Kita sering menganggap masalah gusi bengkak adalah penyakit oral orang dewasa. Namun, sebenarnya, anda silap! Penyakit gusi ini juga boleh terjadi pada kanak-kanak.
Remaja dan kanak-kanak yang lebih muda berisiko mendapat masalah gusi ini atau dengan bentuk yang lebih ringan seperti gingivitis, yang mungkin memerlukan rawatan khas untuk kanak-kanak.
Kes-kes masalah gusi pada individu di bawah usia 18 tahun boleh meningkat sebanyak 50 peratus sewaktu dewasa jika tidak dijaga dengan betul, menurut Persatuan Pergigian Amerika Syarikat.
Penyakit gusi bengkak adalah keadaan yang disebabkan oleh bakteria dan sisa makanan yang melekat pada gigi dan seterusnya membentuk plak.
Apabila plak mengeras, ia membentuk tartar, dan lebih banyak plak terus terbentuk.
Akhirnya, ini menyebabkan gusi menjadi bengkak dan merah.
Jika keadaan dibiarkan, ia akan jadi bertambah buruk sehingga menyebabkan gigi longgar akibat kerosakan yang berlaku pada tisu lembut dan tulang di bawah gigi.
Jarang untuk kanak-kanak mengalami masalah gusi yang serius kerana lazimnya mereka hanya mendapat sakit gusi ringan seperti gingivitis.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.
Apa simptom penyakit gusi bengkak kepada si kecil?
Gejala sakit gusi paling awal adalah gusi bengkak, atau merah.
Gigi akan berdarah dengan mudah semasa memberus dan flos.
Selain itu, bau mulut kronik yang tidak hilang dengan memberus atau flos adalah salah satu tanda penyakit gusi.
Apabila penyakit itu berlanjutan, gigi yang tumbuh pada anak anda mungkin bergoyang, dan gusi boleh membina poket di mana plak akan terus berkembang di bawah gusi di sekitar gigi.
Punca penyakit gusi dalam kalangan kanak-kanak
Kanak-kanak akan mula mengalami masalah gusi semasa fasa akil baligh.
Kenaikan progesteron dan mungkin estrogen menyebabkan peningkatan aliran darah ke gusi, menjadikannya lebih sensitif, seperti yang dinyatakan oleh American Academy of Periodontology.
Bagi kanak-kanak, penyebab utama gingivitis kebiasaannya berkaitan kebersihan gigi.
Walau bagaimanapun, penyakit tertentu boleh meningkatkan risiko terhadap kanak-kanak, termasuk sindrom Kindler, diabetes jenis 1, sindrom Down dan sindrom Papillon-Lefèvre.
Genetik boleh meningkatkan risiko anak anda juga, jadi pastikan anda memberitahu doktor gigi pediatrik jika ada sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah gusi.
Jenis sakit gusi selain gusi bengkak dalam kalangan kanak-kanak
Gingivitis kronik
Ia adalah perkara biasa pada kanak-kanak dan biasanya menyebabkan tisu gusi membengkak, menjadi merah dan berdarah dengan mudah.
Gingivitis boleh dicegah dan dirawat dengan rutin membersih gigi, memflos gigi dan penjagaan gigi profesional.
Walau bagaimanapun, jika tidak dirawat, ia boleh membentuk penyakit periodontal yang lebih serius.
Periodontitis yang agresif
Ia boleh menjejaskan golongan muda yang sepatutnya sihat.
Periodontitis agresif tempatan ditemui pada remaja dan golongan awal dewasa. Ia terutamanya memberi kesan kepada molar dan gigi pertama mereka.
Ia dicirikan oleh kehilangan tulang alveolar teruk, dan ironinya, pesakit secara umumnya membentuk plak gigi atau kalkulus yang sangat kecil.
Periodontitis agresif yang umum
Ia boleh bermula sekitar usia baligh dan melibatkan seluruh mulut.
Biasanya, pesakit akan alami keradangan gusi dan pengumpulan plak berat dan kalkulus.
Akhirnya ia boleh menyebabkan gigi menjadi longgar.
Apa yang boleh ibu bapa lakukan?
Langkah pencegahan yang paling penting terhadap penyakit periodontal adalah membina tabiat kesihatan mulut yang baik dalam kalangan anak anda.
Terdapat langkah pencegahan asas untuk membantu anak anda mengekalkan kesihatan mulut yang baik:
- Mewujudkan tabiat kebersihan gigi yang baik seawal mungkin. Apabila anak anda berusia 12 bulan, anda boleh mula menggunakan ubat gigi semasa memberus gigi. Apabila jurang antara gigi anak anda rapat, adalah penting untuk memulakan flos
- Ibu bapa perlu menunjukkan contoh dengan mengamalkan tabiat kebersihan gigi yang baik
- Jadualkan lawatan pergigian yang kerap untuk pemeriksaan keluarga, penilaian periodontal dan pembersihan oral
- Awasi kesihatan mulut anak anda untuk tanda-tanda penyakit periodontal, termasuk gusi berdarah, bengkak dan gusi merah yang terang, serta nafas berbau
Kesihatan oral kanak-kanak adalah amat penting untuk memastikan kesihatan giginya sentiasa berada dalam keadaan yang baik sehingga mereka dewasa.
Peranan ibu bapa atau penjaga amat diperlukan untuk memeriksa dan memantau kesihatan gigi anak-anak bagi mengelakkan sebarang masalah gusi atau kejadian gusi bengkak.
[embed-health-tool-child-growth-chart]