Dalam perkembangan bayi 6 bulan, ibu kena bersedia untuk menghadapi risiko si kecil mengalami jangkitan pernafasan seperti asma. Ini info lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Perkembangan dan Pelakuan
Perkembangan bayi 6 bulan anda
Bayi anda telah pun masuk bulan ke-6. Ini adalah separuh daripada tahun pertama, satu pencapaian yang besar.
Masa yang begitu berharga dengan bayi anda akan berlalu dengan begitu cepat, jadi anda perlu menikmati setiap saat.
Pada minggu pertama dalam bulan yang keenam, bayi mampu:
- Memastikan kepala selari dengan badan apabila bangun;
- Mengatakan beberapa perkataan dengan gabungan vokal konsonan.
Sokongan untuk bayi
Dalam perkembangan bayi 6 bulan, mereka akan bertambah aktif dan perlu berpakaian selesa. Anda perlu memilih fabrik lembut yang tidak menyebabkan banyak geseran apabila mereka bergerak.
Pakaian longgar, elastik dan mudah bernafas akan membuat bayi anda yang hiperaktif merasa mudah untuk bergerak di seluruh bilik.
Selain itu, anda harus mengelakkan pakaian bayi yang diperbuat daripada kain kasar atau jahitan yang menggatalkan dengan tali panjang, butang, atau apa sahaja yang boleh menyebabkan risiko tercekik dan kesusahan lain apabila mereka tidur, merangkak atau bermain.
Bayi anda mula mengetahui kesan tingkah laku mereka, termasuk perkara-perkara yang menarik perhatian, menggembirakan dan yang menimbulkan kejengkelan anda.
Jadi dalam perkembangan bayi 6 bulan hingga beberapa tahun akan datang, mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian anda. Apabila mereka membesar, mereka akan cenderung menjadi nakal untuk mendapatkan tindak balas anda.
Jangan lupa untuk memberi maklum balas positif apabila bayi anda bertindak dengan personaliti yang baik kerana ia adalah salah satu cara yang baik untuk mula mengajar mereka memahami salah laku.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Kesihatan dan Keselamatan
Apa yang patut saya bincangkan dengan doktor?
Bergantung kepada keadaan tertentu dalam perkembangan bayi 6 bulan, doktor akan melakukan ujian fizikal secara keseluruhan, menggunakan teknik diagnostik dan prosedur yang berbeza.
Doktor atau jururawat akan memeriksa semua atau kebanyakan daripada yang berikut:
- Bertanya soalan tentang bagaimana anda dan anak anda serta ahli keluarga yang lain tinggal, makan atau tidur di rumah, dan perkembangan keseluruhan bayi dan penjagaan si kecil jika anda bekerja.
- Pengukuran berat badan, ketinggian dan lilitan kepala bayi anda, memeriksa keseluruhan perkembangan fizikal anak anda sejak lahir.
Apa yang patut saya tahu mengenai perkembangan bayi 6 bulan?
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu:
Asma
Asma adalah penyakit kronik serius yang sangat biasa berlaku pada kanak-kanak, terutamanya dalam perkembangan bayi 6 bulan.
Dalam keadaan ini, keradangan dan penyempitan saluran pernafasan berlaku menyebabkan kesukaran bernafas.
Istilah “asma” sering digunakan untuk menggambarkan simptom nafas berwisel/berdehit, ia tidak merujuk kepada sebab dan berapa lama simptom berlangsung.
Pencetus alahan boleh jadi debunga, spora kulat dan parasit haiwan serta patogen yang berbahaya kepada saluran pernafasan (termasuk asap rokok dan wap).
Jangkitan saluran pernafasan adalah disebabkan oleh virus sementara bersenam dan menghirup udara sejuk boleh menyebabkan serangan asma.
Walaupun asma boleh menjadi masalah kesihatan yang serius dan kronik tetapi jika dirawat dengan baik, kebanyakan kanak-kanak dengan asma masih boleh menjalani kehidupan yang sihat dan aktiviti biasa.
Keterukan penyakit ini biasanya berkurangan apabila kanak-kanak membesar memandangkan saluran pernafasan semakin besar terbuka.
Mereka mungkin mengalami asma jika mereka didapati batuk terlalu banyak (terutamanya pada waktu malam) atau mengalami alahan, ekzema atau keluarga anda mempunyai sejarah simptom-simptom ini.
Gejalanya
Tanda-tanda yang mungkin dialami anak anda sewaktu serangan asma termasuklah
- sesak nafas,
- batuk berterusan,
- bunyi nafas berdehit, berwisel atau menggumam dengan kuat di samping apabila si kecil bernafas,
- otot di sekitar tulang rusuk ditekan ke dalam,
- hidung mereka mengembang dengan setiap nafas,
- mereka juga mengalami keletihan
- kulit pucat.
Jika anda fikir bayi anda mengalami serangan asma atau kesukaran bernafas – terutamanya apabila mereka berasa seperti sedang dicekik di leher, rusuk atau abdomen apabila menarik nafas, atau mereka bernafas keras – sila segera hubungi 999 atau bawa mereka ke bilik kecemasan.
Aspek lain dalam perkembangan bayi 6 bulan adalah, anda juga perlu mendapatkan bantuan dengan segera jika bibir atau jari bayi anda bertukar menjadi biru atau bayi anda menjadi lesu, resah gelisah atau di luar kawalan.
Biasanya, kanak-kanak dengan selesema juga boleh mengalami keadaan pernafasan berdehit, tetapi batuk kronik pada waktu malam adalah tanda utama asma. Hubungi doktor jika anak anda mempunyai masalah tidur kerana nafas berdehit atau batuk.
Jika bayi anda disahkan menghidap asma, doktor akan mengajar anda bagaimana untukmengawal asma.
Anda juga mungkin perlu mencari punca asma: sama ada disebabkan oleh penyakit pernafasan atau berpunca daripada persekitaran, seperti alergen atau asap rokok.
Anda perlu menggunakan nebulizer dan mengangkat kepala dan leher bayi kepada 30 darjah atau lebih apabila bayi tidur. Ujian alahan juga boleh membantu kerana anda boleh mengenal pasti dan menghapuskan alergen daripada persekitaran.
Sebagai contoh, anda boleh mempertimbangkan untuk mengalihkan permaidani, langsir dan patung haiwan dari bilik anda untuk mengurangkan keupayaan habuk dan debu tersebar.
Rawatan perubatan terdiri daripada ubat bronkodilator untuk membuka saluran pernafasan, manakala ubat-ubatan anti-radang digunakan untuk mengurangkan keradangan saluran udara.
Jika terdapat jangkitan sampingan, anda boleh menggunakan antibiotik untuk merawat dan mengenal pasti punca supaya punca alahan dapat dielakkan.
Perkembangan bayi 6 bulan: Risiko kematian mengejut
Pakar bersetuju bahawa sindrom kematian mengejut (SIDS) pada bayi boleh berkurang jika anak anda boleh mengubah posisi dengan mudah.
Pertamanya kerana bayi anda boleh melepasi masa risiko sindrom kematian mengejut pada bayi apabila mereka boleh berpusing.
Kedua, bayi yang tahu bagaimana untuk berpusing akan lebih bersedia untuk melindungi diri daripada masalah yang berkaitan dengan tidur meniarap kerana postur tidur tersebut boleh meningkatkan risiko sindrom kematian mengejut pada bayi.
Menurut pakar, anda perlu meletakkan bayi tidur dalam keadaan berbaring terlentang sehingga mereka berusia setahun, tetapi pastikan anda tidak mengganggu tidur mereka dengan membetulkan posisi tidur sepanjang malam.
Selain itu, anda perlu memastikan bahawa tempat tidur bayi anda selamat dan ambil langkah pencegahan penyakit, seperti hanya menggunakan tilam dan mengelakkan bantal, selimut, tuala dan mainan dari fabrik krinolin.
Langkah keselamatan penggunaan tab mandi bayi yang besar
Untuk memastikan masa mandi bayi bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga selamat, anda perlu mengikuti tip penting berikut:
- Tunggu sehingga bayi anda mampu duduk: anda dan bayi anda akan berasa lebih selesa dengan penggunaan tab mandi yang besar apabila bayi dapat duduk sendiri atau dengan sedikit sokongan.
- Duduk dalam kedudukan yang selamat kerana bayi anda mudah tergelincir, dan kerana tab mandi mudah terbalik. Walaupun terjatuh dalam tab mandi tidak terlalu berbahaya untuk bayi anda, adalah lebih baik berwaspada.
- Sediakan tuala, sabun, syampu, mainan dan sebarang keperluan lain dalam tab mandi sebelum meletakkan bayi ke dalam tab.
- Berada di samping mereka: bayi sentiasa memerlukan pengawasan orang dewasa semasa mandi sepanjang lima tahun pertama mereka.
- Periksa air mandian: periksa suhu air dengan siku atau pergelangan tangan anda atau termometer mandian sebelum meletakkan si kecil anda ke dalam tab.
Baca juga:
https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/cara-memandikan-bayi-baru-lahir/
Kerisauan Saya
Apa yang saya risaukan mengenai perkembangan bayi 6 bulan?
Terdapat beberapa perkara yang mungkin anda risaukan:
Bayi gemar bangun awal
Jika mereka bangun terlalu awal pada waktu pagi, terdapat beberapa tip untuk anda melewatkan waktu bangun mereka:
- Elakkan cahaya subuh memasuki bilik mereka;
- Elakkan bunyi bising dari kenderaan;
- Biarkan bayi anda tidur lewat pada waktu malam;
- Biarkan bayi anda tidur pada waktu lain sewaktu siang;
- Kurangkan masa tidur bayi anda;
- Biarkan bayi menunggu sebentar sebelum tidur;
- Main permainan dengan bayi anda;
- Biarkan bayi anda tidur sehingga waktu sarapan.
Perkembangan bayi 6 bulan: Mandi menggunakan tab besar
Untuk memastikan bayi anda gembira apabila mandi, cuba tip berikut:
- Main air dengan bot mainan;
- Biarkan bayi anda berjalan sebelum mandi;
- Gunakan sesuatu untuk mengagah anak anda (anak patung yang boleh dibasuh);
- Elakkan bayi anda merasa terlalu sejuk;
- Biarkan bayi anda memegang sesuatu pada tangannya;
- Main dengan bayi anda
- Jangan mandi selepas makan;
- Jangan keluarkan air sehinggalah bayi anda keluar dari tab mandi;
- Bersabar
Semoga perkongsian mengenai perkembangan bayi 6 bulan ini dapat membantu anda memahami lebih mendalam mengenai keadaan si manja.