backup og meta

Anak Asyik Mengadu Sakit Perut, Ini 5 Puncanya Yang Parents WAJIB Tahu!

Anak Asyik Mengadu Sakit Perut, Ini 5 Puncanya Yang Parents WAJIB Tahu!

Masalah usus boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan anak. Tetapi bagaimana untuk membezakan sama ada anak sakit perut biasa atau melibatkan infeksi pencernaan pada anak?

Anak yang kerap mengalami sakit perut biasa atau kronik boleh menjadi petunjuk wujudnya masalah pencernaan pada kanak-kanak.

Jom ketahui cara untuk menilai tahap keparahan kesakitan abdomen yang dialami anak dan petua hilangkan sakit perut budak yang anda boleh lakukan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Infeksi pencernaan, adakah bahaya untuk kanak-kanak?

Isu berkaitan infeksi pencernaan pada anak boleh dianggap sebagai keadaan yang sering berlaku.

Umumnya, masalah usus ini adalah berkaitan dengan kesihatan sistem gastrousus.1

Gangguan ini boleh menghalang fungsi dan menjejaskan perkembangan anak.1

Sama ada keadaan yang dialami anak melibatkan simptom muntah, cirit-birit atau hanya sekadar keluhan, jika ibu bapa rasa bimbang, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Ini amat penting, terutamanya jika keadaan anak nampak sakit, tertekan, kehilangan berat badan, demam atau kerap mengalami pergerakan usus.

Apakah simptom anak sakit perut yang kebiasaannya terjadi?

Terdapat beberapa keadaan yang melibatkan masalah usus ringan dan pulih dengan segera. 1 2

Antaranya:

#1. Muntah 

Anak boleh muntah disebabkan pelbagai punca.

Antaranya seperti jangkitan virus, keracunan makanan, demam, batuk yang kerap, makan terlalu banyak, terlalu teruja, gugup mahupun bimbang.

Mereka juga boleh muntah kerana mendapat penyakit serius seperti meningitis, apendiks dan penyumbatan usus.

Bersama keadaan ini, anak berkemungkinan akan mengalami simptom seperti cirit-birit, sakit perut atau demam.

#2. Sakit perut

Kesakitan pada bahagian abdomen oleh kanak-kanak boleh menjadi petunjuk pelbagai jenis masalah usus. 

Ini punca rasa sakit perut yang kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak, seperti:3

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Keracunan makanan
  • Gastroenteritis (selesema perut)
  • Gastritis (keradangan lapisan perut)
  • Makan terlalu banyak

Terdapat juga isu kesihatan lain yang boleh mengakibatkan anak sakit perut

Keadaan ini mungkin disertai dengan kembung, kekejangan, mual dan ketidakselesaan umum.

Antara penyebab anak sakit perut yang jarang berlaku adalah seperti:4

#3. Sembelit dan cirit-birit

Banyak faktor boleh menyumbang kepada masalah sembelit pada anak.

Antaranya adalah jika anak baru memulakan latihan tandas, diet rendah serat, pengambilan cecair sedikit, sindrom rengsa usus atau disebabkan ubat-ubatan tertentu.  

Antara gejala anak sakit perut cirit birit yang boleh dialami termasuklah:4

  • Sakit abdomen
  • Kekejangan perut
  • Pergerakan usus yang menyakitkan
  • Kurang membuang air besar
anak sakit perut
Tanda perlu bawa anak berjumpa doktor jika si manja sembelit.

#4. GERD (penyakit refluks gastroesophageal)

GERD biasa berlaku pada kanak-kanak, khususnya anak kecil. 

Terdapat pelbagai perkara boleh menyebabkan kandungan atau asid perut terkeluar semula ke kerongkong.5

Ini termasuklah keadaan melibatkan infeksi pencernaan pada anak seperti:6

  • Alahan makanan
  • Masalah dengan sfinkter esofagus bawah (LES) – otot pada bahagian bawah esofagus

#5. Anak sakit perut tidak boleh makan apa?

Anak yang cerewet dan sangat memilih dalam hal pemakanan harus menjadi satu perkara yang boleh mendatangkan kebimbangan pada ibu bapa.

Mengalami GERD, masalah pencernaan pada anak seperti jangkitan gastrousus dan cirit-birit boleh menyebabkan mereka lebih cerewet dalam memilih makanan. 

Anak yang hanya mengambil makanan tertentu sahaja turut boleh menjadi petunjuk gangguan pemakanan seperti anoreksia atau bulimia. 

Kedua-dua keadaan itu lebih kerap berlaku pada remaja atau individu dewasa.

Tetapi jangan terkejut kerana anak kecil juga berisiko mengalaminya.

Jangkitan saluran pencernaan kanak-kanak disertai dengan simptom:


  • Sakit perut
  • Mual dan muntah
  • Sembelit dan cirit-birit
  • GERD
  • Cerewet dalam memilih makanan

Apa punca anak sakit perut cirit birit?

Berikut antara punca paling biasa yang mengakibatkan anak sakit perut, iaitu:7

punca kanak kanak sakit perut
Tanda-tanda sakit perut pada kanak-kanak.

#1. Kembung, antara punca kenapa rasa senak perut

Perut berangin dan kembung biasanya disebabkan oleh pengambilan sesetengah jenis makanan atau minuman oleh anak. 

Selalunya keadaan perut kembung ini tidak berbahaya dan akan pulih tanpa sebarang rawatan.

Namun, melakukan perubahan pada diet anak turut dapat membantu proses pemulihan. 

#2. Tindak balas alergi, punca kanak kanak sakit perut sekejap sekejap

Alahan berlaku apabila sistem imun bertindak balas secara berlebihan terhadap bahan yang disebut sebagai alergen.

Pencetus alergen yang biasa adalah termasuk debunga, bulu binatang peliharaan dan racun lebah.

Anak anda juga boleh mempunyai alahan terhadap makanan dan ubat-ubatan tertentu.

Tindak balas bagi alahan makanan biasanya boleh mencetuskan masalah anak sakit perut cirit-birit, loya dan muntah. 

#3. Sindrom rengsa usus, IBS penyebab anak sakit perut

Adakah anak sakit perut dengan kerap? Jika ya, ia mungkin disebabkan oleh sindrom rengsa usus (IBS).

Ini kerana IBS boleh mencetuskan gejala seperti sakit perut, kembung, sembelit dan cirit-birit.

Keadaan ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kepekaan pada usus.

Bagaimana pula petua hilangkan sakit perut budak?

cara hilangkan sakit perut budak
Cara merawat sakit perut kanak-kanak.

Merawat anak sakit perut memerlukan pendekatan yang berhati-hati dan penuh kasih sayang.

Berikut adalah beberapa petua hilangkan sakit perut budak yang anda boleh cuba:

#1. Urut perut si manja dengan lembut

Petua ini boleh membantu mengurangkan angin dalam perut dan masalah pencernaan si manja anda. Rasa sakit pada saraf dan otot perut boleh dilegakan dengan meningkatkan peredaran darah di sekelilingnya.8

Cara urut anak sakit perut yang betul adalah dengan menggunakan tapak tangan dan jari dan urut secara perlahan-lahan dalam gerakan membulat mengikut arah jam di sekitar pusat anak.8

#2. Gunakan kompres hangat untuk elak anak sakit perut

Penggunaan kompres atau pad hangat juga merupakan salah satu petua hilangkan sakit perut budak yang berkesan kerana ia dapat mengendurkan otot kanak-kanak dan memberikan kelegaan kepada mereka.9

Bagi anda yang ingin menggunakan kaedah ini, pilih tahap haba yang paling rendah dan letakkan kompres atau pad hangat ini pada perut si manja anda.

Akan tetapi, pastikan anda tidak meletakkan kompres hangat ini secara terus ke kulit anak anda ya?

Sebaliknya, lapik dahulu kompres atau pad hangat tersebut dengan tuala kecil.

#3. Rancang diet harian anak anda

Sekiranya kanak-kanak sakit perut sekejap sekejap, ia mungkin memberi petanda bahawa ada yang tidak kena dengan diet harian mereka.

Anda boleh merancang diet harian si manja dengan membekalkan mereka nutrisi yang boleh membantu penyerapan nutrien utama, melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan sistem pertahanan tubuh mereka.

Susu Friso Gold khususnya, adalah pilihan yang sesuai untuk si manja anda!

Ini kerana, susu ini mengandungi galacto-oligosaccharide (GOS) yang dapat menggalakkan pertumbuhan bakteria usus yang baik dalam sistem penghadaman si manja anda.

Kajian menunjukkan GOS juga dapat meredakan intoleransi laktosa dan mencegah masalah sembelit selain meningkatkan penyerapan kalsium dalam tubuh badan.10

Menariknya, Susu Friso Gold juga diperbuat daripada NOVAS Signature Milk yang mempunyai saiz molekul kecil dan lembut. Ini menjadikan ia mudah dihadam dan diserap oleh sistem penghadaman anak anda.

Tambahan pula, susu ini juga diperkaya dengan 2’-FL dan Probiotik Bifidobacterium lactis HN019. 2′-FL membantu memperkukuh mikrobiota usus yang sihat serta menyokong daya ketahanan si kecil anda.

Jadi, tunggu apa lagi? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Susu Friso Gold anda sekarang!

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pediatric Digestive Disorders, https://www.mainehealth.org/care-services/pediatric-care-child-health/pediatric-digestive-disorders, Accessed on May 30, 2024.
  2. What to Do About Stomachaches, https://kidshealth.org/en/parents/stomachaches-sheet.html, Accessed on May 30, 2024.
  3. Stomachache in children: How to know if it’s serious, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/stomachache-in-children-how-to-know-if-its-serious, Accessed on May 30, 2024.
  4. Abdominal Pain in Children, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/abdominal-pain, Accessed on May 30, 2024.
  5. Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), https://www.childrenshospital.org/conditions/gerd#:~:text=What%20causes%20GERD%20in%20children,more%20frequently%20in%20some%20children., Accessed on May 30, 2024.
  6. GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) in Children, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/gerd-gastroesophageal-reflux-disease-in-children, Accessed on May 30, 2024.
  7. Stomachaches, https://kidshealth.org/en/kids/abdominal-pain.html, Accessed on May 30, 2024.
  8. Abdominal Massage, https://www.childrensmn.org/educationmaterials/childrensmn/article/16346/abdominal-massage-/, Accessed on May 30, 2024.
  9. Stomach Pain in Kids and Teens, https://www.scripps.org/news_items/6821-stomach-pain-in-kids-and-teens, Accessed on May 30, 2024.
  10. Biological activity of galacto-oligosaccharides: A review, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC9485631/, Accessed on May 30, 2024.

Versi Terbaru

24/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Ajak Anak Buat 3 Jenis Aktiviti Eksplorasi Ini, Baru Anak Membesar Dengan Baik!

Ibu Ayah, Berikan Anak 6 Makanan Penting Ini, Baik Untuk Kanak-Kanak Sedang Membesar


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan