#3. Mata juling (strabismus)
Ini merupakan penyakit mata bayi yang berlaku akibat otot yang mengawal mata masih lagi dalam keadaan yang lemah. Namun begitu, jika bayi anda sudah berusia 4 bulan atau lebih dan masih lagi mengalami kondisi mata juling ini, bawa bayi anda berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan mata.
Sehingga kini, masih tidak terdapat rawatan untuk membetulkan kejulingan mata bayi ini. Namun begitu, ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan mata bagi tujuan kosmetik.
#4. Mata malas (ambliopia)
Ini merupakan penyakit mata bayi yang menyebabkan hanya sebelah mata mempunyai fokus berbanding sebelah lagi. Ia disebabkan oleh apa-apa cahaya terang seperti flash kamera atau spotlight.
Kondisi ini boleh dikesan jika anak mata sebelah mata bayi kerap bergerak-gerak dan sukar untuk menumpukan sesuatu. Rawatan bagi kondisi ini adalah dengan bantuan cermin mata atau kanta sentuh jika ia dapat dikesan pada peringkat awal. Sebaiknya, dapatkan khidmat pakar mata dengan segera untuk merawatnya.
Langkah-langkah pencegahan penyakit mata bayi

Walaupun penyakit mata bayi ini sememangnya akan mencetuskan rasa takut dan panik, ibu bapa boleh mengambil langkah-langkah pencegahan mata bayi dengan melatih deria penglihatan mereka untuk menjadi lebih baik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen