backup og meta

Ada Komplikasi Jika Anak Lidah Pendek, Mama Papa Ambil Tahu Cara Cek Lidah Si Kecil

Ada Komplikasi Jika Anak Lidah Pendek, Mama Papa Ambil Tahu Cara Cek Lidah Si Kecil

Adakah terdapat cara untuk menentukan lidah bayi normal vs tongue tie? Dalam artikel ini anda akan mengetahui cara membezakan sama ada si kecil mempunyai tongue tie (lidah pendek) atau normal.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu lidah pendek?

Sebelum mengetahui cara membezakan antara lidah bayi normal vs tongue tie, ayuh kita fahami secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan lidah pendek ini.

Tongue-tie pada bayi (ankyloglossia) adalah keadaan semasa lahir yang menyekat pergerakan lidah.

Dengan keadaan ini, jalur tisu (lingual frenulum) yang luar biasa pendek atau tebal mengikat bahagian bawah hujung lidah ke lantai mulut. Individu dengan keadaan ini akan mengalami kesukaran untuk menjelirkan lidahnya. 

Sesetengah kes mungkin memerlukan prosedur pembedahan ringkas untuk membetulkannya.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Lidah bayi normal vs tongue tie

Pemeriksaan pertama untuk melihat lingual frenulum adalah apabila si kecil mengangkat lidahnya ke atas.

Perhatikan adakah ia sampai ke hujung lidah? Adakah ia tebal?

Sudah tentu cara terbaik untuk mengetahui sama ada anak mengalami masalah tongue tie atau tidak dengan memasukkan jari ke bawah lidah si kecil.

Tanda bayi lidah pendek: Anda akan merasakan ada kulit atau membran yang kuat, seperti seutas wayar. Jika ditekan perlahan, hujung lidah akan membengkok ke bawah.

Lidah normal: Lidah biasa harus membenarkan leretan jari yang lancar dan tanpa gangguan di bawah lidah.

lidah bayi normal vs tongue tie
Beza lidah normal dan tongue-tie.

Kenal pasti lidah bayi normal vs tongue tie:

Selain meleretkan jari di bawah lidah, terdapat beberapa simptom menandakan anak mungkin mengalami keadaan tongue tie:

  • Kesukaran menyusu atau melekap pada puting
  • Ulser berulang semasa tumbuh gigi
  • Bentuk lidah bercabang atau ‘w’ apabila anak membuka mulut
  • Penuturan tidak jelas atau pembelajaran vokal terganggu
  • Bentuk lidah luar biasa – sepatutnya rata
  • Jurang antara gigi bawah belah depan
  • Makan bersepah, air liur menitis, tidak boleh menjilat bibir dengan lidah
  • Sukar memainkan alat muzik seperti seruling

Komplikasi 

Lidah pendek boleh menjejaskan perkembangan oral anak dan beberapa aspek lain, seperti:

Penyusuan susu ibu dan penyusuan botol

Lidah pendek menyekat bayi baru lahir untuk menghisap atau menelan. Lingual frenulum pendek menyebabkan sebahagian besar bahagian depan lidah ‘terikat’ ke rahang bawah.

Antara beberapa masalah penyusuan yang boleh berlaku adalah luka pada puting, payudara sakit, sedutan kuat, mastitis berulang dan aliran susu rendah.

Untuk kesan pada bayi pula, penambahan berat badan sedikit dan proses bercerai susu pramatang yang boleh menghalang perkembangan mekanisme menelan ketika dewasa.

Perkembangan pertuturan terjejas?

Terdapat pendapat bahawa keadaan ini boleh menjejaskan perkembangan pertuturan si kecil. 

Ini kerana lidah tidak dapat mencapai lelangit – melibatkan sentuhan gigi depan bahagian atas dan bawah. Banyak bunyi dalam pertuturan dihasilkan dengan pergerakan ini.

Ia menjejaskan keupayaan anak untuk mengeluarkan bunyi tertentu melibatkan konsonan “t, d, z, s, th, r dan l.

Fungsi lidah terganggu

Lidah adalah sistem otot kompleks yang mengarahkan pernafasan dan fungsi saluran udara. Kurang pergerakan boleh menghalang lidah daripada mencapai gigi.

Ia boleh menyebabkan tahap kebersihan mulut yang tidak baik. Untuk anak lebih tua, lidah pendek ini boleh menyukarkan diri mengeluarkan sisa makanan daripada gigi.

Ini boleh menyumbang kepada kerosakan gigi dan keradangan gusi (gingivitis). Tongue tie juga boleh menyebabkan pembentukan jurang atau ruang antara dua gigi hadapan bawah.

Tanda anak alami tongue-tie.
Tanda anak alami tongue-tie.

Lidah bayi normal vs tongue tie: Lelangit tinggi

Lidah pendek boleh menyekat lidah ke lelangit. Lelangit seharusnya luas dan berbentuk U.

Namun apabila hujung lidah tidak dapat diletakkan di belakang gigi depan, ia mungkin menyebabkan lelangit menjadi tinggi dan berbentuk V.

Pertumbuhan palatal yang lemah adalah punca gigi atas bengkok. Ia juga akan mengehadkan keupayaan kanak-kanak untuk bernafas melalui hidung mereka.

Untuk sebarang pertanyaan dan keraguan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tongue-tie (ankyloglossia). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tongue-tie/symptoms-causes/syc-20378452, Accessed on Jan 11, 2023
  2. Tongue-tie. https://www.nhs.uk/conditions/tongue-tie/,  Accessed on Jan 11, 2023
  3. Tongue-Tie (Ankyloglossia). https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/tongue-tie-ankyloglossia,  Accessed on Jan 11, 2023
  4. A tongue frenulum vs a tongue-tie. https://www.carolsmyth.co.uk/breastfeeding-resources/posts/2015/june/a-tongue-frenulum-vs-a-tongue-tie/,  Accessed on Jan 11, 2023
  5. Tongue-tie in babies fact sheet. https://www.childrens.health.qld.gov.au/fact-sheet-tongue-tie-in-babies/,  Accessed on Jan 11, 2023

Versi Terbaru

25/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

9 Sebab Anak Perlukan Tidur Yang Cukup, Setiap Parents Kena Ambil Tahu!

Anak Mengadu Sakit Pada Kemaluan? Ibu Ayah, 7 Perkara Ini Mungkin Puncanya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan