backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Ayah, Berikan Anak 6 Makanan Penting Ini, Baik Untuk Kanak-Kanak Sedang Membesar

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

Ibu Ayah, Berikan Anak 6 Makanan Penting Ini, Baik Untuk Kanak-Kanak Sedang Membesar

Sebagai ibu bapa, kadangkala anda juga mungkin keliru mahu menawarkan pemakanan apa untuk si manja anda, bukan? Ini kerana menu dan diet makanan kanak kanak itu adalah sangat penting bagi kesihatan sistem penghadaman dan tumbesaran mereka!

Apa yang lebih menakutkan, kajian seliaan UNICEF pada tahun 2019 menunjukkan 20.7 peratus daripada kanak-kanak berumur bawah 5 tahun di Malaysia mengalami masalah tumbesaran terbantut1.

Bagi memastikan kanak-kanak membesar dengan sihat dan baik, ibu bapa harus tahu tentang nutrisi makanan untuk kanak-kanak dan resepi makanan sihat untuk kanak-kanak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Kenapa kanak-kanak memerlukan nutrisi yang cukup?

Sebenarnya, konsep nutrisi yang cukup untuk kanak-kanak adalah sama sahaja dengan orang dewasa. Semua individu memerlukan nutrien penting untuk badan bagi meneruskan kehidupan masing-masing2.

Bagi kanak-kanak, pola pemakanan dan pengambilan nutrisi mungkin sedikit berbeza berbanding orang dewasa, bergantung kepada usia, jantina, tahap aktiviti dan faktor lain2.

Antara nutrisi makanan untuk kanak-kanak tersebut termasuk vitamin, mineral, karbohidrat, protein dan lemak2.

Jadi, dari mana kanak-kanak boleh mendapat nutrisi yang cukup untuk membesar?


Kesemua nutrisi-nutrisi ini boleh diperolehi daripada minuman dan makanan kanak kanak. Pemberian makanan tambahan atau suplemen perlu diawasi oleh ibu bapa atas saranan pakar. 

Persoalannya, kenapa nutrisi dalam makanan kanak kanak ini begitu penting di dalam kehidupan mereka?

Ketika kanak-kanak sedang dalam proses membesar, mereka perlu mendapat nutrien yang penting untuk tubuh badan yang lebih kuat dan sihat. 

Berikut merupakan manfaat pengambilan pemakanan yang seimbang untuk kanak-kanak sedang membesar3:

  • Membekalkan tenaga yang stabil
  • Mengekalkan berat badan sihat
  • Menguatkan tulang dan gigi
  • Mengelakkan penyakit kronik
  • Meningkatkan kesihatan mental

Oleh itu, ibu bapa perlu membekalkan dan memberikan makanan berkhasiat untuk kanak-kanak prasekolah dan yang sedang membesar agar tumbesaran mereka berkembang dengan lebih baik.

makanan kanak kanak
Diet makanan yang sihat untuk kanak-kanak.

Bagaimana untuk memilih makanan kanak kanak yang sihat dan berkhasiat?

Menurut Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), ibu bapa perlu memahami keperluan dan kepentingan nutrisi untuk anak anda terlebih dahulu sebelum dapat membuat keputusan yang tepat4.

Kata mereka lagi, terdapat 4 tahap utama dalam piramid makanan kanak kanak iaitu; bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan, sumber protein dan produk tenusu serta lemak sihat4.

Sesuai dengan saranan Kid’s Healthy Eating Plate oleh Harvard, berikut merupakan panduan pemakanan kanak kanak:

#1. Bijirin penuh

Golongan kanak-kanak seharusnya diberikan sumber bijirin penuh seperti roti, nasi dan pasta dengan syarat ia tidak diproses agar khasiatnya itu dapat dikekalkan5.

Selain penting untuk kesihatan penghadaman si manja kerana kandungan serat yang ada di dalamnya, makanan bijirin penuh juga boleh membantu mencegah penyakit kronik seperti diabetes, kardiovaskular dan kanser5.

anak cerewet makan
Apa ibu bapa boleh buat jika anak cerewet makan?

Menu makanan kanak kanak #2. Sayur-sayuran

Ramai kanak-kanak mungkin tidak menggemari makanan ini, namun semua orang tahu kenapa kanak-kanak perlu makan sayur!

Ini kerana ia merupakan sumber nutrien paling penting yang bukan sahaja bagus untuk membantu mengelak penyakit, malah menjaga organ penting seperti perut, usus, mata serta tubuh badan amnya6.

Menu makanan kanak kanak #3. Buah-buahan

Buah-buahan dengan pelbagai bentuk dan warna turut merupakan jenis makanan yang wajib diambil oleh kanak-kanak!

Walaupun ia mempunyai manfaat untuk membantu mencegah penyakit, namun pengambilan secara tidak terkawal terutama bersama gula tambahan di dalam jus mungkin boleh membawa risiko diabetes dalam kalangan kanak-kanak6.

#4. Sumber protein

Seperti mana yang kita tahu, protein sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otot, tisu dan tulang badan. Bagi kanak-kanak pula, ini adalah antara jenis nutrien yang perlu diutamakan7.

Sekiranya si manja kurang mendapat protein, maka masalah malnutrisi di negara kita bakal menjadi lebih meruncing.

#5. Produk tenusu

Ada sebab kenapa kanak-kanak disarankan untuk minum susu secukupnya kerana ia penting untuk kesihatan tulang dan gigi yang kuat sejak mereka kecil lagi8.

Selain itu, ibu bapa juga boleh menawarkan produk tenusu lain seperti keju dan yogurt kepada si manja. 

makanan kanak kanak
Pemberian susu penting untuk anak yang sedang membesar.

Diet makanan kanak kanak #6. Lemak sihat

Pemberian lemak sihat penting untuk anak yang sedang membesar. Antara contoh sumber lemak tidak bersaturasi yang bagus adalah kekacang, bijirin, sayur-sayuran dan daging ikan9.

Apa yang penting, ibu bapa tahu untuk membezakan jenis lemak baik dan lemak jahat!

Jadi, apa contoh makanan kanak kanak yang bagus?

Pakar Nutrisi, Helena Gibson-Moore berkata, kanak-kanak cenderung untuk mencontohi pola pemakanan dan pengambilan nutrien daripada ibu bapa mereka. Justeru, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik untuk anak-anak mereka10.

Bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang baik, ibu bapa wajar memainkan peranan dengan sentiasa membekalkan si manja sumber nutrisi yang terbaik.

Ini juga sangat penting bagi kesihatan penghadaman mereka! Ini kerana kesihatan sistem penghadaman dan pencernaan yang sihat dapat membantu kanak-kanak menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Antara fokus yang wajar diberikan perhatian oleh ibu bapa adalah sumber susu yang dibekalkan kepada anak!

Produk susu yang wajar ibu bapa pertimbangkan

Sebagai usaha untuk meningkatkan sistem penghadaman, pencernaan dan perkembangan tumbesaran anak, ibu bapa perlu peka dengan makanan kanak kanak termasuk susu yang diberikan.

Memperkenalkan susu formula Friso Gold, ia bukan sahaja mengandungi nutrien-nutrien yang disemak kualiti malah mudah untuk dihadam dan diserap oleh perut si manja.

Produk ini boleh membantu memberikan anak anda dengan khasiat berikut:

  1. NOVAS Signature Milk – Mineralisasi kasein rendah membolehkan protein susu mudah dihadam dan diserap oleh perut si manja.
  2. GOSGOS menggalakkan pertumbuhan bakteria usus yang baik.
  3. 2’FL – Memperkukuh mikrobiota usus yang sihat serta membentuk dan menyokong daya ketahanan badan.
  4. Probiotik B. Laktik HNO19

Terdapat di dalam dua variasi untuk kanak-kanak iaitu Friso Gold 3 (1-3 tahun) dan Friso Gold 4 (3 tahun ke atas), susu ini juga tidak memiliki perisa tambahan.

Dengan mengekalkan rasa susu secara semula jadi, ia sudah tentu menjadikan produk ini lebih mudah untuk dinikmati oleh kanak-kanak. 

Jadi, ibu bapa sila lebih peka terhadap pemberian minuman dan makanan kanak kanak untuk memastikan kesihatan keseluruhan si kecil anda dalam keadaan baik.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang panduan pemakanan kanak kanak atau resepi makanan sihat untuk kanak-kanak, dapatkan nasihat serta maklumat daripada pakar diet atau doktor pediatrik ya.

Dapatkan maklumat tentang susu Friso Gold untuk anak anda di pautan ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan