backup og meta

Sedih Lihat Kulit Bayi Alami Ekzema Yang Kronik, Kenali Lebih Mendalam Apakah Puncanya!

Sedih Lihat Kulit Bayi Alami Ekzema Yang Kronik, Kenali Lebih Mendalam Apakah Puncanya!

Setiap ibu bapa pasti mahukan kulit bayi mereka kekal sihat, bersih, dan licin. Disebabkan itu, ada ibu bapa yang sanggup mengambil risiko dan berhabis wang ringgit menggunakan pelbagai jenis produk untuk merawat ekzema bayi mereka. 

Namun begitu, penyakit kulit bayi seperti ekzema, ruam dan alahan masih berisiko menjangkiti bayi anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa Itu Ekzema?

Ekzema atau atopic dermatitis adalah sejenis keradangan pada kulit yang turut mendatangkan bengkak, gatal dan ruam merah yang kelihatan seperti kulit melecur.

Ia kebiasaannya akan dihidapi oleh kanak-kanak yang berusia bawah 5 tahun dan akan menjangkiti bahagian muka, tangan, siku atau lutut.

Keadaan ekzema Bayi

ekzema bayi

Ekzema bayi muncul dengan tompok kulit merah, kering, gatal dan kasar. Bayi boleh mendapatkan keadaan ini di mana-mana saja di tubuh mereka. Selalunya ia memberi kesan pada pipi, sendi lengan dan kaki si kecil. 

Punca Ekzama bayi 

Punca sebenar masalah kulit ini tidak diketahui, tetapi gen mungkin memainkan peranan. 

Sekiranya anda atau pasangan mempunyai ekzema, kebarangkalian untuk anak anda menghadapi risiko yang sama turut tinggi.  

Keadaan alahan termasuk ekzema, asma, dan hayfever, lebih banyak berlaku di persekitaran moden dan bandar.

Ini mungkin kerana orang yang hidup dalam persekitaran ini terdedah kepada lebih banyak bahan kimia yang boleh mencetuskan keradangan ekzema.

Walaubagaimanapun, kita memerlukan lebih banyak penyelidikan untuk mencari punca apa yang menyebabkan ekzema. 

Pun begitu, satu perkara yang kita tahu ialah ekzema atopic tidak mudah berjangkit, maka keadaan kulit ini tidak akan cepat tersebar kepada orang lain. 

Bagaimanapun, anak anda juga boleh terdedah kepada pencetus ekzema bayi seperti:

  • Sabun mandi, pencuci pakaian dan produk penjagaan kulit
  • Kain sintetik, bahan berbulu atau pakaian yang dibuat menggunakan pewarna tertentu
  • Alergen alam sekitar seperti haiwan peliharaan, debunga dan habuk rumah 
  • Alergen makanan seperti susu, telur, kacang soya dan kacang tanah
  • Persekitaran yang luar biasa panas atau sejuk
  • Kulit terlalu kering, gatal dan sensitif terhadap kepanasan atau sebarang permukaan kasar
  • Infeksi virus

Simptom ekzema bayi 

Antara simptom ekzema bayi adalah seperti berikut:

  • Kulit menjadi kemerahan, bersisik dan bertukar warna
  • Kulit menjadi bengkak dan berair
  • Timbul tompok-tompok kering dan gatal pada muka, tangan, kaki serta leher

Apakah Perbezaan Ruam dan Ekzema?

Ruam

Ruam adalah masalah yang paling biasa dialami bayi dan kanak-kanak. Ada ruam yang serius dan ada yang tidak. Ada ruam yang akan sembuh cepat dan ada yang lambat. Sebaiknya, anda merujuk kepada doktor untuk lebih kepastian.

Terdapat beberapa jenis ruam yang biasa terjadi pada bayi dan kanak-kanak, termasuklah:

  • Ekzema
  • Ruam panas
  • Ruam lampin
  • Ruam alahan
  • Jangkitan kulat seperti panau dan kurap
  • Jangkitan virus seperti campak, rubella dan denggi
  • Sengatan dan gigitan
  • Kaligata (urtucaria)
  • Kontak dermatitis

Walaupun banyak punca yang boleh mengakibatkan ruam, ia tetap akan mendatangkan simptom yang sama. Ruam kebiasaannya akan berwarna kemerahan, kering, gatal, bengkak dan bersisik.

Alahan

ekzema bayi

Alahan pada kulit bayi dan kanak-kanak akan berlaku apabila badan bertindak balas terhadap bahan atau pencetus (alergen) yang kebiasaannya tidak berbahaya bagi individu lain. Ini kerana reaksi setiap alahan adalah berbeza mengikut alergen dan individu itu sendiri.

Menurut Dr Lim Wei Leng, Perunding Pakar Kanak-kanak dan Neonatologi Pusat Perubatan Sunway (SunMed), terdapat pelbagai jenis gejala alahan dan yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak seperti ruam kulit, sesak nafas, gegata, gatal-gatal mata, cirit-birit, bersin, batuk, muntah, semput, hidung berair dan sakit pada abdomen.

Paling bahaya, boleh berlaku lemas akibat tidak dapat bernafas (anafilaksis) iaitu satu tindak balas alahan yang boleh membawa maut.

Menurut beliau lagi, alergen yang kerap membangkitkan alahan adalah makanan seperti produk tenusu, makanan laut, kekacang dan telur.

Selain itu, persekitaran di kawasan rumah juga menyumbang kepada alergen seperti bulu haiwan, kulat, hama, debunga atau gigitan serangga. Asap rokok, minyak wangi dan bahan kimia kegunaan rumah juga mampu menyebabkan alahan.

Disebabkan alahan ini mempunyai banyak punca dan tidak pasti anak mengalami yang mana satu, jadi adalah lebih baik anda bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Tanpa mengira jenis penyakit yang bayi anda alami, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah membawa mereka berjumpa doktor.

Ini kerana ibu bapa sendiri kadangkala tidak mengetahui jenis penyakit dan ubatan atau rawatan untuk merawat ekzema bayi yang diperlukan seterusnya.

Mungkin jika hanya sekadar ruam biasa, ia akan hilang dengan sendiri. Namun jika penyakit kulit berlaku disebabkan oleh alahan, anda perlu berhati-hati kerana ada jenis alahan yang boleh membawa maut.

Paling penting, rujuk pakar perubatan atau pakar kulit yang telah diiktiraf dan jangan hanya percaya pada nasihat individu yang tidak berkelayakan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Baby eczema: causes, symptoms, treatments and creams. https://eczema.org/information-and-advice/information-for-parents-and-children/babies-and-eczema/ Accessed on May 31, 2019.
  2. Understanding Your Child’s Eczema https://nationaleczema.org/eczema/children/ Accessed on May 31, 2019.
  3. Eczema in babies. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/atopic-dermatitis-eczema/expert-answers/baby-eczema/faq-20450999. Accessed on March 4, 2019.
  4. Ekzema. http://www.myhealth.gov.my/ekzema/. Accessed on March 4, 2019.
  5. Probiotics During Pregnancy http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/probiotics-during-pregnancy/. Accessed January 28, 2019.

Versi Terbaru

01/07/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

Susah Cari Sabun Bagus Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Kena Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 01/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan