Normal Ke Anak Selalu Muntah Selepas Makan, Boleh Ganggu Tumbesaran Si Kecil?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anak muntah selepas makan? Adakah keadaan tersebut kerap terjadi? Jika ya, mungkin si kecil alami penyakit ganjil gangguan ruminasi. Ikuti penjelasan lanjut tentangnya. 

Mengapa anak muntah selepas makan?

Jika si kecil kerap muntah atau mengeluarkan kembali makanan yang selepas beberapa jam waktu makan, terdapat kemungkinan mereka mengalami masalah gangguan ruminasi (rumination syndrome).

Selalunya, seorang kanak-kanak dengan keadaan ini akan makan secara normal, tetapi selepas 1 atau 2 jam, makan yang tidak dicerna akan masuk kembali ke mulut daripada tekak. 

Situasi anak muntah selepas makan tersebut akan berlaku saban hari, setiap kali selesai waktu hidangan.

Perkataan ruminasi (rumination) berasal daripada lembu atau binatang yang melakukan proses mengeluarkan kembali makanan yang ditelan kembali ke mulut atau dikenali sebagai regurgitate. Ia proses pencernaan normal bagi haiwan tersebut. 

Gangguan itu pernah dianggap sebagai penyakit ganjil yang menjejaskan kanak-kanak dengan ketidakupayaan mental. 

Namun kini, pakar perubatan menyedari bahawa ia boleh dialami oleh mana-mana individu. 

Seringkali keadaan tersebut berlaku pada bayi yang berusia antara 3 hingga 12 bulan dan kanak-kanak dengan gangguan kognitif

Umumnya, sindrom tersebut adalah gangguan yang jarang berlaku sama ada kepada kanak-kanak, remaja, mahupun individu dewasa. 

Fahami simptom penyakit ganjil gangguan ruminasi

Bercakap tentang keadaan muntah selepas makan, mesti anda membayangkan keadaan muntah yang bersepah itu, kan?

Tetapi gangguan penyakit ganjil ruminasi ini adalah berbeza daripada muntah biasa. 

Muntah ruminasi, keadaan makanan tidak dicerna dan selalunya masih mempunyai rasa yang sama seperti kali pertama ia dimakan. 

Individu dengan keadaan ruminasi akan melakukan proses regurgitate selepas makan. Ia berlaku apabila makanan yang ditelan naik kembali ke bahagian tekak dan mulut. 

Masalah anak muntah selepas makan itu bukan dilakukan secara terpaksa atau tidak sengaja seperti muntah biasa. 

Gejala lain yang boleh berlaku, termasuklah:

penyakit ganjil

Gejala dan simptom yang dialami sama ada bagi kanak-kanak atau individu dewasa adalah sama. 

Individu dewasa lebih cenderung untuk memuntahkan makanan yang kembali ke mulut daripada tekak. Manakala kanak-kanak pula akan cenderung mengunyah dan menelan kembali makanan tersebut.

Memahami punca anak muntah selepas makan

Faktor yang menjadi penyebab kepada gangguan penyakit ganjil ini masih tidak diketahui. Tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada perkembangannya, seperti:

  • Penyakit fizikal atau tekanan yang teruk boleh mencetuskan tingkah laku tersebut
  • Pengabaian atau hubungan yang tidak normal antara anak dengan ibu atau penjaga menyebabkan si kecil mengalami masalah berkaitan aspek keselesaan diri. Bagi sesetengah kanak-kanak mengunyah boleh memberikan ketenangan
  • Ia mungkin cara untuk kanak-kanak mendapat perhatian
  • Ia dipercayai sebagai manifestasi penyakit mental seperti kemurungan atau kegelisahan

Mengenal pasti gangguan ruminasi

Oleh sebab keadaan yang berlaku seakan muntah, penyakit ganjil ini selalu disalah diagnosis sebagai gangguan muntah, gangguan gastrik atau penyakit refluks gastroesofagus.

Untuk mendiagnosis gangguan ini, doktor mungkin akan bertanyakan keadaan seperti:

  • Apakah rupa dan rasa makanan yang di ruminasi? Adakah keadaan ia masih kelihatan sama dan terasa seperti sebelumnya?
  • Tempoh anak muntah selepas makan atau berlakunya regurgitate?
  • Adakah gangguan penyakit ganjil itu membangunkan anak daripada tidur?
  • Adakah anak mengambil ubat merawat refluks dan keberkesanannya?

Walau bagaimanapun, beberapa ujian darah dan pengimejan boleh dilakukan untuk mengenal pasti penyebab lain simptom muntah dan menilai tahap dehidrasi dan kekurangan zat makanan

Merawat masalah anak muntah selepas makan

Untuk mengatasi masalah penyakit ganjil ini akan tertumpu kepada perubahan tingkah laku anak. 

Beberapa pendekatan boleh digunakan seperti:

  • Mengubah postur anak semasa dan selepas makan
  • Menggalakkan lebih banyak interaksi antara anak dan ibu semasa makan, memberikan lebih perhatian kepada si kecil
  • Mengurangkan gangguan semasa menyusu
  • Menjadikan waktu makan lebih santai dan menggembirakan
  • Mengubah fokus anak ketika dia mula mengalami ruminasi
  • Memberikan sesuatu yang masam atau pahit di lidah ketika dia mula muntah

anak muntah selepas makan

Menjalani psikoterapi bagi ibu dan/ atau keluarga mungkin dapat membantu meningkatkan komunikasi dan menangani rasa negatif disebabkan tingkah laku dan penyakit ganjil tersebut.

Tidak terdapat sebarang ubat yang boleh digunakan untuk mengatasi gangguan ruminasi ini. 

Tidak menjejaskan keadaan fizikal

Berita baiknya, gangguan ruminasi ini tidak mendatangkan masalah yang besar kepada keadaan fizikal individu.

Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan masalah pada esofagus. Bagi sesetengah remaja dengan sindrom ini, ia boleh menyebabkan penurunan kecil berat badan. 

Anda disarankan untuk melakukan rundingan dengan doktor untuk mengenal pasti gejala dan psikologi tingkah laku bagi menghentikan gangguan ruminasi daripada berulang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

Makanan dicerna mesti melalui usus. Tetapi jika wujud penyumbatan, proses tersebut boleh terhenti. Apakah punca masalah usus ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Pusat Kesihatan, Sistem Penghadaman 19/01/2021 . 3 minit bacaan

Bayi Menyusu Turut Berisiko Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Kesihatan Anak, Penyakit Kanak-Kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Diabetes

Anda ada masalah nafas berbau atau mulut berbau? Jaga-jaga! Ini mungkin petanda ada sakit diabetes. Tapi, apakah kaitan kedua-duanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kencing Manis 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Jus Anggur Boleh Rawat Masalah Sakit Perut, Berkesan Ke Kalau Minum?

Jus anggur antara minuman yang dikatakan banyak faedah pada kesihatan diri. Malahan, ada yang mempercayai bahawa ia dapat membantu mencegah flu perut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Selsema Perut, Sistem Penghadaman 11/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

asid dalam perut

Jika Ada 14 Tanda Ini, Bermakna Anda Alami Masalah Asid Refluks! Awas, Bayi Juga Berisiko

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
jenis penyakit

Kenali 3 Jenis Lain Penyakit Saluran Kencing: Hematuria, Penyakit Ureter & Glomerulonephritis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan
punca mulut berbau

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
bau mulut

Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan