Berbanding di luar negara, tidak banyak ibu bapa di Malaysia yang menggunakan tali ikat tangan anak atau child leash semasa berada di luar. Tetapi perlu ke memakaikan tali keselamatan untuk kanak-kanak ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Pemakaian tali ikat tangan anak
Child leash atau child safety harness – kedua-duanya dipakaikan sama ada pada pergelangan tangan atau seperti beg pada anak yang berperanan untuk menjaga keselamatan anak.
Pun begitu, pemakaian tali keselamatan untuk kanak-kanak ini di Malaysia mengundang pelbagai pendapat.
Ada yang menyokong penggunaannya dengan bertujuan untuk keselamatan yang mana ia dapat mencegah anak hilang daripada pandangan ibu bapa.
Namun, tidak kurang juga yang menganggap pemakaian peranti ini tidak sesuai seolah-olah menyekat kebebasan si kecil.
Sekiranya sedang berkira-kira untuk menggunakannya, Hello Doktor akan memberikan 8 alasan untuk membantu anda membuat keputusan.
Perlu pemakaian tali keselamatan untuk kanak-kanak
Berikut antara 8 sebab anda perlu menggunakan tali ikat tangan anak ini:
8. Si kecil gemar berlari
Apabila anak sudah mula belajar berjalan, mereka tidak akan berhenti melakukannya. Mereka tidak akan mahu lagi diletakkan di dalam kereta sorong.
Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan isu buat ibu untuk membenarkan anak berjalan dan meneroka, tetapi dalam masa yang sama bimbangkan keselamatan mereka.
Jadi penggunaan child leash atau safety harness pastinya pilihan terbaik.
7. Tali ikat tangan anak sesuai untuk yang berkeperluan khas
Anak berkeperluan khas seperti autisme, Sindrom Down, ADHD dan lain-lain memerlukan lebih perhatian apabila berada di luar, bahkan risiko untuk terlibat dalam situasi bahaya adalah tinggi.
Tidak semua anak dengan keperluan khas ini sama, namun penggunaan peranti keselamatan ini pastinya membantu ibu bapa untuk menjaga mereka.
Tali keselamatan untuk kanak-kanak ini juga sangat membantu anak yang mengalami masalah pendengaran, terutamanya jika mereka gemar berjalan mendahului ibu bapa mereka.
6. Tali ikat tangan anak, sangat praktikal
Bukan sekadar untuk keselamatan tetapi ia juga praktikal, terutama buat ibu bapa yang mempunyai ramai anak kecil mahukan anak kembar.
Kebanyakan anak kecil lebih sukakan kebebasan dan tidak gemar tangan mereka dipegang. Sudah tentu keadaan ini boleh mengundang bahaya.
Maka penggunaan tali ikat tangan anak ini sangat bagus dan praktikal untuk digunakan apabila berada di tempat awam. Peranti ini juga dapat mengawal tingkah laku anak-anak.
5. Elakkan anak daripada gangguan pedofilia & penculikan
Penculikan anak kecil bukan perkara baharu dan ia boleh terjadi kepada sesiapa. Sama juga keadaannya dengan masalah pedofilia, kita tidak tahu mungkin anak sedang diperhatikan individu tidak bertanggungjawab ini.
Kedua-dua pemangsa ini mungkin menunggu masa untuk ‘merampas’ si kecil daripada kita.
Sudah tentu penggunaan tali keselamatan kanak-kanak ini pastinya dapat menghindari kejadian tidak diingini.
Bukankah mencegah sesuatu perkara itu lebih baik daripada menyesalinya di kemudian hari?
Baca juga: