backup og meta

Baby Menyusu Sehari Berapa Kali? Ibu, Kenal Pasti Tanda Anak Sudah Kenyang Menyusu

Baby Menyusu Sehari Berapa Kali? Ibu, Kenal Pasti Tanda Anak Sudah Kenyang Menyusu

Bagaimana untuk mengetahui si manja menyusu dengan secukupnya? Berapa kekerapan bayi menyusu dalam sehari? Berapa kekerapan menyusu bayi 3 bulan?  Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Tempoh penyusuan

Sebelum mengetahui mengenai kekerapan bayi menyusu atau kekerapan menyusu bayi 3 bulan, jom kita fahami tempoh penyusuan yang ideal.

Jadi berapa minit bayi menyusu badan, ya? Berapa kerap menyusukan bayi baru lahir?

Amnya, bayi baru lahir boleh menyusu sehingga 20 minit atau lebih lama pada satu atau kedua-dua payudara.

Apabila bayi semakin besar dan lebih mahir dalam penyusuan, mereka boleh mengambil masa kira-kira 5 hingga 10 minit pada setiap belah payudara.

Perlukah menukar payudara?

Anda disarankan untuk menukar payudara pada sesi penyusuan dan memberikan tempoh masa penyusuan yang sama setiap hari.

Ini membantu untuk mengekalkan bekalan susu pada kedua-dua belah payudara dan mengelakkan bengkak susu (breast engorgement).

Anda boleh menukar payudara di tengah setiap sesi penyusuan dan kemudian bergilir-gilir menyuakan payudara yang akan diberikan dahulu semasa menyusu.

Jika si manja lebih suka menyusu pada sebelah payudara sahaja, tawarkan payudara yang lagi satu pada sesi penyusuan seterusnya.

Kekerapan bayi menyusu mengikut umur

Berapa kerap menyusukan bayi baru lahir?

Sebagai seorang ibu, anda perlu mengenal pasti beberapa tanda si manja sedang lapar dan ingin menyusu.

Antara tandanya adalah seperti lebih berminat untuk menghisap jari atau memasukkan apa sahaja ke dalam mulut.

Minggu pertama

Ada kalanya si manja lebih kerap tidur. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh jaundis (kuning), jangkitan atau bayi masih terkesan oleh ubat sakit yang digunakan semasa kelahiran.

Jika ini adalah situasinya, anda disyorkan untuk membangunkan bayi dengan perlahan untuk menyusu bagi setiap tiga jam.

Walaupun ia kelihatan berlebihan, tetapi bayi perlu menambah berat badan dan mendapatkan jumlah pemakanan yang sesuai untuk membesar dengan sihat. Ini bermakna si manja perlu menyusu sekurang-kurangnya 12 kali pada siang hari.

Kekerapan bayi menyusu mengikut umur #Minggu kedua hingga 2 bulan

Seperti kekerapan penyusuan pada minggu pertama, bayi perlu diberikan makan 12 kali sehari dalam tempoh 24 jam.

Pada tempoh usia ini, masa rehat seorang ibu mungkin tidak banyak kerana perlu menyusukan anak dengan kerap.

Setiap anak adalah berbeza menjadikan tempoh dan kekerapan penyusuan tidak sama. Tetapi secara amnya, bayi pada usia ini mesti menyusu setiap dua hingga tiga jam sekali.

2 hingga 6 bulan

Apabila bayi membesar, kekerapan penyusuan akan berkurangan. Namun anda masih perlu menyusukan mereka sekurang-kurangnya enam kali sehari.

Contoh posisi untuk menyusukan anak.
Contoh posisi untuk menyusukan anak.

Kekerapan bayi menyusu mengikut umur #6 hingga 12 bulan

Memasuki usia 6 bulan, bayi sudah mula bersedia untuk diberikan makanan pejal

Bersama-sama dengan penyusuan susu ibu, si manja perlu diberikan bijirin atau sayuran yang dilenyekkan sebagai makanan pertamanya.

Bayi masih perlu disusukan mengikut permintaannya pada usia ini, walaupun kadar kekerapannya akan semakin berkurangan.

Tanda bayi menyusu secukupnya

Ada kalanya sukar untuk menentukan sama ada bayi mendapat susu ibu yang mencukupi atau tidak, betul tak? Apatah kekerapan menyusu bayi 3 bulan.

Jadi berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu anda untuk menentukannya:

Pertambahan berat seimbang

Bayi secara semula jadi akan kehilangan beratnya pada minggu pertama selepas dilahirkan. Tetapi selepas tempoh itu, berat badan bayi seharusnya meningkat secara seimbang.

Ia adalah salah satu cara untuk mengetahui sama ada bayi mendapat susu mencukupi bagi mengekalkan pertumbuhan yang baik.

Berat bayi akan meningkat jika kerap menyusu.
Berat bayi akan meningkat jika kerap menyusu.

Kekerapan buang air besar dan kecil

Adakah normal bayi kerap berak?

Bayi yang menyusu perlulah membuang air besar lebih daripada sekali setiap hari. 

Pun begitu, normal jika bayi membuang air besar selang sehari. Najis bayi pula mestilah berwarna kuning pada minggu kedua. 

Si manja juga akan kencing lebih kerap dan kekerapan sehingga lapan kali sehari itu adalah perkara biasa.

Ini menjawab adakah normal bayi kerap berak.

Bayi aktif 

Jika bayi dapat menyusu dengan secukupnya, mereka akan gembira dan boleh bermain selepas sesi penyusuan. Bayi yang gembira adalah petanda semuanya dalam keadaan yang baik.

Sekiranya bayi cenderung menangis atau meragam walaupun selepas penyusuan, kemungkinan besar ia kerana mereka belum kenyang dan perlu menyusu lagi.

Keadaan payudara

Sebelum menyusu, payudara anda akan berada dalam keadaan agak pejal kerana penuh dengan susu. 

Manakala selepas penyusuan, ia akan berasa ringan dan lembut. Ini adalah petanda bahawa bayi menyusu dengan baik. 

Kekerapan bayi menyusu

Kekerapan sesi penyusuan juga boleh menjadi penentu sama ada bayi mendapat susu yang secukupnya atau tidak.

Perhatian!

Untuk 6 bulan pertama, anda perlu menyusukan bayi mengikut permintaan mereka. Tetapi seiring peningkatan usia, kekerapan ini akan berkurangan.

Kekerapan bayi menyusu berbeza

Tuntasnya, kekerapan penyusuan si manja adalah bergantung sepenuhnya kepada bayi itu sendiri dan keadaannya adalah berbeza bagi setiap anak.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyusuan bayi, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Breastfeeding FAQs: How Much and How Often. https://kidshealth.org/en/parents/breastfeed-often.html#, Accessed on June 15, 2023
  2. How Much and How Often to Breastfeed. https://www.cdc.gov/nutrition/infantandtoddlernutrition/breastfeeding/how-much-and-how-often.html, Accessed on June 15, 2023
  3. Frequency of Feeding. https://llli.org/breastfeeding-info/frequency-feeding-frequently-asked-questions-faqs/, Accessed on June 15, 2023
  4. Breastfeeding: how often & how long? https://raisingchildren.net.au/newborns/breastfeeding-bottle-feeding/breastfeeding-videos/how-often-how-long, Accessed on June 15, 2023
  5. Azadeh Saki, Mohammad Reza Eshraghian, and Hamed Tabesh. Patterns of Daily Duration and Frequency of Breastfeeding among Exclusively Breastfed Infants in Shiraz, Iran, A 6-Month Follow-up Study Using Bayesian Generalized Linear Mixed Models. Glob J Health Sci. 2013 Mar; 5(2): 123–133. Published online 2012 Dec 19. doi: 10.5539/gjhs.v5n2p123. PMCID: PMC4776771PMID: 23445700. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4776771/, Accessed on June 15, 2023
  6. Breastfeeding: the first few days. https://www.nhs.uk/conditions/baby/breastfeeding-and-bottle-feeding/breastfeeding/the-first-few-days/, Accessed on June 15, 2023

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bagaimana Sendawakan Bayi Yang Selalu Tertidur Masa Menyusu? Ini Caranya!

Dari Jauh Bayi Sudah Kenal Bau Ibu? Ini Sebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan