backup og meta

Baru Bergelar Ibu? Ini 7 Tip Penyusuan Untuk Anda, Barulah Tak Kekok!

Baru Bergelar Ibu? Ini 7 Tip Penyusuan Untuk Anda, Barulah Tak Kekok!

Pertama kali bergelar ibu? Sudah tentu anda berdebar untuk menyusukan si kecil. Ini cara penyusuan bayi yang betul sebagai panduan untuk anda. Semoga berjaya!

Cara penyusuan bayi yang betul

Setiap ibu pastinya memasang hasrat untuk menyusukan sendiri bayi mereka. Namun, jika berlakunya kekangan untuk menyusukan bayi, ada ibu yang mudah berputus asa dan buntu untuk meneruskan penyusuan.

Apatah lagi jika ini pengalaman pertama buat si ibu.

Kepada ibu baharu, ini tips cara penyusuan bayi yang betul dalam membantu proses menyusukan si kecil dengan susu ibu. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

#1. Ilmu penyusuan

Jika betul anda ingin menyusukan bayi secara eksklusif, lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan sejak anda hamil lagi.

Dapatkan info tentang penyusuan susu badan melalui bahan bacaan seperti majalah dan buku, ataupun anda boleh mencarinya di internet.

Namun, bagi mendapatkan tip sahih dan mempelajari cara penyusuan bayi yang betul, rujuk kepada doktor ataupun pakar laktasi.

cara penyusuan bayi yang betul

#2. Bertanya dan minta tunjuk ajar

Meskipun anda telah menghadiri kelas ataupun belajar tentang ilmu penyusuan, namun ia sama sekali berbeza dengan praktikal.

Anda dinasihatkan untuk mula menyusukan bayi, sebaik-baiknya dalam tempoh satu jam pertama selepas melahirkan bayi.

Anda boleh bertanya kepada doktor atau orang yang berpengalaman untuk membantu anda menunjukkan cara untuk menyusukan si manja dengan betul.

Dapatkan juga tips dari jururawat materniti atau konsultan laktasi hospital tentang panduan penyusuan.

Cara penyusuan bayi yang betul #3. Anda mesti selesa

Bukan keselesaan bayi sahaja yang perlu anda ambil kira, sebaliknya, sebelum memulakan penyusuan, pastikan anda berada dalam kedudukan yang selesa dan tenang.

Gunakan bantal penyusuan jika perlu.

#4. Posisi bayi

Kedudukan bayi semasa menyusu amat penting dalam membantunya mendapatkan susu dengan cukup.

Caranya:

  1. Pegang bayi rapat ke arah badan dan payudara ibu. Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  2. Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas. Anda boleh memegangnya dengan pelbagai cara asalkan anda merasa selesa.
  3. Rapatkan bayi ke payudara (bukan payudara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian areola masuk ke dalam mulut bayi.
  4. Penyusuan yang betul adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagu bayi menyentuh payudara, hidung bayi terletak pada payudara dan bayi boleh bernafas serta ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

Baca juga:

#5. Kenali rentak penyusuan bayi

Ketahui tanda-tanda awal bayi lapar seperti pergerakan bibirnya untuk menghisap puting.

Bayi baru lahir lazimnya menyusu antara 10 hingga 30 minit bagi setiap sesi.

Lazimnya, ibu akan menyusukan bayi antara 8 hingga 12 kali sehari.

cara penyusuan bayi yang betul

#6. Berikan bayi menyusu di dua belah payudara

Meskipun anda lihat si manja hanya selesa dengan sebelah payudara sahaja, tapi pastikan dia dapat menyusu di kedua-dua belah payudara.

Hal ini bagi memberikan bayi selesa dengan kedua-dua belah payudara di samping mengelakkan lebihan susu pada sebelah payudara sahaja.

#7. Positif

Jika anda mengalami kesukaran untuk menyusukan bayi, bertenanglah!

Jangan mudah putus asa. Dapatkan nasihat daripada pakar dan mereka yang berpengalaman. 

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/breast-feeding/art-20047138

https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/default.aspx

https://www.brighamandwomens.org/assets/bwh/obgyn/pdfs/breastfeeding-guide.pdf

https://www.lamaze.org/breastfeeding-tips

https://www.thewomens.org.au/health-information/breastfeeding/breastfeeding-overview/tips-for-breastfeeding-success

https://www.healthywomen.org/content/article/breastfeeding-tips-new-moms

5 breastfeeding tips for new moms

Breastfeeding: Hints to Help You Get Off to a Good Start

 

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan