Tabiat anak suka memukul apabila berdepan sesuatu situasi sudah pastinya akan menimbulkan kebimbangan pada ibu bapa.
Tidak dinafikan situasi ini agak normal untuk berlaku semasa fasa perkembangan dan tumbesaran si kecil. Namun ia tidak boleh dibiarkan atau lama-kelamaan akan menjadi tabiat yang sukar dibuang.
Jadi adakah cara untuk mengatasi anak suka menggigit dan memukul ini? Ayuh teruskan membaca bagi mengetahui petuanya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Kenapa anak suka memukul?
Adalah perkara biasa untuk si kecil mempunyai masalah berkomunikasi disebabkan had perkataan yang mereka ketahui, sekali gus menimbulkan kesukaran untuk menyampaikan apa yang mereka rasai atau inginkan.
Ada kalanya anak akan bersikap agresif atau suka memukul kerana menerima layanan yang tidak menyenangkan di rumah.
Di samping itu, kanak-kanak yang kerap mengalami keganasan dalam keluarga atau menyaksikan penderaan individu lain lebih berkemungkinan mengembangkan tabiat memukul.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Hakikatnya terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca tabiat memukul si kecil ini. Berikut beberapa sebab lain yang mungkin menjadi punca anak gemar memukul:
1. Belum belajar cara berkongsi lagi
Kanak-kanak prasekolah masih dalam fasa pembelajaran mengenali emosi mereka. Apabila bermain bersama, secara tidak langsung mereka sedang belajar bersosial.
Dalam kes ini, si kecil masih tidak tahu cara bermain dan berkongsi dengan kanak-kanak lain. Sudah tentu keadaan ini boleh mencetuskan perbalahan.
Anak suka menggigit dan memukul #2. Meluahkan emosi
Sesetengah anak suka memukul kalau marah atau ketika mengalami kesedihan. Dalam kes ini, adalah penting untuk anda mengetahui puncanya.
Jika anda memberi perhatian dan melihat anak suka pukul dan memberontak apabila mereka kalah dalam permainan, tangani secara berterusan. Apabila puncanya ditangani, tabiat memukul kanak-kanak mungkin akan berhenti.
3. Cara berkomunikasi
Tabiat menggigit dan memukul boleh menjadi petanda wujudnya masalah komunikasi, menyebabkan si kecil tertekan atau kecewa kerana tidak dapat meluahkan perasaan.
Sekiranya anda ragu-ragu dan keadaan ini sukar dikendalikan, segeralah berjumpa pakar kanak-kanak supaya tingkah laku anak ini dapat diatasi dengan cara yang betul.
Bagaimana untuk mengatasi anak suka memukul?
Apa cara mengatasi anak yang suka memukul?
Tiada ibu bapa mahu melihat anak mereka menggunakan kekerasan seperti memukul atau menggigit kanak-kanak lain.
Oleh sebab itu mendisiplinkan anak penting dalam membentuk peribadi diri mereka.
Tiada salahnya menjadi parents yang tegas, tetapi ia tidak perlu disertai dengan keganasan jika anda tidak mahu anak menirunya dan melakukan kepada individu lain.
Berikut beberapa cara mengatasi anak yang suka memukul mungkin boleh dijadikan panduan dalam menangani tabiat anak yang gemar memukul:
1. Bertegas jika anak suka memukul
Supaya anak tidak memukul atau melakukan keganasan lain, anda perlu bertegas. Tetapkan beberapa peraturan dan had sempadan antara anda sebagai ibu bapa dengan anak.
Sebaik sahaja anda telah menetapkan beberapa peraturan, cuba untuk kekal dan elakkan untuk mengubahnya apabila si kecil merayu. Jika anda berputus asa, anak akan menggunakan kaedah yang sama berulang kali.
2. Berikan penjelasan sebagai cara mengatasi anak yang suka memukul
Jika anak pernah menggunakan keganasan, seperti memukul atau bercakap kasar kepada sesiapa, tekankan berulang kali bahawa tingkah laku tersebut tidak boleh diterima.
Ingatkan kepada anak kesan yang boleh terjadi jika dia terus berbuat demikian, seperti melibatkan kehidupan sosialnya – kehilangan kawan-kawan.
Sentiasa pesan kepada anak bahawa saling menghormati penting dalam kehidupan.
3. Kekal tenang walaupun anak suka memukul
Tidak kira betapa marahnya anda terhadap anak, elakkan daripada meninggi suara atau menjerit kepada mereka, memukulnya atau menyatakan si kecil adalah budak nakal.
Tunjukkan kepada anak bahawa mengawal emosi adalah langkah penting dalam mengelakkan tingkah laku memukul.
Jika perlu, berikan diri anda tempoh masa untuk bertenang. Kemudian, tunjukkan contoh yang baik dengan membalas pukulan dan jeritan anak secara tenang dan terkawal.
4. Galakkan meminta maaf antara cara mengatasi anak yang suka memukul
Nasihatkan anak meminta maaf, tetapi jangan memaksa. Jelaskan bahawa tingkah laku memukul yang menyakitkan perasaan kanak-kanak lain adalah tidak wajar. Juga beritahu mereka bahawa meminta maaf akan membantu anak berasa lebih baik.
Ini akan mengajar anak untuk membina empati terhadap individu di sekeliling mereka dan boleh membantu mengawal kemarahan pada masa hadapan.
5. Perbincangan bersama atasi anak suka menggigit dan memukul
Selepas anak tenang, ajak mereka untuk berbincang tentang apa yang berlaku. Bantu anak meluahkan emosinya, dengar apa yang dikatakannya dan fahami perasaan mereka ketika marah.
Juga tanya si kecil jika dia boleh berkongsikan dengan anda apa yang menyebabkan mereka sangat marah.
Jelaskan bahawa ia perkara biasa untuk berasa marah, namun tidak baik untuk menunjukkannya dengan memukul.
6. Ibu bapa perlu sehaluan tangani anak suka memukul
Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu berganding bahu dengan pasangan.
Semasa perbincangan untuk menentukan sebarang keputusan, elakkan pertengkaran atau konflik di hadapan anak.
Perhatian!
Jika anda merasakan tidak mampu untuk mengendalikan situasi ini sendirian, jangan malu untuk mendapatkan bantuan profesional.