Dalam dunia perubatan tradisional Melayu, daun gelenggang lebih dikenali sebagai alternatif untuk merawat penyakit kulit seperti kurap. Daun gelenggang ubat kurap ini juga banyak digunakan untuk penyakit kulit dan masalah yang lain.
Dalam dunia perubatan tradisional Melayu, daun gelenggang lebih dikenali sebagai alternatif untuk merawat penyakit kulit seperti kurap. Daun gelenggang ubat kurap ini juga banyak digunakan untuk penyakit kulit dan masalah yang lain.
Ingin tahu apakah lagi manfaat daun ini? Ikutinya melalui artikel di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Walaupun tumbuhan ini sangat mudah didapati di Malaysia dan sudah lama digunakan dalam persediaan tradisional, namun ia bukanlah tumbuhan yang berasal dari Nusantara.
Ia merupakan sejenis tumbuhan perubatan yang berasal dari Mexico.
Walau bagaimanapun, ia telah banyak ditanam dan mudah dijumpai di seluruh dunia.
Ia tumbuh meliar di tepi-tepi jalan atau di tepi pantai.
Secara tradisionalnya, pokok gelenggang ini banyak digunakan bagi merawat penyakit kulit seperti kurap, gigitan serangga, julap, tekanan darah tinggi dan juga masalah kecacingan.
Banyak manfaatnya bukan?
Terdapat beberapa khasiat atau manfaat pokok gelenggang yang telah terbukti melalui kajian yang dijalankan oleh penyelidik sebelum ini.
Antaranya ialah:
Jika daun ini direbus di dalam air, kita boleh mengekstrak kandungan etanol dan juga air daripada daun tersebut yang mengandungi ciri-ciri antikulat dan juga antimikrob.
Kedua-dua ciri ini sangat berkesan dalam merawat masalah kulit.
Oleh sebab itu, daun ini sangat ampuh dalam merawat penyakit kurap memandangkan ia mempunyai ciri antidermatofit yang menjadi punca utama terjadinya kurap.
Selain itu, daun ini juga berkesan dalam merawat penyakit yang lain seperti Cadidia Albicans, Trichyophyton Mentagraphytes dan juga Microsporum Canis.
Jika anda ada mengalami keradangan pada kulit, mungkin daun gelenggang ubat kurap ini boleh membantu.
Pokok gelenggang mempunyai ciri antiradang dan antioksidan yang hebat.
Anda boleh mencuba dengan menyapu atau menuam daun ini pada kawasan yang terjejas kerana ia membantu mengurangkan keradangan dengan berkesan.
Dalam satu kajian yang telah dijalankan, daun pokok ini mempunyai kandungan atau ciri antikeradangan yang terbaik berbanding empat jenis herba yang lain.
Secara umumnya, kesemua pokok dalam keluarga pokok Cassia mempunyai kemampuan untuk menyingkirkan cacing daripada tubuh badan.
Namun, pokok gelenggang ini mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding jenis pokok Cassia yang lain.
Ekstrak air daripada daun pokok ini boleh diminum bagi merawat kecacingan dan kaedah ini telah digunakan secara tradisional sejak dahulu lagi.
Percaya atau tidak, pokok gelenggang juga boleh membantu anda merawat gejala demam biasa yang dialami.
Ini kerana, pokok gelenggang mempunyai ciri untuk merawat simptom demam dan air rebusan daunnya boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan.
Selain itu, ekstrak daun pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat demam malaria memandangkan ia juga mempunyai ciri antimalaria.
Selain untuk masalah kulit dan demam, pokok gelenggang juga sebenarnya mempunyai ciri antikanser yang baik.
Ia juga telah terbukti melawan sel kanser dengan berkesan seperti karsinoma kolon, karsinoma pundi kencing dan karsinoma kolorektal.
Ekstrak antikanser yang diperoleh daripada pokok gelenggang ini hanya bertindak terhadap sel kanser sahaja tanpa merosakkan atau membahayakan sel sihat yang lain.
Secara tradisionalnya, daun gelenggang juga digunakan sebagai bahan laksatif atau julap untuk memudahkan pembuangan air besar.
Daun ini bertindak dengan cara menggalakkan pergerakan peristalsis usus besar melalui rangsangan mukosa usus.
Kesannya, ia boleh membantu mengelakkan masalah sembelit daripada berlaku.
Ciri ubat julap daun ini adalah disebabkan kandungan sennoside yang terdapat dalam daun tersebut.
Apa pun ubat atau bahan persediaan tradisional yang anda ambil, ia pasti mempunyai beberapa kesan sampingan.
Begitu juga jika anda mengambil pokok gelenggang untuk tujuan rawatan penyakit tertentu, ia turut memberikan beberapa kesan sampingan yang lain.
Antara kesan sampingannya ialah seperti loya, sakit perut, cirit-birit, sakit sendi, masalah angin dalam perut, perubahan warna pada air kencing dan juga kerosakan pada dinding usus.
Selain itu, ia juga mungkin boleh menyebabkan kerosakan hati yang kronik jika diambil pada jumlah yang terlalu banyak.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan untuk meletakkan kenyataan amaran tertentu pada label ubat atau produk yang mengandungi pokok gelenggang.
Antaranya ialah, elakkan penggunaan ubat dengan pokok gelenggang sekiranya mempunyai sakit otot, loya atau muntah-muntah.
Selain itu, penggunaan dalam jangka masa panjang mungkin boleh menyebabkan kebergantungan kepada produk tersebut dan mengakibatkan ketidakseimbangan elektrolit.
Untuk mereka yang ingin menggunakan produk dengan pokok gelenggang melebihi tujuh hari, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen