backup og meta

5 Tanda Anak Jadi GENIUS Dewasa Nanti, Cuba Ibu Ayah Check Ada Tak Pada Anak?

5 Tanda Anak Jadi GENIUS Dewasa Nanti, Cuba Ibu Ayah Check Ada Tak Pada Anak?

“Wah! Kecil lagi dah pandai guna sempoa, dah hebat main kiub rubik. Besar nanti mesti si kecil mak ni akan jadi “anak genius’ yang berjaya, kan?”, kata seorang ibu kepada anaknya.

Dialog ini mungkin menunjukkan tanda seorang anak itu akan jadi seorang genius dewasa kelak. Nak tahu apa lagi tanda yang lain? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

5 Tanda anak genius bila dewasa nanti 

#1. Tanda anak genius – Gemar membaca

Membaca itu jambatan ilmu. Oleh itu, tiada jalan pintas untuk mempunyai pengetahuan yang tinggi melainkan dengan membaca.

Disebabkan itu, lihat kepada minat anak anda dengan buku. Jika dia sangat gemar membaca apa-apa sahaja jenis buku, ia mungkin menunjukkan bahawa anak anda bakal membesar menjadi seorang yang genius! 

#2. Mempunyai memori yang kuat

Menurut kajian yang dilakukan oleh New Kid’s Center, anak anda mungkin menunjukkan petanda dia seorang yang genius ingatannya sangat kuat.

Sebagai contoh, dia boleh ingat muka orang, nama tempat atau di mana permainan kesayangannya disorokkan.

Lebih hebat lagi, jika dia mampu mengingat arah perjalanan ke tempat yang jarang anda kunjungi!

#3. Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi 

Lihat sahaja genius dalam sejarah seperti Tesla, Einstein, Ramanujan dan lain-lain, kesemua mereka semasa zaman kanak-kanak sangat gemar meneroka dunia ini.

Walaupun sifat ini adalah sifat yang secara alami wujud dalam diri si kecil, sang genius akan tampil menunjukkan sifat ini lebih daripada yang lain. 

#4. Perkembangan yang lebih pantas berbanding kanak-kanak lain

Jika si kecil anda lebih cepat berkembang berbanding anak orang lain yang seusia dengannya, dia mungkin seorang genius.

Sebagai contoh, perhatikan jika dia boleh bercakap, berjalan atau bermain lebih awal jika hendak dibandingkan dengan rakan seusianya.

Pun begitu, jangan pula anda banding mereka dengan bayi yang berbeza usia atau bayi istimewa pula, ya?

#5. Gemar berada dalam kalangan orang yang lebih dewasa

Kanak-kanak genius sangat suka dikelilingi oleh orang yang lebih dewasa dari mereka. Ini kerana mereka mungkin berasa bosan berada dalam kalangan rakan seusia.

Jadi, perhatikan komunikasi anak anda. Jika dia gemar berinteraksi atau berkawan dengan orang yang lebih dewasa, mereka mungkin seorang yang genius!

Pun begitu, tanda-tanda ini tidak semestinya tepat. Ada juga kanak-kanak genius yang mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda namun apabila dewasa kelak, menjadi orang yang berjaya.

Tetapi kalau anak anda sudah mahir guna sempoa dan main kiub rubik seawal usia mereka lagi, maka anda mungkin telah melahirkan seorang genius.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

11 Signs Your Child Could Be Gifted. https://www.rd.com/advice/parenting/gifted-children-genius/. Accessed on October 3, 2019.

 

11 Early Signs Your Kid Will Be Smart. https://www.romper.com/p/11-early-signs-your-kid-will-be-smart-16877. Accessed on October 3, 2019.

 

11 Signs Your Baby Will Be a Genius. https://www.babygaga.com/11-signs-your-baby-will-be-a-genius/. Accessed on October 3, 2019.

Versi Terbaru

16/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Anak Penghidap Hemofilia? Ketahui Cabaran & Harapan Di Dalam Bajet 2025!

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan