backup og meta

Anak Kerap Sembelit Kerana Pilihan Susu Kurang Sesuai? Ini Alternatif Untuk Si Manja

Anak Kerap Sembelit Kerana Pilihan Susu Kurang Sesuai? Ini Alternatif Untuk Si Manja

Ibu bapa mana yang tidak susah hati apabila melihat anak mereka menderita masalah sembelit. Namun, anda tidak perlu risau lagi, kami ada cara atasi sembelit kanak kanak!

Jom semak artikel ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu dalam cara atasi sembelit kanak kanak dengan cara yang betul.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

Punca sembelit kanak-kanak yang ibu bapa perlu tahu

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat beberapa punca masalah sembelit pada kanak-kanak itu berlaku.

Kadangkala, ia adalah disebabkan oleh punca yang jelas seperti kurang mengambil cecair dan serat daripada sumber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan1.

Namun, terdapat juga punca lain termasuk jika anak rasa tertekan atau terbeban dengan sesuatu seperti sewaktu ingin memulakan potty train, urusan sekolah, nurseri dan lain-lain1.

Kanak-kanak yang kurang aktif beraktiviti fizikal juga lebih berisiko untuk mengalami masalah ini berbanding mereka yang lebih banyak bergerak1.

Selain itu, pengambilan susu kanak-kanak yang kurang sesuai turut dikaitkan dengan kondisi sembelit.

Benarkah pengambilan susu adalah antara faktor utama masalah sembelit terhadap kanak-kanak terjadi?


Umumnya, masalah anak sembelit teruk dikatakan kerap terjadi kepada kanak-kanak yang diberikan sesetengah susu formula yang tidak sesuai dengan perut mereka yang sensitif. Ini kerana kesukaran organ usus dan perut dalam mencernakan kandungan minuman tersebut.

Kini anda sudah tahu punca sembelit kanak-kanak. Soalan seterusnya, bagaimana untuk anda mengenal pasti sama ada si manja mengalami masalah sembelit atau tidak?

anak sembelit
Anak sembelit boleh mengundang masalah lain yang lebih teruk.

7 simptom utama jika anak anda mengalami sembelit

Bagi memudahkan usaha ibu bapa untuk mengenal pasti petanda sebenar anak sembelit, berikut beberapa petunjuk yang lebih tepat berdasarkan simptom seperti2:

  • Perut anak kelihatan menegang, buncit dan keras
  • Anak mula rasa mual dan muntah
  • Najis yang keluar keras dan berdarah
  • Anak tidak berak 2 kali dalam tempoh 2 minggu
  • Terdapat najis pada seluar dalam seperti cirit-birit
  • Pergerakan anak yang agak pelik seperti menjengket-jengket kaki

Selain itu juga, anda turut boleh mengenal pasti tanda-tanda anak sembelit teruk apabila melihat mereka seakan lemah dan tidak aktif seperti selalu2.

Perkara normal dan kurang normal tentang pergerakan usus anak

Sebenarnya, tiada istilah normal dalam menentukan kekerapan anak anda membuang air besar3.

Hal ini kerana, sesetengah kanak-kanak yang mungkin tidak mengalami sebarang pergerakan usus selama beberapa hari.

Malah, ada juga si kecil yang tidak membuang air besar sehingga tempoh seminggu, kurang atau lebih.

Berita baik buat ibu bapa, anda yang sudah memahami proses pergerakan usus kanak-kanak akan secara tidak langsung dapat membantu mengenal pasti kekerapan proses tersebut terjadi.

Kemudian, barulah sebarang petua, langkah atau cara atasi sembelit kanak kanak dapat diamalkan!

Cara atasi sembelit kanak kanak dan tip menangani masalah pencernaan anak

cara atasi sembelit kanak kanak
Masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, beberapa cara atasi sembelit kanak kanak berikut boleh cuba diamalkan:

#1. Pastikan anak anda kekal hidrat

Sebenarnya, sangat penting untuk memastikan anak anda sentiasa terhidrat bagi membantu proses pergerakan usus yang lebih kerap4.

Hal ini kerana apabila tubuh si manja mengalami dehidrasi, ia akan menyerap air daripada usus besar, lalu menyebabkan najis menjadi keras, kering dan sukar untuk dikeluarkan5.

Selain itu, air putih dan jus buah buahan juga boleh diberikan.

Cara atasi sembelit kanak kanak #2. Tuaman air suam

Haba yang hangat boleh membantu merelakskan otot perut dan usus besar. Jika anak anda terpaksa meneran terlalu lama akibat sembelit, menuam air suam pada sekitar kawasan dubur selama beberapa saat dijangka dapat membantu proses membuang air besar5.

Cara atasi sembelit kanak kanak #3. Urutan yang perlahan

Anda juga boleh cuba melakukan urutan yang lembut dan perlahan menggunakan jari pada perut anak anda5. Cara ini dapat memberikan ketenangan kepada mereka, sekali gus membantu memudahkan pergerakan usus dan melancarkan pembuangan najis.

#4. Galakkan anak anda untuk aktif bergerak

Pergerakan yang aktif bagus untuk proses pencernaan anak anda6. Sebagai ibu bapa, anda boleh sahaja membawa anak anda ke taman permainan dan biar mereka bebas bermain dan berkawan di situ.

Cuma, pastikan kebersihan dan keselamatan di tempat anak anda bermain berada di tahap memuaskan!

#5. Penukaran susu untuk sembelit kanak kanak

Melakukan sedikit perubahan dalam jenis dan produk susu formula juga dapat membantu mengatasi masalah kanak-kanak yang sembelit.

Hal ini kerana ada kalanya, terdapat bahan-bahan tertentu di dalam susu formula tersebut yang mungkin menjadi punca kepada masalah pencernaan anak anda seperti alergi laktosa atau lain-lain7.

Antara produk susu untuk membantu penghadaman kanak-kanak

cara atasi sembelit kanak kanak
Susu formula untuk kanak-kanak.

Sebagai usaha untuk membantu masalah pencernaan seperti sembelit, ibu bapa perlu peka dengan diet kanak-kanak terutama susu yang diberikan.

Memperkenalkan susu formula Friso Gold, ia bukan sahaja mengandungi nutrien-nutrien yang disemak kualiti malah mudah untuk dihadam dan diserap oleh perut si manja.

Produk ini boleh membantu memenuhi keperluan untuk perlindungan usus anak dengan khasiat:

  1. NOVAS Signature Milk – Mineralisasi kasein rendah membolehkan protein susu mudah dihadam dan diserap oleh perut si manja.
  2. GOSGOS menggalakkan pertumbuhan bakteria usus yang baik.
  3. 2’FL – Memperkukuh mikrobiota usus yang sihat serta membentuk dan menyokong daya ketahanan.
  4. Probiotik B. Laktik HNO19

Hadir di dalam dua variasi untuk kanak-kanak iaitu Friso Gold 3 (1-3 tahun) dan Friso Gold 4 (3 tahun ke atas), ia juga tidak memiliki perisa tambahan.

Dengan mengekalkan rasa ringan susu secara semula jadi, ia sudah tentu menjadikan produk ini lebih mudah untuk dinikmati oleh kanak-kanak. 

Ditambah dengan diet pemakanan yang mengutamakan nutrisi seperti prebiotik, probiotik dan lain-lain nutrien penting ia secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan masalah anak sembelit teruk8.

Maka, sila lebih peka terhadap apa jua makanan dan minuman anak anda sebagai antara usaha dan cara atasi sembelit kanak kanak ya?

Sekiranya anda ingin tahu tentang jawapan tentang persoalan vitamin untuk kanak kanak sembelit, ubat sembelit kanak kanak di farmasi atau sebarang makanan dan minuman untuk mengatasi masalah ini, dapatkan nasihat serta maklumat daripada doktor.

Dapatkan maklumat tentang susu Friso Gold untuk anak anda di pautan ini.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Constipation, https://gutscharity.org.uk/advice-and-information/symptoms/constipation/, Accessed May 30 2024.
  2. Toddler Constipation, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17785-constipation-in-children, Accessed May 30 2024.
  3. It’s a Messy Topic, but Let’s Talk About Poop, https://www.seattlechildrens.org/wellness-and-health-news/talk-about-poop/, Accessed May 30 2024.
  4. How to Keep Kids Hydrated, https://www.chop.edu/news/health-tip/how-keep-kids-hydrated, Accessed May 30 2024.
  5. Constipation, https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/constipation/, Accessed May 30 2024.
  6. Constipation, https://kidshealth.org/en/parents/constipation.html, Accessed May 30 2024.
  7. Lactose Intolerance in Infants & Children: Parent FAQs, https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/Pages/Lactose-Intolerance-in-Children.aspx, Accessed May 30 2024.
  8. What are probiotics and prebiotics?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/probiotics/faq-20058065, Accessed May 30 2024.

Versi Terbaru

24/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anak Asyik Mengadu Sakit Perut, Ini 5 Puncanya Yang Parents WAJIB Tahu!

Ibu Ayah, Berikan Anak 6 Makanan Penting Ini, Baik Untuk Kanak-Kanak Sedang Membesar


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan