Setiap orang mempunyai penyakit fobia tertentu seperti jenis fobia dengan ketinggian atau fobia terhadap tempat yang sempit.
Bagaimana pula jika fobia tersebut berlaku dalam kalangan kanak-kanak seperti takut pada belon?
Globofobia, jenis fobia pada belon
Ada pelbagai jenis penyakit fobia yang boleh berlaku kepada seseorang itu dipengaruhi banyak faktor.
Ada individu yang berasa cemas atau fobia ketika berada di tempat yang tinggi.
Begitu juga dengan perasaan fobia yang satu ini yang disebut sebagai globofobia. Ia adalah sejenis perasaan fobia atau rasa takut pada belon.
Globofobia ini berasal daripada perkataan Greek iaitu globo yang bermaksud bentuk bulat belon. Manakala fobia pula bermaksud perasaan takut atau ketakutan yang bersifat mendalam.
Kebanyakan daripada kita mungkin takut mendengar bunyi belon yang meletup, tetapi keadaan ini lebih buruk bagi mereka yang mempunyai globofobia.
Bagi individu atau mereka yang mempunyai penyakit fobia atau takut pada belon, mereka bukan sahaja takut melihat belon malah takut memikirkannya, menyentuh dan mencium bau belon.
Simptom bagi globofobia ini bergantung kepada punca ketakutan itu wujud sepertimana jenis-jenis fobia yang lain.
Ada di antara mereka masih mampu berhadapan dengan belon ketika belum ditiup.
Namun, apabila belon tersebut mula ditiup atau diisi dengan angin, mereka mula berasa cemas.