Pening kepala sebab bayi susah tidur? Bertenang, Hello Doktor ada panduan mengenai waktu tidur bayi 1 bulan yang boleh ibu ayah cuba, pasti berkesan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Bayi susah tidur?
Melihat si manja tidur dengan lena, pastinya mengundang rasa tenang di jiwa. Nampak comel sahaja.
Pun begitu, di sebalik kecomelan tersebut, wujud cabaran bagi ibu ayah apabila terpaksa mencuba pelbagai cara apabila bayi susah tidur.
Lebih-lebih lagi apabila si kecil yang baru lahir kerap berjaga pada tengah malam dan sukar untuk kembali melelapkan mata.
Sememangnya tidurkan bayi bukanlah mudah, namun ia boleh diatasi jika anda memahami tentang waktu tidur bayi 1 bulan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Waktu tidur bayi 1 bulan: Memahami keperluan mereka
Dalam tempoh 2 bulan pertama, keperluan pemakanan bayi adalah melebihi kemahuan untuk tidur.
Si kecil mungkin menyusu badan hampir setiap 2 jam sekali, tetapi ia sedikit berkurang bagi penyusuan susu formula.
Berapa jam waktu tidur bayi 1 bulan? Bagi aspek keperluan tidur pula, si manja memerlukan tidur antara 10 hingga 18 jam sehari. Mungkin untuk 3 hingga 4 jam bagi satu sesi melelapkan mata.
Seperkara yang perlu anda fahami, bayi tidak mengetahui perbezaan antara siang dan malam. Oleh itu, mereka akan tidur tanpa menghiraukan masa.
Jadi terdapat kemungkinan waktu berjaga si manja adalah antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi.
Menjelang usia 3 hingga 6 bulan, kebanyakan bayi dapat tidur panjang sehingga 6 jam secara terus.
Kedengaran mudah, bukan? Namun jangan terkejut jika si manja mungkin mengubah rutin tidur mereka apabila menjengah ke usia 6 hingga 9 bulan nanti.
Tetapkan rutin jika bayi susah tidur
Untuk memudahkan waktu tidur bayi 1 bulan, anda disarankan untuk menetapkan rutin yang konsisten.
Sesetengah ibu bapa memulakan rutin tidur bayi pada seawal usia 6 hingga 8 minggu.
Rutin ini boleh melibatkan gabungan aktiviti tidur, seperti:
- Pastikan bayi mendapat banyak cahaya dan rangsangan pada waktu siang
- Sebaiknya, lakukan aktiviti tetap dan sama mengikut urutan pada setiap malam
- Intensiti bagi setiap aktiviti perlu mengikut draf menurun, terutamanya apabila menghampiri waktu malam. Anda pasti tidak mahu si manja terlebih aktif apabila hendak tidur. Ia sudah tentu akan membuatkan bayi susah tidur
- Anda juga boleh menyediakan mandian hangat sebelum tidur. Ini kerana ia boleh bantu memberikan ketenangan buat mereka
- Pastikan keadaan waktu malam dalam bilik tidur adalah konsisten. Ini kerana sekiranya bayi terjaga pada tengah malam, mereka akan mendapati keadaan bilik sama seperti sebelum tidur, jadi ia dapat mengurangkan rasa terkejut si manja nanti
Baca juga: