backup og meta

Alamak! Sikap Ibu Bapa Boleh Jadi Punca Wujud Anxiety Pada Anak?

Alamak! Sikap Ibu Bapa Boleh Jadi Punca Wujud Anxiety Pada Anak?

Percaya tak sikap ibu bapa boleh ‘diturunkan’ kepada anak-anak anda? Tingkah laku anda boleh menyebabkan emosi anak terganggu dengan wujudnya anxiety (kebimbangan). Haa..tak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Sikap ibu bapa

Ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam membentuk perihal berkaitan emosi anak pada peringkat tumbesaran awal. Adalah penting untuk setiap ibu bapa memahami dan menyedari bahawa setiap perlakuan dan sikap yang dipamerkan akan memberikan impak kepada anak-anak. 

Jika anda individu yang senang untuk berasa risau dan bimbang, sudah tentu ia akan mempunyai kaitan dengan kewujudan rasa kebimbangan pada anak. Dan masalah seperti ini sebenarnya boleh memberikan efek negatif kepada anak dalam proses pembesaran dan kehidupan.

Jadi adakah terdapat cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah seperti ini daripada wujud dan berkembang menjadi lebih kronik?

Punca gangguan emosi anak & cara atasinya

sikap ibu bapa

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:

  1. Terlalu mengawal 

Tidak dinafikan, sebagai ibu bapa akan wujud sikap mengawal anak-anak. Malah penulis sendiri mungkin sering mencuba untuk mengawal anak.

Namun apa yang kita sebagai ibu bapa tidak sedari, sikap ini sebenarnya hanya mewujudkan rasa tidak berkeyakinan dalam diri anak-anak. 

Sebagai contoh situasi, katakanlah terdapat ahli keluarga yang menawarkan pilihan makanan kepada anak? Apakah yang akan anda lakukan? Mesti anda akan tolong pilih dan jawabkan ‘bagi pihak’ anak, bukan? 

Tetapi tahukah anda, ia sebenarnya hanya akan mewujudkan rasa tidak yakin untuk anak dalam melakukan sebarang interaksi sosial untuk tempoh jangka masa panjang.

Berikanlah peluang kepada anak anda untuk membuat dan menyatakan pilihan mereka sendiri. Bantu anak untuk menjadi lebih berkeyakinan!

  1. Terlalu kritikal

Pernah tak anda mengalami masalah dan ia memberikan kesan kepada individu di sekeliling anda? Sebagai contoh, anda mungkin berdepan masalah berat badan dan anda tidak mahu anak-anak mengalami masalah yang sama. 

“Jangan makan keropok tu, nanti gemuk!”, adalah antara kata-kata yang mungkin anda ucapkan. Namun tanpa disedari, anda mungkin bersikap terlalu kritikal sehingga menimbulkan rasa negatif dalam diri anak anda. 

Cara yang lebih baik adalah dengan menjelaskan kepadanya apa yang mungkin berlaku dan memberi ruang kepadanya dalam membuat keputusan yang diingini tanpa mempengaruhi pemikiran anak-anak.

  1. Terlalu melindungi

Ya, ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya. Tetapi bersikap terlalu melindungi ada kalanya tidak baik untuk perkembangan anak-anak.

Beri peluang untuk anak-anak meneroka dunianya sendiri. Bersifat melindungi tidak salah tetapi harus dalam cara yang masih terkawal. Jangan berlebihan. 

  1. Bertengkar

Perselisihan faham antara suami isteri adakalanya tidak boleh dielakkan. Namun, sebaiknya, hindari daripada bertengkar di hadapan anak-anak.

Cuba untuk menyelesaikan masalah anda secara persendirian. Ini kerana terdapat kajian yang mengatakan, keluarga yang tidak harmoni mempunyai kaitan tinggi dengan tahap kebimbangan yang tinggi pada anak-anak. 

emosi anak

Konklusi 

Sama ada anda percaya atau tidak, setiap perkara yang anda lakukan sebagai ibu bapa memberi kesan terhadap tahap anxiety pada anak. Yes! Rasa bimbang itu normal, tetapi jika ia masih terkawal. 

Belajar untuk mengawal sikap dan tingkah laku anda sudah tentu dapat membantu anak anda untuk mengawal tahap kebimbangan dalam diri mereka juga.

Sekiranya tahap kebimbangan anak anda adalah serius, anda mungkin perlu membawanya untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.  

 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

https://www.reuters.com/article/us-parent-kids-anxiety-depression/parent-behaviors-linked-to-kids-anxiety-depression-idUSBRE9BC0VR20131213 / Accessed on Oct 7, 2019

How Anxiety Leads to Disruptive Behavior

https://childmind.org/article/how-to-avoid-passing-anxiety-on-to-your-kids/ / Accessed on Oct 7, 2019

https://www.anxiety.org/causes-and-symptoms-of-anxiety-in-children

https://www.psycom.net/child-anxiety-things-never-to-say / Accessed on Oct 7, 2019

https://adaa.org/living-with-anxiety/children/childhood-anxiety-disorders

https://www.understood.org/en/friends-feelings/managing-feelings/stress-anxiety/signs-your-young-child-might-be-struggling-with-anxiety

Versi Terbaru

17/08/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang, Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Parents WAJIB Tahu

Kanak-kanak Gemuk Lebih Mudah Alami Depresi? Ini 7 Tanda Kemurungan Pada Si Kecil Obes


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan