Onani adalah satu perbuatan merangsang alat kemaluan sendiri untuk tujuan kepuasan. Kanak-kanak mungkin akan menggunakan tangan mereka atau sebarang objek lain untuk melakukannya. Anak beronani bukanlah seperti rutin pemeriksaan alat kemaluan yang selalu dilakukan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah ketika mandi!
Kekerapan kanak-kanak melakukan onani pula bergantung kepada individu itu sendiri sama ada beberapa kali dalam satu hari, seminggu sekali atau lain-lain. Kanak-kanak akan lebih kerap melancap sekiranya mereka berasa mengantuk, tertekan atau stres.
Jika anda tertangkap anak anda melakukannya, apa perlu dibuat?
Mengapakah anak beronani?
Pada umumnya, melancap adalah satu perbuatan yang normal buat kanak-kanak, apatah lagi jika anak sulung anda melakukannya.
Ketika usia ini, mereka dalam proses mengenali tubuh badan mereka, lalu menyebabkan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.
Kanak-kanak juga melakukan onani kerana ia mendatangkan kepuasan buat mereka. Ada juga kanak-kanak yang beronani apabila mereka berasa sedih. Paling penting, ibu bapa perlu tahu bahawa onani bukanlah berpunca daripada apa-apa kondisi kesihatan.
Sampai bilakah anak beronani?
Apabila kanak-kanak sudah mengetahui apakah itu onani, mereka sendiri mungkin akan kurang melakukannya. Anak anda mungkin tidak akan beronani sekerap seperti dahulu bergantung kepada perkembangan emosi mereka.
Kanak-kanak sekitar usia 5 hingga 6 selalunya akan lebih berhati-hati dan hanya akan beronani jika tiada individu lain melihat mereka.
Selain kanak-kanak, perbuatan ini juga turut dilakukan oleh individu dewasa kerana didorong oleh hormon dan nafsu.
Bagaimanakah ibu bapa boleh membantu?
1. Tetapkan sasaran yang realistik
Sebenarnya, agak sukar untuk menghalang anak anak beronani. Anda perlu menerima hakikat ia adalah normal bagi seorang kanak-kanak.
Namun begitu, anda perlu memastikan bahawa anak anda tahu bahawa ia adalah perbuatan yang tidak elok dilakukan oleh individu yang beragama islam.
Anda juga tidak boleh bersikap sambil lewa dan mengendahkan perbuatan mereka ini kerana ia boleh mendorong kepada pemikiran kanak-kanak yang berasakan onani itu boleh dilakukan tanpa mengira waktu dan tempat.
2. Cegah anak beronani ketika waktu tidur
Sebagai ibu bapa, anda perlu kerap melihat atau mengintai kanak-kanak ketika waktu tidur mereka. Pastikan perbuatan ini tidak dilakukan oleh mereka pada waktu ini.
3. Alih perhatian dan disiplinkan mereka
Cuba alih perhatian anak anda dengan apa-apa bentuk permainan.
Jika ia masih tidak membuahkan hasil, berterus teranglah dengan anak anda bahawa perbuatan ini mungkin normal namun ia tidak boleh dilakukan sesuka hati tanpa mengira waktu dan tempat selain pastikan mereka tahu ia adalah perbuatan yang tidak elok dilakukan oleh individu yang beragama islam.
4. Cuba berbincang dengan penjaga atau guru mereka di sekolah
Ibu bapa perlu berbincang dengan penjaga atau guru anak anda di sekolah untuk cuba mengalih perhatian anak anda. Selain itu, penjaga atau guru di sekolah juga sebenarnya boleh mengajar anak anda mengenai perbuatan onani ini.
5. Luangkan lebih banyak masa bersama anak anda
Kanak-kanak akan kurang beronani sekiranya mereka mendapat lebih banyak perhatian dari ibu bapa mereka.
Pastikan anak anda dan anda meluangkan masa sekurang-kurang 1 jam ketika di rumah bersama anda sebelum waktu tidur.
6. Kesilapan yang biasa
Antara kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh ibu bapa adalah mereka cuba melarang anak melakukan onani secara mandatori. Ini hanya akan menyebabkan anak anda mengalami masalah emosi kelak. Kanak-kanak tidak perlu dihukum secara fizikal atau didera secara mental hanya kerana perbuatan ini.
Sebagai ibu bapa, anada perlu berfikir dengan lebih bijak dan cuba cari alternatif seperti menggunakan permainan, meluangkan lebih banyak masa bersama atau berbincang secara aman dengan mereka mengenai perbuatan onani.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]