backup og meta

Panduan Memilih Cermin Mata Anak

Panduan Memilih Cermin Mata Anak

Masalah rabun dalam kalangan kanak-kanak bukanlah suatu perkara baru di zaman teknologi ini. Tidak kiralah jika anak anda mengalami masalah rabun dekat ataupun rabun jauh, anda masih perlu mendapatkan cermin mata untuk mereka. Jika anda berlengah, dikhuatiri gangguan penglihatan anak anda akan menjadi bertambah teruk. Pun begitu, bukan semua kanak-kanak selesa mengenakan cermin mata. Bagi membantu anda memilih cermin mata yang sesuai untuk kanak-kanak, ikuti panduan yang disediakan di bawah:

Pilih bingkai yang sesuai

Pilih saiz bingkai yang sesuai dengan muka anak anda bagi mengurangkan ketebalan kanta setelah kaca mata siap. Jika anak anda mengalami prekripsi tinggi, kanta yang akan digunakan adalah tebal. Justeru itu, bingkai yang besar akan menyebabkan ketebalan kanta bertambah sekaligus menyebabkan ketidakselesaan kepada kanak-kanak akibat kanta yang berat.

Jenis bingkai juga memainkan peranan bagi memastikan keselesaan dan ketahanan kaca mata. Selain itu, pilih bingkai yang terletak kemas pada batang hidung supaya kanak-kanak tidak akan berasa rimas semasa memakai kaca mata.

Minta pendapat anak anda

Biarkan anak anda memilih bingkai yang digemari kerana mereka yang akan memakai kaca mata tersebut. Namun, anda juga boleh memberikan pendapat jika mendapati kaca mata yang dipilih tidak bersesuaian.

Pilih kanta yang tahan lasak

Selain bingkai, pemilihan kanta juga perlu dibuat dengan betul. Kanta yang baik perlulah mempunyai daya ketahanan yang tinggi, ringan dan mempunyai perlindungan uv. Alang-alang memilih cermin mata, sudah tentu anda inginkan yang terbaik untuk anak anda.

Beli dengan jaminan

Menjadi tabiat kanak-kanak bersifat lasak dan lincah. Justeru itu, pastikan kanta dan bingkai mempunyai jaminan semasa membeli kaca mata. Jika anda memilih kanta anti pecah, anda perlu dapatkan perakuan jaminan daripada kedai tersebut.

Pertimbangkan dua kaca mata

Kanak-kanak yang mengalami preskripsi tinggi perlu disediakan kaca mata tambahan kerana dikhuatiri kaca mata utamanya akan hilang atau pecah. Aktiviti harian mereka akan terganggu tanpa kaca mata. Anda mungkin boleh pertimbangkan untuk membeli sepasang kaca mata lasak untuk aktiviti luarnya dan sepasang lagi untuk belajar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.allaboutvision.com/buysmart/kidseyewear.htm

5 Tips for Buying Kids Prescription Glasses

https://www.parenting.com/article/how-to-choose-glasses-for-kids

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Apa Kesan Selepas Anak Makan Ubat Cacing? Ibu Bapa, Tolong Ambil Perhatian!

Macam Mana Nak 'Apply' Cuti Jaga Anak Kuarantin? 'Parents' Yang Bekerja, Ikut Panduan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan