Setiap kali tiba sambutan hari lahir anak pastinya menyeronokkan, tetapi berbeza keadaannya pada tahun ini. Jadi bagaimana cara meraikan hari jadi anak supaya tetap meriah walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sambutan hari lahir anak
Untuk menjadikan sebuah sambutan hari jadi si kecil meriah, biasanya anda akan meraikannya dengan menjemput ahli keluarga serta rakan-rakan rapat si kecil. Namun situasinya berbeza pada waktu penularan COVID-19 ini.
Sepanjang tempoh PKP ini sudah tentu anda tidak boleh mengadakan sambutan hari lahir dengan meriah, tetapi itu tidak bermakna si kecil tidak boleh bergembira.
Eh, ada ke cara meraikan sambutan hari jadi ketika tempoh PKP ini? Sudah tentu ada cara yang boleh ibu bapa lakukan.
7 idea sambutan hari lahir anak
Sebagai individu dewasa, anda pasti boleh memahami jika tiada sebarang sambutan sempena hari jadi anda, apatah lagi ketika tempoh amalan jarak sosial ini. Tetapi situasinya berlainan dengan si kecil.
Mereka tentu mahukan 1 sambutan yang menyeronokkan, walaupun tidak dihadiri oleh tetamu lain. Apatah lagi terpaksa duduk terperap di dalam rumah sahaja, sudah tentu mereka ingin bergembira.
Jadi berikut dikongsikan cara meraikan hari lahir anak yang boleh dicuba:
1. Kejutan belon
Jika si kecil gemarkan belon, pastinya cara meraikan dengan kejutan belon adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Mungkin dalam tempoh PKP ini anda sukar untuk mendapatkan belon dengan gas helium untuk membolehkan belon terapung di udara, tidak mengapa. Anda boleh membeli belon biasa dan tiupkan sahaja.
Anda boleh hiaskan ruang tamu anda dengan sejumlah belon atau mencipta ‘air terjun belon’ di pintu bilik tidur mereka, sebagai kejutan. Tetapi tidak tahu caranya?
Lekatkan pita pelekat di bahagian terbuka plastik beg sampah (pastikan bersih) pada pintu bilik tidur serta pada bahagian siling. Isikan dengan belon dan letakkan pelekat agar belon tidak terkeluar
Apabila mereka ingin membuka pintu, pelekat pada plastik beg akan tertarik dan terjadilah ‘air terjun belon’.
2. Lakukan panggilan video semasa sambutan hari lahir anak
Walaupun dalam tempoh PKP dan perlu melakukan jarak sosial, itu tidak bermakna segala hubungan juga perlu terputus dan terhenti. Bukankah kita sudah berada dalam era kemajuan teknologi?
Jadi anda boleh menggunakan kemudahan teknologi ini sebagai cara meraikan hari lahir anak. Dapatkan kerjasama dan persetujuan daripada ibu bapa kepada rakan-rakan si kecil untuk melakukan panggilan video.
Panggilan video bersama ahli keluarga rapat seperti datuk dan nenek mahupun sepupu yang rapat dengan anak juga idea yang baik.
Minta mereka menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ kepada anak atau berikan ucapan sempena hari lahir mereka.
Baca juga:
- Anak Nak Makan Kek Tapi Ada Alahan? Nah, Cuba Resepi Kek Hari Jadi Bebas Gluten!
- Adakah Meluangkan Masa Terlalu Kerap Dengan Anak Mendatangkan Mudarat?
- Parents, Ajar Anak 6 Batasan PENTING Ini Semasa Berkawan, Baik Untuk Mental Mereka!
3. Scavenger Hunt
Sekiranya anda sudah membelikan hadiah buat si kecil, apa kata jadikan ia sebagai 1 sesi pemburuan hadiah. Bagaimana?
Anda boleh letakkan hadiah di tempat yang tersembunyi dan meminta mereka mencarinya. Untuk menjadikan ia lebih menyeronokkan, jadikan ia seperti pencarian harta karun (treasure hunt) dengan menyediakan peta sebagai petunjuk.
Tetapi pastikan anda tidak meletakkan hadiah di tempat yang berbahaya atau sukar dicapai, okay?
4. Family Slumber Party
Cara meraikan ini mungkin sesuatu yang jarang dilakukan tetapi anda boleh mencubanya. Slumber party biasa dibuat di negara barat, yang melibatkan rakan-rakan si kecil berkumpul dan bermalam di rumah anda atau salah seorang rakannya.
Anda boleh meletakkan bantal yang banyak dengan selimut di ruang tamu dan berseronoklah.
5. Lakukan sambutan hari lahir anak dengan menonton filem
Seandainya anda mahukan cara meraikan yang lebih ringkas, menonton filem bersama mungkin pilihan terbaik.
Berikan peluang kepada si kecil untuk memilih filem yang ingin ditontonnya dan jangan lupa untuk menyediakan snek ringan untuk dikunyah bersama. Mahu lebih seronok, cuba tutup lampu dan ia memberikan suasana seperti dalam panggung wayang.
Anda bukan sahaja menggembirakan anak, tetapi aktiviti sebegini pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Cubalah!
6. Hari kebebasan
Sempena sambutan hari lahir anak, memandangkan tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan sudah tentu anda tidak boleh membawa mereka keluar, apa kata berikan ‘hari kebebasan’ buat mereka.
Untuk 1 hari yang istimewa ini, beri peluang untuk si kecil lakukan apa yang dia ingini, seperti makan aiskrim ketika sarapan, menonton filem atau kartun untuk tempoh 4 jam tanpa henti atau apa sahaja selagi tidak memudaratkan mereka.
Kalau anda ingin membuat pesanan makanan, mungkin anda boleh memberikan si kecil kelonggaran untuk memilih makanan yang diingininya.
7. Buat kek dan hidangan makanan istimewa
Si kecil suka menolong anda di dapur? Apa kata anda hasilkan kek bersama? Atau mungkin anda boleh memintanya untuk membantu anda menyediakan hidangan makanan istimewa untuk dimakan bersama?
Jika sebaliknya, anda boleh hasilkan kek kegemaran dan menjadikan ia sebagai kek sambutan hari lahir anak.
[embed-health-tool-child-growth-chart]