backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ini 11 Punca Si Manja MOGOK Untuk Menyusu, Ibu Sila Periksa!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

    Ini 11 Punca Si Manja MOGOK Untuk Menyusu, Ibu Sila Periksa!

    Kenapa bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba, sedangkan semalam tiada masalah dan proses penyusuan berjalan dengan baik sahaja? 

    Sudah tentu keadaan sebegini boleh mendatangkan kebimbangan di hati anda sebagai seorang ibu. Apatah lagi apabila anda turut menyedari si kecil kurang menyusu berbanding biasa.

    Adakah keadaan ini disebabkan oleh masalah kesihatan?

    Bertenang ibu! Umumnya, situasi bayi tidak mahu menyusu ini dikenali sebagai nursing strike atau mogok menyusu.

    Ayuh, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Lebih banyak info tentang Keibubapaan, dapatkannya di sini.

    Bayi tidak mahu menyusu badan kerana mogok?

    Apa yang dimaksudkan nursing strike atau mogok menyusu ini sebenarnya?

    Keadaan ini merujuk kepada tempoh masa bayi yang menyusu badan, secara mendadak menolak untuk menyusu.

    Tingkah laku ini biasanya bermula apabila si kecil melangkah ke usia 3 bulan dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka.

    Biasanya bayi yang mogok ini akan menolak apabila diberikan payudara tetapi tampak tidak tenang, meragam serta merengek kerana tidak diberikan susu.

    bayi tidak mahu menyusu badan

    Ada kalanya mogok menyusu ini disalah ertikan sebagai tanda si manja sudah bersedia untuk bercerai susu.

    Ibu harus faham bahawa bayi jarang untuk weaning off sebelum berusia 2 tahun

    Bahkan sekiranya si manja sedang melalui fasa bercerai susu ini, ia seharusnya berlaku secara perlahan-lahan dengan pengurangan kekerapan sesi penyusuan dan bukannya secara mendadak.

    Baca juga:

    Punca bayi mogok menyusu

    Masalah bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba ini boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor.

    Sering kali tindak balas ini adalah sementara yang melibatkan faktor luaran. Pun begitu, dalam sesetengah kes, puncanya tidak dapat dikenal pasti.

    Berikut antara beberapa pencetus mogok menyusu yang paling biasa terjadi:

    • Anda menukar jenis deodoran, sabun, minyak wangi, losen atau perkara-perkara lain yang mengakibatkan wujud ‘bau’ berbeza daripada kebiasaannya kepada si kecil
    • Anda berdepan tekanan sama ada melibatkan kerja atau kehidupan harian seperti sudah kembali bekerja atau masalah kewangan keluarga
    • Si kecil mengalami penyakit atau kecederaan yang membuatkan penyusuan menjadi tidak menyelesakan. Contohnya jangkitan telinga, hidung tersumbat serta jangkitan fungus atau luka pada mulut
    • Bayi mengalami sakit gusi kerana sedang melalui fasa pertumbuhan gigi
    • Anda mengubah corak penyusuan disebabkan beberapa faktor seperti memulakan pekerjaan baharu, mula menghantar bayi kepada pengasuh atau kerap menangguhkan penyusuan badan kerana sibuk
    • Anda memberikan tindak balas mengejut yang kuat apabila si kecil secara tidak sengaja menggigit puting. Bayi tidak mahu menyusu badan mungkin kerana ketakutan
    • Anda kembali hamil dan bekalan susu semakin berkurangan
    • Anda dalam fasa ovulasi dan bekalan susu mungkin berkurangan buat sementara waktu
    • Anda kurang mengepam susu apabila berjauhan dengan bayi
    • Berada dalam keadaan tidak sihat atau mengambil sebarang ubat termasuk beberapa kaedah kawalan kelahiran, yang boleh memberikan kesan negatif kepada bekalan susu 

    Satu lagi perkara yang boleh dipertimbangkan sebagai faktor menyebabkan bayi mogok menyusu adalah aliran susu terlalu kuat.

    Keadaan itu di mana susu masuk dengan banyak ke dalam mulut si manja sehingga menyukarkan mereka mengawalnya, sekali gus terus menolak payudara.

    bayi tidak mahu menyusu badan

    Atasi masalah bayi tidak mahu menyusu badan

    Tidak kira apa pun puncanya, berdepan situasi bayi mogok menyusu pastinya perkara yang tidak menyeronokkan. 

    Lebih-lebih lagi apabila bayi sukar menenangkan diri dan tidak gembira. Anda sebagai ibu juga mungkin berasa kecewa.

    Seperkara perlu ibu ingat adalah si manja bukan menolak diri anda. 

    Percayalah proses penyusuan akan kembali kepada normal, cuma mungkin memerlukan sedikit masa. 

    Berikut 5 tip yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah bayi tidak mahu menyusu badan ini:

    Sentuhan kulit ke kulit

    Berikan lebih banyak hubungan kulit ke kulit dengan membaringkan si manja lebih kerap ke dada anda.

    Sentuhan ini dipercayai sebagai penghilang tekanan dan dapat membantu menurunkan tekanan darah pada ibu. 

    Perahkan beberapa titis susu

    Ibu boleh cuba memerahkan beberapa titis susu pada puting sebagai cara untuk ‘memancing’ bayi untuk menyusu.

    Apabila bayi menghisap puting dan merasai susu, ia mungkin secara tidak langsung akan mencetuskan keinginan bayi untuk menyusu.

    Baca juga:

    Tukar posisi penyusuan

    Untuk mengatasi masalah bayi tidak mahu menyusu badan ini, apa kata ibu cuba menukar posisi penyusuan yang berbeza.

    Jika sebelum ini ibu biasa menyusukan si manja dengan duduk di kerusi, cubalah untuk menyusu sambil berbaring.

    Kurangkan gangguan

    Lakukan penyusuan di dalam bilik yang tenang dan selesa. 

    Elakkan sebarang gangguan bunyi bising seperti bunyi daripada televisyen yang boleh menyebabkan fokus bayi pada penyusuan terganggu.

    bayi tidak mahu menyusu badan

    Pemilihan masa

    Masa terbaik untuk mengatasi mogok menyusu ini adalah dengan membawa bayi menyusu apabila mereka dalam keadaan hampir tidur, sudah tidur atau baru terjaga

    Cara terbaik untuk mengelakkan keadaan bayi tidak mahu menyusu badan adalah dengan melakukannya secara perlahan-lahan dan hindari daripada memaksa.

    Biasanya bayi akan menyusu apabila disuakan puting walaupun ketika tidur lena.

    Paling penting apabila berdepan situasi bayi mogok menyusu, ibu perlu bertenang dan bersabar. 

    Percayalah dengan kesabaran itu, keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan