backup og meta

Bayi Ada Masalah Kaki Bengkok Perlu Cepat Rawat, Ikut 9 Cara Ini Urut Kaki Si Manja!

Bayi Ada Masalah Kaki Bengkok Perlu Cepat Rawat, Ikut 9 Cara Ini Urut Kaki Si Manja!

Masalah kaki bayi bengkok perlu dirawat segera. Terdapat beberapa pilihan rawatan termasuk cara mengurut kaki bayi yang bengkok boleh anda cuba. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kaki bayi bengkok

Kaki bayi bengkok, club foot atau turut dikenali sebagai Congenital Talipes Equinovarus – CTEV merupakan keadaan di mana si manja dilahirkan dengan kaki atau tapak kaki yang membengkok ke bawah atau ke dalam. 

Masalah ini dipercayai terjadi kerana tendon Achilles- tendon besar pada bahagian buku lali terlalu pendek. Keadaan ini dipercayai lebih cenderung dialami bayi lelaki berbanding perempuan.

Club foot boleh terjadi kepada sebelah atau kedua-dua belah kaki anak. Keadaan ini umumnya tidak menyakitkan untuk bayi. Namun ia boleh menjadi menyakitkan dan menimbulkan kesukaran untuk berjalan jika tidak dirawat.

Merawat kaki bayi bengkok atau cara meluruskan kaki bengkok

Rawatan dan cara meluruskan kaki bengkok biasanya bermula dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas si manja dilahirkan.

Rawatan utama dipanggil kaedah Ponseti. Kaedah ini melibatkan teknik manipulasi perlahan-lahan dan meregangkan kaki bayi kepada kedudukan yang lebih baik. Ia kemudian dimasukkan ke dalam acuan plaster (cast plaster).

Kaedah tersebut biasanya akan diulang setiap minggu untuk tempoh lima hingga lapan minggu.

Secara purata, 5-7 cast plaster diperlukan namun bagi bayi dengan kaki yang lebih bengkok, mungkin memerlukan tempoh yang lebih lama untuk dibetulkan.

Selepas acuan plaster terakhir ditanggalkan, kebanyakan bayi memerlukan pembedahan kecil untuk melonggarkan tendon Achilles di bahagian belakang buku lali mereka.

Antara kaedah meluruskan kaki bayi.
Antara kaedah meluruskan kaki bayi.

Ini dilakukan dengan menggunakan anestetik tempatan. Ia membantu kaki mereka berada pada kedudukan yang lebih semula jadi.

Bayi juga akan dipakaikan kasut dan palang (foot abduction orthosis) sekurang-kurangnya selama 23 jam sehari – kecuali semasa mandi – bagi mengekalkan kaki pada posisi yang betul.

Pemakaian kasut sepenuhnya untuk 3 bulan pertama amat disarankan. Kemudian kasut tersebut perlu dipakai ketika tidur setiap malam sehingga si manja berusia 4 hingga 5 tahun. 

Pematuhan kepada rawatan ini adalah penting kerana masalah kaki bayi bengkok ini boleh berulang jika tempoh pemakaian kasut tidak mencukupi.

Cara mengurut kaki bayi yang bengkok

Selain menggunakan kasut dan palang, terdapat juga teknik urutan untuk membantu mengatasi masalah club foot minor ini.

Ia merupakan teknik manipulasi tisu lembut. Di mana urutan akan dilakukan pada bahagian otot kaki si kecil. Anda boleh memilih untuk menggunakan minyak semasa melakukan urutan.

  1. Baringkan si kecil di atas permukaan rata dan pastikan kaki mereka menghadap anda.
  2. Bengkokkan lutut bayi dan tekapkan tapak kaki mereka ke atas permukaan, pastikan rata.
  3. Sebelah tangan anda memegang lutut si manja dan sebelah lagi menekan bahagian atas, sekitar pergelangan kaki secara lembut – untuk tempoh 10 saat. Lepaskan kaki si manja. Ulangi langkah ini sebanyak 10x.
  4. Bengkokkan lutut si kecil dan angkat kakinya – sehingga ke badan.
  5. Seperti tadi, sebelah tangan anda memegang lutut bayi manakala tangan sebelah lagi memberikan tekanan lembut pada tapak kaki si manja – untuk tempoh 10 saat. Lepaskan kaki bayi. Ulangi langkah ini sebanyak 10x setiap sesi.
  6. Untuk cara mengurut kaki bayi yang bengkok seterusnya adalah dengan meluruskan kaki si manja. 
  7. Kemudian lakukan urutan daripada lutut hingga ke jari kaki – seakan huruf L – secara perlahan. Ulang langkah ini untuk 10x.
  8. Untuk teknik urutan terakhir adalah dengan melakukan urutan pada tapak kaki – daripada bahagian dalam ke luar, sebanyak 10x.
  9. Akhir sekali, geletekkan tapak kaki si manja secara perlahan menggunakan stoking kaki. Bayi sepatutnya akan menegakkan tapak kaki bayi yang normal kerana berasa geli.

Kesimpulan 

Kebanyakan masalah kaki bayi bengkok akan dapat dirawat dengan jayanya. Mereka akan dapat melakukan aktiviti harian seperti kanak-kanak lain.

Biasanya selepas rawatan, anak akan belajar berjalan pada usia biasa, menikmati aktiviti fizikal dan boleh memakai kasut.

Fakta

Seperkara yang perlu parents ketahui, anak dengan club foot hanya pada sebelah kaki, mungkin akan mempunyai sebelah kaki yang lebih pendek dan kecil. 

Kesan daripada keadaan tersebut, anak mungkin kurang bergerak dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak lain. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor pediatrik bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Club foot. https://www.nhs.uk/conditions/club-foot/#, Accessed on Feb 8, 2023
  2. Clubfoot. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/clubfoot/symptoms-causes/syc-20350860, Accessed on Feb 8, 2023
  3. Clubfoot. https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/clubfoot/, Accessed on Feb 8, 2023 
  4. Clubfoot. https://www.nationwidechildrens.org/conditions/clubfoot, Accessed on Feb 8, 2023 
  5. Merawat Kaki Bengkok (Clubfoot). https://mypositiveparenting.org/ms/2015/12/24/merawat-kaki-bengkok-clubfoot/, Accessed on Feb 8, 2023 
  6. Kaki Bengkok Boleh Dipulihkan. http://sihatmalaysia.my/kaki-bengkok-boleh-dipulihkan/, Accessed on Feb 8, 2023

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tiba-tiba Anak MENANGIS Masa Tidur, Apa Mama Perlu Buat? Cuba Lakukan 7 Cara Ini

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan