backup og meta

Bayi Susah Nak Menyusu Sebab Masalah Puting Rata? Ibu Cuba 5 Cara Ini Bagi Nipple Timbul!

Bayi Susah Nak Menyusu Sebab Masalah Puting Rata? Ibu Cuba 5 Cara Ini Bagi Nipple Timbul!

Anda pasti menganggap semua puting susu adalah sama. Namun hakikatnya, ada puting yang berbeza dan boleh menjejaskan ibu untuk menyusukan bayi. Ia dikenali sebagai inverted atau flat nipple

Apa itu puting susu terbalik atau rata?

Sukar untuk individu menentukan sama ada keadaan puting mereka normal mahu pun tidak. 

Sudah tentu anda akan berasakan setiap wanita mempunyai bentuk payudara dan puting yang sama. Tetapi ia adalah salah. 

Dianggarkan lebih kurang 10% wanita dilahirkan dengan keadaan puting payudara terbalik (inverted) atau rata (flat) . 

Tetapi bagaimana untuk mengetahui sama ada anda tergolong dalam kumpulan berikut mahupun tidak?

puting payudara

Anda boleh melakukan ujian cubitan, iaitu dengan cara menekan perlahan bahagian areola di sekeliling puting susu. 

Sekiranya tindak balas yang berlaku adalah puting tetap kelihatan rata atau tertarik ke dalam, maka ia bermakna anda mempunyai puting payudara rata atau terbalik.

Individu yang mempunyai puting terbalik, ia tidak akan menonjol ke luar, sebaliknya ditarik ke dalam. 

Sesetengah puting payudara terbalik turut dikenali sebagai true inversion, yang bermakna puting tersebut tidak akan dapat ditarik keluar (cannot be everted). 

Namun ada keadaan puting yang boleh ditonjolkan keluar dengan rangsangan atau hisapan seperti menggunakan pam susu

Bagi flat nipple pula ia berkeadaan rata dengan areola. Sama seperti inverted nipple, ada sesetengah puting boleh ditonjolkan dengan rangsangan dan ada yang kekal rata walaupun selepas dirangsang.  

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Penyusuan dengan puting susu terbalik atau rata

puting susu

Walau apa pun keadaan puting payudara anda, perkara paling penting untuk semua bakal ibu atau ibu fahami adalah menyusukan bayi tentang breastfeed dan bukannya nipplefeed.

Maka keadaan puting susu bukanlah penghalang untuk proses penyusuan selagi si manja dapat memasukkan sebahagian besar payudara ke dalam mulut mereka.

Jika mulut dan gusi boleh menempel pada areola – penyusuan boleh berjalan seperti biasa. 

Apa yang membezakan adalah sesetengah bayi mungkin dapat menghisap susu badan tanpa sebarang masalah.

Namun, ada juga yang memerlukan bantuan dan masa untuk membolehkan mereka menyusu sebaiknya.

Jika bayi seperti kurang berminat untuk menghisap puting susu, ia mungkin kerana puting payudara anda tidak dapat mencapai lelangitnya untuk menghasilkan lekapan sempurna (latch).

Sekiranya ini masalahnya, mungkin anda boleh mendapatkan bantuan pakar penyusuan untuk memeriksa keadaan lelangit si manja. 

5 cara bantu menyusukan bayi

Andai puncanya kerana keadaan puting susu anda, usah bimbang, ada cara yang boleh membantu.

#1. Rangsang puting payudara 

menyusukan anak

Sesetengah puting rata boleh menonjol dengan lebih banyak jika diberikan sedikit rangsangan dan memberikan fokus kepada lekapan yang diperlukan untuk menyusukan bayi. 

Sebelum penyusuan, cuba berikan rangsangan menggunakan jari dengan menggentel puting susu dan melakukan cubitan perlahan sekitar areola. 

Melakukan tekapan sejuk untuk beberapa minit juga adalah kaedah untuk membuatkan puting menonjol keluar. 

#2. Elakkan payudara bengkak

Puting boleh menjadi rata apabila payudara membengkak atau penuh susu. Dalam keadaan ini,  flat nipple lebih mudah ‘hilang’. 

Melakukan urutan tangan atau menggunakan mesin pengepam susu boleh membantu mengurangkan bengkak payudara agar bayi mudah melekap pada puting susu. 

#3. Pam susu

Sebelum menyusu, anda boleh menggunakan pam susu untuk menarik keluar puting (walaupun payudara tidak bengkak). 

#4. Membentuk payudara

Anda boleh melakukan tekanan menggunakan jari di belakang puting dengan membuat bentuk ‘V’ atau ‘C’. 

Tujuannya adalah untuk membantu bayi melekap lebih dalam pada puting payudara dan boleh menyusu dengan baik.

#5. Nipple shield

Jika cara di atas tidak berjaya, mungkin anda boleh gunakan nipple shield

Ia direka untuk membantu ibu menyusukan bayi yang sukar melekap dengan memberikan ruang yang lebih lembut dan mengekalkan lekapan semasa penyusuan

Ada sesetengah ibu hanya perlu menggunakan alat ini untuk tempoh sementara kerana penggunaan kerap telah membantu membentuk puting susu. 

Tetapi ada juga yang memakai nipple shield untuk waktu lebih lama. 

Proses penyusuan sukar dilakukan

Sekiranya anda telah mencuba pelbagai cara, tetapi masih tidak berjaya, anda masih perlu menyusukan bayi, kan?

Cara terbaik, lakukan pengepaman eksklusif untuk bayi setiap kali tiba waktu penyusuan. Sekurang-kurangnya bayi masih memperolehi nutrisi daripada susu ibu walaupun menerusi botol susu. 

Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada pakar penyusuan untuk mengatasi masalah ini. Paling penting, jangan berputus asa ya, wahai ibu sekalian!

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.llli.org/breastfeeding-info/inverted-flat-nipples/# / Accessed on Aug 16, 2020

https://www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/inverted-and-flat-nipples / Accessed on Aug 16, 2020

https://breastfeeding.support/breastfeeding-inverted-nipples-flat-nipples/ / Accessed on Aug 16, 2020

https://www.thewomens.org.au/health-information/breastfeeding/breastfeeding-problems/inverted-or-flat-nipples / Accessed on Aug 16, 2020

https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Possible-Problems-Inverted-Flat-or-Pierced-Nipples.aspx / Accessed on Aug 16, 2020

Versi Terbaru

21/07/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Penggunaan Botol Susu: Alternatif Penyusuan Bagi Ibu Bekerjaya

Kebenaran Mengenai Penyusuan Badan yang Anda Mungkin Tidak Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan