Sayur-sayuran dan Buah-buahan Terbaik untuk Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal (kadangkala dipanggil weaning atau makanan pelengkap) adalah sebahagian penting dan tidak terganti dalam perkembangan bayi. Pada ketika ini, sesetengah ibu akan berasa lega kerana mereka tidak lagi menyusukan bayi. Bagaimanapun, peralihan kepada makanan pejal boleh memberi tekanan dan mengelirukan anda kerana anda tidak tahu jenis makanan tertentu yang boleh dipilih dan dielakkan. Berikut merupakan 4 jenis buah dan sayur terbaik yang boleh diberikan semasa tahun pertama bayi anda:

1. Avokado

Mitos yang paling popular kini adalah mengenai ibu bapa perlu mengelak daripada memberi anak makanan berlemak tidak kiralah jika ia sihat sekalipun. Realitinya, lemak adalah bahagian yang tidak boleh diganti dalam pemakanan bayi kerana lemak membantu untuk menyerap nutrien lemak-larut lain seperti vitamin A, C, D, dan E, serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi otak yang betul. Ini menjadikan avokado sebagai salah satu pilihan buah terbaik untuk kanak-kanak memandangkan ia padat dengan kandungan asid lemak sihat yang tinggi seperti lemak monotaktepu dan vitamin E. Sebagai tambahan, ia juga mengandungi amaun nutrien lain yang tinggi seperti folat, potassium, dan vitamin B.

Disebabkan tekstur berkrim dan rata selepas dilecek, avokado amat mudah diterima oleh bayi jika diberikan pada peringkat awal proses memperkenalkan makanan pejal. Anda juga terbuka untuk mencampurkan avokado dengan jenis buahan lain untuk mencipta rasa baru yang sedap dan memberikan pengalaman rasa yang sihat untuk bayi anda.

2. Pisang

Pisang bukan sahaja terkenal sebagai buah yang sihat dan sedap, serta mudah dibawa, tetapi juga menjadi pilihan makanan pertama yang sempurna untuk anak kecil. Buah pisang dipenuhi dengan serat yang baik untuk penghadaman, vitamin B, dan karbohidrat sihat yang menyediakan bayi anda tenaga yang berterusan tanpa membuatkan mereka rasa kembung perut dan tidak selesa. Pisang juga merupakan pencegahan dan rawatan yang sempurna untuk bayi yang mengalami sembelit dan cirit-birit.

3. Ubi keledek

Ubi keledek adalah salah satu pilihan sayur-sayuran yang paling popular diberikan kepada bayi, kerana rasanya yang sedap dan mempunyai nilai nutrisi yang tinggi. Sayuran ini didatangkan dengan pelbagai warna daripada putih hingga merah jambu. Ubi keledek secara umumnya merupakan sumber yang baik untuk vitamin C, B, dan fosforus, sementara ubi keledek oren menyediakan amaun beta-karoten yang signifikan, dan ubi keledek berwarna ungu merupakan penjana antioksidan. Satu yang menarik tentang ubi keledek adalah rasanya yang manis semula jadi, justeru bayi kebanyakannya menggemari sayuran ini berbanding sayuran lain. Tambahan pula, penyediaan sayuran ini tidaklah serumit mana dan juga tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Apabila menyediakan puri ubi keledek, anda disarankan untuk menambah sedikit lemak supaya bayi anda boleh menyerap sepenuhnya semua khasiat daripada sayuran ini.

4. Brokoli

Brokoli tidak perlu diperkenalkan lagi menjadi makanan super pertama setiap tahun. Bukan hanya ia menjadi sumber yang kaya dengan vitamin dan mineral, bahkan tumbuhan ini juga padat dengan antioksidan dan pelawan-kanser phytonutrien. Tumbuhan ini juga boleh membantu menyahdetoks dan merendahkan paras asid pada tubuh bayi.

Meskipun brokoli merupakan makanan ‘wajib’ ada dalam diet bayi anda, namun ia bukanlah pilihan sayuran pertama yang baik untuk diberikan kepada bayi. Ini kerana kandungan serat pencernaan dan nitrat semula jadi di dalamnya boleh menyebabkan kembung dan ketidakselesaan perut pada anak kecil. Jadi, pilihan terbaik adalah memasukkan tumbuhan ini dalam diet bayi anda selepas usia bayi 8 bulan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

    Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

    Tidak mustahil jika ada yang mengalami reaksi alergi terhadap vaksin COVID-19. Namun, apa yang berlaku jika anda tidak boleh mengambil vaksin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kaki panjang sebelah

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    kes bunuh

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    jenis sakit mata

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan