backup og meta

3 Sebab Patut ELAK Beri Bayi Makan Kicap @ Ibu Akan Menyesal Nanti!

3 Sebab Patut ELAK Beri Bayi Makan Kicap @ Ibu Akan Menyesal Nanti!

Adakah sesuai untuk menambah kicap untuk bayi? Apakah mungkin ada pengganti garam untuk makanan bayi? Ikuti penjelasan Hello Doktor ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kicap untuk bayi

Mesti anda pernah terlihat seorang bayi kecil disuapkan makanan yang ditambahkan kicap sebagai bahan perasa makanan. Tetapi persoalannya, adakah ia sesuai?

Sebaiknya, seorang anak dalam lingkungan usia setahun disarankan untuk tidak memakan kicap.

Kenapa?

Ini kerana kandungan garam dalam bahan ini adalah sebanyak 20%. Berbanding dengan garam, penggunaan kuantiti kicap dalam masakan agak sukar untuk dikawal.

Secara amnya, bayi yang belum berusia 1 tahun tidak boleh memakan gula dan garam.

Kandungan gula boleh merosakkan gigi si kecil. Manakala penambahan garam dalam makanan akan meningkatkan bebanan pada fungsi buah pinggang bayi yang masih belum matang.

Keadaan buah pinggang bayi masih dalam proses tumbesaran dan belum matang ini akan menyebabkan ia sukar menyingkirkan kandungan garam berlebihan dalam darah.

Kesannya untuk tempoh jangka masa panjang, si kecil boleh mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi ketika dewasa nanti. 

Maka adalah lebih elok mengelakkan daripada memberikan kicap untuk bayi.

kicap untuk bayi

Bilakah masa sesuai memberikan kicap untuk bayi?

Adakah ini bermakna kicap tidak boleh diberikan langsung kepada bayi?

Seorang bayi boleh mula mengambil makanan pejal pada usia 6 bulan. Jumlah pengambilannya akan meningkat seiring pertambahan usia mereka.

Untuk bayi berusia setahun, sebaiknya jumlah garam yang diambil dalam sehari adalah kurang daripada 2 gram. 

Sekiranya anak masih tidak mencapai usia setahun, kuantiti garam dalam makanan haruslah kurang daripada 1 gram sehari.

Jadi bagi menjawab pertanyaan sama ada boleh atau tidak memberikan kicap untuk bayi, sebaiknya ibu ayah perlu menunggu sehingga mereka mencapai usia 1 tahun dan diberikan secara sederhana.

Sebenarnya, terdapat pengganti garam untuk makanan bayi yang boleh dicuba bagi mempelbagaikan rasa.

Tetapi sebelum itu, jom kita ketahui kesan yang boleh terjadi jika ibu mengamalkan tabiat memberi kicap untuk bayi sedari kecil lagi.

Kesan perlu diketahui

Berikut 3 akibat yang boleh terjadi:

1. Wujud risiko alahan

Ibu harus menghindari daripada menambah kicap dalam makanan si kecil di bawah usia setahun kerana mereka boleh mengalami alahan.

Kicap cenderung mewujudkan reaksi alergi kerana kandungan gandum di dalamnya. 

Jika anak anda mempunyai alahan gluten, maka sudah tentu kicap harus dielakkan.

kicap untuk bayi

2. Bahayakan kesihatan

Seperti dinyatakan pada awal tadi, pengambilan garam yang berlebihan pada awal usia boleh meningkatkan bebanan buah pinggang.

Keadaan ini terutamanya apabila organ si manja masih dalam proses tumbesaran.

Jadi sekiranya ibu tidak mahu timbul masalah kesihatan pada si kecil, sila elakkan okay?

3. Cerewet dalam soal makan

Mempunyai anak yang cerewet tentang pemakanan adalah satu perkara mencabar.

Bagaimana penulis mengetahuinya? Kerana anak penulis sendiri cerewet dalam bab makan, walaupun puncanya bukan kerana kicap.

Tapi betul ke kicap punca anak cerewet?

Anda biasanya mengambil kicap sebagai tambahan untuk menyedapkan makanan, bukan? Jadi keadaan yang sama juga berlaku pada bayi anda.

Kicap yang diberikan membuatkan mereka sudah terbiasa memakan makanan yang sedap rasanya, jadi kecenderungan untuk anak menolak makanan tawar boleh terjadi. 

Keadaan ini sekali gus boleh mengakibatkan anak menjadi seorang picky eater.

Baca juga:

Sudahkah kalian bersedia mengetahui pengganti garam bagi makanan bayi untuk membuatkannya lebih sedap?

Pengganti garam untuk makanan bayi

Pada hakikatnya, bayi dilahirkan dengan deria rasa yang lebih banyak berbanding individu dewasa. 

Bahkan, jangan terkejut mereka sebenarnya sudah mengembangkan pilihan citarasa sejak berada dalam rahim ibu lagi!

Pun begitu, deria rasa masin berkembang agak perlahan dan mula berfungsi apabila berusia sekitar 5 bulan.

Umumnya, rasa masin menjadi perasa yang paling disukai bagi kebanyakan kanak-kanak.

Ibu boleh menambah pelbagai rasa dalam makanan bayi melalui 2 cara:

  • Menyediakan pelbagai jenis makanan berkhasiat
  • Menambah ramuan segar dan rempah dalam makanan

Menambah rempah tidak bermaksud menggunakannya dalam jumlah yang banyak atau penggunaan bahan pedas.

Sebaiknya bahan rempah yang memberikan rasa pedas diberi hanya apabila si kecil sudah lebih berusia dan ibu ayah perlu memperkenalkannya secara berperingkat.

Kalau tidak, anak boleh mengalami cirit-birit nanti!

kicap untuk bayi

Kebaikan menambah rempah sejak kecil

Sekiranya anda masih ragu rempah adalah pilihan lebih baik daripada memberikan kicap untuk bayi, berikut antara manfaatnya:

  • Rempah melatih selera bayi untuk menikmati rasa yang seimbang dan menjadi asas kepada tabiat pemakanan sihat
  • Mengajar bayi untuk bersedia dengan perubahan pada rasa makanan. Sebagai contoh, tawarkan pisang yang dilenyek pada hari ini dan esoknya tambahkan sedikit kayu manis pada pisang lenyek. Ia boleh memberikan kesan pada perkembangan langit-langit anak
  • Herba segar mengandungi vitamin dan mineral
  • Penambahan herba boleh menjadikan makanan luar biasa dan membuatkan sesi hidangan makanan lebih menyeronokkan

Elakkan juga menambah monosodium glutamat (MSG) kerana ia tidak berkhasiat dan menyebabkan anak lebih menyukai makanan masin.

Walau apa pun, perkara paling penting adalah ibu perlu sentiasa memantau sebarang reaksi alahan pada anak sebelum memperkenalkan sebarang makanan baharu, okay?

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on May 10, 2021 from

https://www.motherread.net/encyclopedias/1-3-years-old/1-3-year-old-baby-feeding/baby-eats-condiments/can-the-baby-eat-soy-sauce

https://www.srnutrition.co.uk/2018/08/how-much-salt-should-a-baby-have/ 

https://www.childrensnutrition.co.uk/full-blog/salt-and-weaning 

https://www.ecoparent.ca/eco-food/baby-food-doesnt-have-be-bland

https://foodandnutrition.org/blogs/stone-soup/add-herbs-spice-baby-food/ 

https://daydaynews.cc/en/baby/810964.html

https://www.fhs.gov.hk/english/health_info/child/14727.html

https://www.dailymail.co.uk/debate/article-112837/Childrens-food-expert-Annabel-Karmel-advises-mealtimes.html

https://www.livingandloving.co.za/child/introducing-condiments-to-your-childs-diet

https://sciencemeetsfood.org/story-science-soy-sauce/ 

https://www.healthybabyfood.org/sites/healthybabyfoods.org/files/2020-04/BabyFoodReport_ENGLISH_R6.pdf

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Si Manja CEREWET Sangat Soal Makan? Ini 11 Cara Atasinya, Pasti BERKESAN!

Teruja Bayi Sudah Masuk 6 Bulan? Ini Yang WAJIB Ibu Tahu Sebelum Bagi Si Manja Makan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan