backup og meta

Jangan Bagi Anak Hadap Handphone Sahaja! Buat 6 Game Ini Di Rumah, Latih Minda Si Kecil

Jangan Bagi Anak Hadap Handphone Sahaja! Buat 6 Game Ini Di Rumah, Latih Minda Si Kecil

Perkembangan otak kanak-kanak amat penting seiring dengan pertumbuhan fizikal mereka. Namun tidak ramai ibu bapa yang tahu cara terbaik meningkatkan perkembangan otak anak. Ini ada beberapa game untuk kanak kanak yang boleh anda sediakan bagi membantu potensi minda mereka. Aktiviti permainan untuk kanak kanak ini agak mudah dan senang untuk disediakan.

Sila semak di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Kenapa game untuk kanak kanak ini penting?

Tahukah anda bahawa kanak-kanak sebenarnya memerlukan game atau permainan untuk merangsang perkembangan otak mereka apabila dilahirkan.

Permainan atau game otak menawarkan cara pembelajaran baharu untuk kanak-kanak yang sentiasa ingin tahu dan sentiasa mencari ilmu baharu.

Kanak-kanak juga boleh berkembang sebagai pelajar yang lebih aktif apabila mereka berseronok dalam persekitaran permainan yang kondusif untuk pembelajaran.

Permainan otak terbaik ialah permainan yang boleh memberi tumpuan kepada bidang tertentu perkembangan anak anda.

Aktiviti permainan untuk kanak kanak ini memberi kesan positif kepada kemahiran motor, ingatan, ingatan lisan, pengecaman dan pengesanan corak, serta lain-lain lagi.

Game untuk kanak kanak yang disarankan untuk si kecil anda

Ada beberapa jenis aktiviti permainan untuk kanak kanak yang boleh anda sediakan untuk anak anda bermain.

Ini antara yang paling mudah dan terbaik untuk perkembangan minda kanak-kanak:

#1. Jigsaw puzzle

game untuk kanak kanak
Kanak-kanak perempuan sedang bermain permainan puzzle.

Bermain puzzle merupakan antara permainan klasik kanak-kanak sejak dahulu lagi.

Permainan ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, pengesanan corak, pengecaman imej dan penyelesaian masalah.

Kanak-kanak juga boleh belajar tentang kerjasama untuk menyelesaikan tugasan, serta kemahiran penting yang berkaitan dengan kepuasan tertunda setelah menyelesaikan puzzle

#2. Kiub Rubik

Siapa sahaja yang tidak mengenali kiub Rubik. Anda boleh membuat permainan kiub Rubik lebih menyeronokkan dengan memberi anak anda strategi asas yang mereka perlukan untuk menyelesaikannya dengan betul.

Anda boleh mengikuti tutorial dalam talian atau bermain dengan rakan untuk membiasakan diri terlebih dahulu sebelum mengajarkannya kepada anak anda.

Game untuk kanak kanak ini melatih mereka mengenai kepentingan pembangunan kemahiran dan juga ingatan.

#3. Bercerita dengan satu perkataan

Anda boleh mengajak semua anak-anak anda atau kanak-kanak lain untuk bermain permainan ini.

Berikan perkataan tertentu kepada setiap kanak-kanak dan minta mereka untuk membuat cerita ringkas dengan menggunakan perkataan tersebut.

Aktiviti ini boleh membantu mencetuskan kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam diri kanak-kanak dan meningkatkan pemahaman mereka tentang bahasa.

game untuk kanak kanak
Kelebihan mengajar anak membaca dengan suara yang kuat.

#4. Game untuk kanak kanak: Bermain chess atau catur

Catur merupakan satu lagi permainan kanak kanak di rumah yang agak klasik.

Catur adalah salah satu permainan otak terbaik yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak kerana ia membolehkan mereka terlibat dalam pengalaman yang merangsang intelektual.

Anak anda boleh mempelajari langkah baharu, mewujudkan komuniti rakan catur dan meneroka idea yang kompleks dalam fikiran mereka.

#5. Bermain tanah liat

game untuk kanak kanak
Permainan tanah liat dengan pelbagai warna yang menarik.

Bermain tanah liat juga amat baik untuk perkembangan minda anak anda, lebih-lebih lagi tanah liat dengan pelbagai warna.

Bagi kanak-kanak yang masih kecil, tanah liat berwarna-warni sangat sesuai untuk mengajarkan mereka menentukan warna yang betul.

Selain itu, membentuk tanah liat dengan menggunakan tangan mereka sendiri dapat merangsang motor halus selain mengembangkan bakat kreatif anak anda. 

#6. Permainan pagar sesat atau maze

Untuk permainan ini, cukup sekadar anda melukis maze anda sendiri atau mencetaknya daripada laman web secara percuma.

Maze membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah pada kadar yang lebih cepat.

Ia menguji keupayaan mereka untuk mengingati jalan yang betul melalui percubaan & kesilapan (try & error).

Mereka juga boleh mencari jalan yang betul dengan menavigasi secara mental dan kemudiannya diterjemahkan kepada gerakan pen pada kertas.

Kesimpulan

Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi game untuk kanak kanak yang boleh anda berikan kepada si manja di rumah.
Namun, enam jenis yang kami nyatakan ini adalah antara yang terbaik dan paling mudah untuk anda sediakan.
Jika enam permainan ini masih tidak cukup, anda boleh mencari pelbagai lagi kaedah atau game lain untuk melatih minda anak anda.
Selamat mencuba!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 Interesting Fun Brain And Memory Games For Kids. https://docs.diy.org/blog/2021/11/11/6-interesting-fun-brain-and-memory-games-for-kids. Accessed on January 11, 2023. 

Memory Games for Kids. https://www.improvememory.org/tag/memory-games-kids/. Accessed on January 11, 2023. 

Games That Help Kids Think Critically. https://www.commonsensemedia.org/lists/critical-thinking-apps-games. Accessed on January 11, 2023. 

Games. https://www.mensaforkids.org/play/games/. Accessed on January 11, 2023. 

What Can Brain Training Really Do for Kids?. https://childmind.org/article/can-brain-training-really-kids/. Accessed on January 11, 2023. 

Versi Terbaru

27/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Pendidikan Seksual: Kepentingannya Terhadap Kanak kanak

PERHATIAN! Ini 8 Penyebab Obesiti Orang Dewasa & Kanak Kanak Di Malaysia


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan