backup og meta

Baby Tak Berak 2 Hari, Bahaya Ke? Parent Perlu Faham Tentang Pergerakan Usus Bayi!

Baby Tak Berak 2 Hari, Bahaya Ke? Parent Perlu Faham Tentang Pergerakan Usus Bayi!

Sebelum mempunyai cahaya mata, pasti ramai yang membayangkan timbunan lampin yang dipenuhi najis. Jadi apabila bayi tak berak 1 hari atau baby tak berak 2 hari, pastinya anda tertanya-tanya jika ada sesuatu yang tidak kena.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kekerapan bayi menyusu badan berak

Sebelum mengetahui sama ada baby tak berak 2 hari keadaan yang patut dibimbangkan atau tidak, jom kita fahami mengenai berapa kerap bayi berak dalam sehari.

Terdapat pelbagai variasi ‘normal’ apabila berkaitan kekerapan pergerakan usus, terutamanya pada bayi yang menyusu dan ia akan berubah apabila mereka membesar.

Bagi bayi baru lahir yang menyusu badan, mereka biasanya akan membuang air besar selepas hampir setiap sesi penyusuan, biasanya menyamai lapan atau 10 kali sehari.

Mengapa begitu kerap? Refleks gastrokolik mereka masih belum matang. Bermaksud usus besar menghantar isyarat untuk mengosongkan perut apabila dipenuhi makanan.

baby tak berak 2 hari
Kekerapan bayi menyusu badan berak.

Selepas beberapa minggu, jadual membuang air besar bayi menyusu akan berubah. Mereka akan berak antara tiga atau empat kali sehari. 

Apabila bayi berusia lebih 6 minggu, mereka mungkin berak kurang daripada itu – mungkin hanya seminggu sekali.

Ini kerana susu ibu mempunyai keseimbangan nutrisi yang sempurna untuk bayi. Jadi ia diserap dengan baik oleh badan, menjadikan hanya sedikit sahaja sisa yang terbuang.

Anda biasanya tidak perlu bimbang melainkan warna atau konsistensi najis bayi tampak tidak normal.

Kekerapan bayi minum susu formula berak

Bagaimana jika baby tak berak 2 hari minum susu formula?

Pengambilan susu formula menyebabkan najis bergerak melalui usus pada kadar yang lebih perlahan. Keadaan itu sekali gus menyebabkan si manja biasanya kurang kerap membuang air besar.

Bahkan najis mereka juga lebih besar dan lebih berbau daripada najis bayi yang menyusu badan.

Semasa peringkat baru lahir, bayi yang diberikan susu formula mungkin berak sekitar tiga atau empat kali sehari.

Selepas beberapa bulan, si manja mungkin akan melakukan pergerakan usus antara satu hingga empat kali sehari atau kurang daripada itu. Ia bergantung kepada sistem pencernaan unik si kecil.

baby tak berak 2 hari
Kekerapan bayi minum susu formula berak.

Bergantung kepada sumber susu bayi baru lahir, kekerapan buang air besar juga mungkin berbeza:

  • Bayi menyusu badan – 8 ke 10 kali sehari
  • Bayi menyusu formula – 3 ke 4 kali sehari

Berapa lama bayi boleh tidak membuang air besar?

Dalam tempoh 24 jam lepas lahir, setiap bayi harus membuang najis mekonium sekurang-kurangnya sekali. Selepas itu pergerakan usus bayi adalah berbeza-beza.

Sekiranya anda bimbang kenapa bayi susah nak berak, lakukan rundingan dengan pakar kanak-kanak.

Baby tak berak 2 hari, perlukah risau?

Sekiranya kalian bimbang baby tak berak 2 hari, bertenang.

Tidak berak selama dua hari adalah normal, khususnya jika bayi menyusu badan. Manakala untuk si manja yang diberikan susu formula, ia mungkin disebabkan perubahan dalam formula atau menambah formula dalam pemakanan bayi.

Biasanya jika bayi dalam keadaan sihat, tidak berak untuk satu atau dua hari bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan selagi mereka menyusu dengan baik dan membuang air besar semula selepas itu.

najis anak
Najis anak saya normal ke?

Baby tak berak 2 hari: Fahami tanda sembelit

Penting untuk ibu bapa mengetahui bahawa jika bayi meneran atau kemerahan ketika hendak membuang air besar, ia tidak semestinya petanda mereka mengalami sembelit.

Ia boleh menjadi perkara biasa untuk bayi menunjukkan simptom tersebut dan mempunyai pergerakan usus dan najis yang normal.

Baby tak berak 2 hari: Bantu pergerakan usus si manja 

Sembelit yang tidak dirawat akan menyukarkan lagi si manja membuang air besar atau bayi tak berak tapi kentut. 

Oleh itu, jika anda mengesyaki sembelit punca ketidakselesaan bayi, beberapa petua di rumah ini boleh anda lakukan untuk melegakannya.

Jika bayi masih belum mengambil makanan pejal, anda boleh memberikan 30 hingga 59 mL jus buah seperti pir, prun atau epal, sekali sehari. Hentikan pemberian jus jika najis bayi menjadi terlalu cair.

Sekiranya si manja sudah mula makan, berikan mereka puri buah pir, pic atau prun. Jika bayi makan bijirin, mungkin anda boleh menukarkannya dengan oat, gandum atau barli. Bijirin beras boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah si kecil.

Ada kalanya memberikan bayi mandian air suam dapat membantu merehatkan mereka. Anda juga boleh melakukan urutan lembut untuk merangsang pergerakan usus si manja.

Jika baby tak berak 2 hari dan berterusan mengalami sembelit walaupun setelah melakukan perubahan diet atau disertai dengan gejala lain, segera jumpa doktor ya!

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How Long Can A Baby Go Without Pooping? https://childrensmd.org/browse-by-age-group/newborn-infants/long-can-baby-go-without-pooping/, Accessed on April 10, 2023 
  2. What are the signs of infant constipation? And what’s the best way to treat it? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/infant-constipation/faq-20058519, Accessed on April 10, 2023
  3. Constipation: Infant. https://www.nationwidechildrens.org/conditions/constipation-infant, Accessed on April 10, 2023 
  4. Constipation in Children. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/abdominal/Pages/Constipation.aspx, Accessed on April 10, 2023
  5. How Can I Tell If My Baby is Constipated? https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/diapers-clothing/Pages/Infant-Constipation.aspx, Accessed on April 10, 2023 
  6. Breastfeeding challenges. https://www.nhs.uk/start4life/baby/feeding-your-baby/breastfeeding/breastfeeding-challenges/constipation/. Accessed on April 24, 2023. 

 

Versi Terbaru

12/04/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Najis Bayi Warna Hijau Sebab Susu Ibu Cair? Ini 9 Punca Sebenarnya!

Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Ini 6 Cara Ibu Bapa Boleh Buat Untuk Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan