backup og meta

6 Petua Tradisional BERKESAN Hilangkan Selesema Anak 1 Tahun Ke Atas, Cubalah!

6 Petua Tradisional BERKESAN Hilangkan Selesema Anak 1 Tahun Ke Atas, Cubalah!

Melihat si kecil tidak selesa kerana selesema, pastinya membuat kita sebagai ibu bapa berasa susah hati. Mulalah kita pun membuat carian di internet mengenai petua hilangkan selsema anak, betul tak?

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui petua anak selsema berusia setahun dan ke atas yang boleh dicuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Masalah anak selesema

Seperti individu dewasa, selesema atau flu pada anak merupakan jangkitan pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract infection).

Jika dijangkiti, anak biasanya akan mengalami gejala seperti hidung berair dan tersumbat kerana dipenuhi mukus yang dikenali sebagai hingus.

Selain itu, si kecil juga mungkin akan mengalami beberapa simptom lain seperti:

  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Bersin
  • Kelesuan

Gejala lain yang kurang biasa untuk terjadi adalah:

Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai keadaan anak, bawalah mereka untuk pemeriksaan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Petua hilangkan selsema anak

Berikut beberapa petua anak selsema tanpa penggunaan sebarang ubat yang boleh anda cuba. 

Mandian lemon, antara petua hilangkan selsema anak

Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus, sekali gus memberikan kelegaan kepada si kecil.

Cara untuk mencuba petua ini adalah dengan meletakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak

Daun sirih antara cara hilangkan selsema

Jika anda ingin mencuba petua hilangkan selsema dengan cepat  dengan menggunakan daun sirih ini, terdapat dua cara yang boleh dilakukan:

  1. Anda harus memicit daun sirih sehingga keluar lendir. Kemudian sapukan lendir tersebut pada batang hidung dan kawasan dahi si kecil.
  2. Layurkan dua helai daun sirih di atas api hingga layu. Biarkan suhu daun menjadi suam dan kemudian tekapkan daun tersebut pada dada dan belakang badan si kecil. Anda boleh menyapu jeli petroleum untuk membantu daun menekap lebih baik.
Jenis ubat batuk dan selesema yang tidak sesuai untuk anak bawah 2 tahun.
Jenis ubat batuk dan selesema yang tidak sesuai untuk anak bawah 2 tahun.

Petua hilangkan selsema anak #Berkumur dengan air garam

Berkumur dengan air garam adalah cara efektif untuk melegakan sakit tekak, ia juga membantu membersihkan lendir pada tekak.

Larutkan ½ sudu garam dalam segelas air suam dan kacau. Tambah satu atau dua sudu jus lemon segar jika anda menyukainya.

Biasanya kanak-kanak tidak akan belajar berkumur sehingga mereka mencapai usia sekolah atau lebih. Pun begitu, sesetengah anak boleh melakukannya pada usia lebih awal.

Ulang petua hilangkan selsema anak ini untuk 3-4 kali sehari. Untuk anak yang lebih kecil, biarkan mereka berkumur jika hanya mereka berasa selesa untuk melakukannya. Usah memaksa mereka.

Petua untuk mengajar anak berkumur:

  1. Mulakan dengan air kosong.
  2. Minta anak untuk mendongakkan kepalanya dan menahan air di dalam mulut tanpa menelannya.
  3. Setelah mereka selesa dengan keadaan itu, minta mereka mengeluarkan bunyi berkumur di tekak.
  4. Tunjukkan kepada anak cara untuk berkumur.
  5. Pastikan mereka meludahkan air.

Ingat! Petua ini hanya boleh dicuba untuk anak yang sudah pandai berkumur!

Kunyit juga cara hilangkan selsema

Kunyit hidup.
Kunyit hidup.

Antara petua merawat selsema anak secara tradisional yang diyakini selamat adalah dengan menggunakan kunyit. 

Kaedah ini turut boleh dicuba kepada si kecil di bawah usia setahun dan ia tidak akan menyakitkan mereka.

Caranya dengan mengambil sedikit kunyit hidup yang telah disagat hancur atau diasahkan pada lesung batu, kemudian sapukan pada batang hidung serta dahi anak.

Walaupun cara ini tidak menyakitkan tetapi suka diingatkan bahawa ia akan meninggalkan kesan kekuningan pada hidung dan dahi si kecil.

Bawang putih, salah satu petua hilangkan selsema anak

Bawang putih dipercayai dapat menghapuskan bakteria punca selesema, jadi ia boleh menjadi kaedah berkesan digunakan sebagai petua anak selsema.

Caranya: 

  1. Tuang air panas ke dalam besen.
  2. Ketukkan beberapa ulas bawang putih dan masukkannya ke dalam besen. Wap yang keluar daripada besen akan berbau bawang putih.
  3. Wapkan muka anak. Elakkan daripada meletakkan si kecil tepat di atas besen, sebaliknya hanya pada bahagian tepi.
  4. Lakukan tepukan perlahan pada belakang bayi.
  5. Lapkan hingus yang meleleh keluar daripada hidung bayi.

Teruskan proses ini sehingga tiada hingus lagi yang keluar atau berhenti apabila bayi tampak semakin selesa.

Minyak zaitun & bawang putih

Bagi petua untuk anak selsema ini juga masih menggunakan bawang putih bersama minyak zaitun.

Bawang putih biasa digunakan dalam masakan.
Bawang putih biasa digunakan dalam masakan.

Untuk mereka yang ingin mencuba petua anak selsema ini, apa yang perlu anda lakukan adalah:

  • Bakar bawang putih bersama kulitnya di atas api dapur sehingga kehitaman
  • Biarkan ia sejuk sebelum dibuang kulit dan dilenyekkan dengan garpu hingga hancur
  • Campurkan sesudu minyak zaitun dengan bawang putih tersebut. Kacau hingga sebati
  • Kemudian sapukan ia ke dada, belakang badan, betis, tapak kaki dan batang hidung si kecil

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba petua hilangkan selsema anak yang dikongsikan ini. 

Peringatan!

Sekiranya selepas mencuba petua anak selsema di atas dan keadaan selesema si kecil tidak pulih malah berlanjutan, bawalah anak untuk pemeriksaan pakar serta bagi mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan mereka.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Coughs and colds in children. https://www.healthdirect.gov.au/coughs-and-colds-in-children, Accessed on Nov 6, 2022
  2. Colds. https://raisingchildren.net.au/toddlers/health-daily-care/health-concerns/colds, Accessed on Nov 6, 2022 
  3. Six tips to keep children healthy during cold and flu season. https://uihc.org/childrens/health-topics/six-tips-keep-children-healthy-during-cold-and-flu-season, Accessed on Nov 6, 2022
  4. Colds (for Parents). https://kidshealth.org/en/parents/cold.html, Accessed on Nov 6, 2022
  5. Children and Colds. https://www.healthychildren.org/english/health-issues/conditions/ear-nose-throat/pages/children-and-colds.aspx, Accessed on Nov 6, 2022
  6. G. Michael Allan and Bruce Arroll. (2014). Prevention and treatment of the common cold: making sense of the evidence. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3928210/, Accessed on Nov 6, 2022 
  7. 7 Petua Hilangkan Selsema Bayi Tanpa Ubat, Selamat Dan Berkesan. https://bidadari.my/petua-hilangkan-selsema-bayi/, Accessed on Nov 6, 2022
  8. Treatment of the Common Cold. https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2019/0901/p281.html, Accessed on Nov 6, 2022 

Versi Terbaru

04/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Baby Merengek Tak Selesa Tidur Sebab Selesema? Alih Anak Pada Posisi Tidur Ini, 'Confirm' Nyenyak!

Hingus Banyak Buat Baby Susah Bernafas, Ibu Ikut 4 Cara Ini Hilangkan Selesema Bayi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan