 7 Penyebabnya

Mulut Anak Kerap Tumbuh Mata Ikan? Ini Cara Rawat Ulser Yang Selamat Untuk Si Kecil


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan