backup og meta

Baru Melahirkan Bayi Prematur? Ibu, Ini 7 Cara Bonding Saat Si Kecil Di NICU

Baru Melahirkan Bayi Prematur? Ibu, Ini 7 Cara Bonding Saat Si Kecil Di NICU

Bagi ibu melahirkan bayi prematur, pasti akan rasa seperti wujudnya jurang perhubungan terutamanya apabila bayi pramatang berada di NICU. Anda boleh cuba 7 tip ini untuk bantu mengeratkan jalinan kemesraan (bonding) kalian berdua. Semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bonding dengan bayi prematur di NICU

Bonding ialah jalinan yang kuat dan tahan lama antara bayi dengan individu yang menjaganya. Hubungan ini berlangsung dari masa ke masa dan berkembang berdasarkan momen yang diciptakan saban hari.

Ia melibatkan perkara seperti senyuman, sentuhan, kata-kata penuh kasih sayang dan juga bertindak balas terhadap keperluannya – merupakan proses 2 hala antara ibu bapa dan bayi.

Rasa yang wujud ini dapat membantu bayi berasa lebih selamat dan terjamin. Ia juga merupakan asas penting untuk perkembangan mereka. 

Anda mungkin bimbang jika tidak dapat menjalinkan ikatan dengan bayi pramatang yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Pastinya menyedihkan apabila perlu berpisah dengan si manja kerana mereka perlu dijaga di hospital.

Namun terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mendekatkan diri dan membina jalinan kemesraan dengan bayi ketika mereka di NICU.

bayi prematur

Tip eratkan hubungan dengan bayi prematur 

Walaupun bayi dilahirkan lebih awal, tetapi mereka sudah boleh ‘mengenali’ anda – suara dan bauan. Kehadiran anda mewujudkan rasa selesa sekali gus merupakan titik permulaan yang bagus untuk memulakan ikatan.

Berikut antara beberapa idea untuk membantu anda membina jalinan kemesraan semasa si manja masih di NICU. 

Menyentuh dan memegang

Sentuhan, pegangan dan urutan pada bayi boleh membantu mereka menjadi lebih tenang. Si manja akan belajar bahawa mereka boleh bergantung kepada anda untuk berasa tenang.

Bergantung kepada usia bayi yang lahir pramatang, kakitangan NICU mungkin mencadangkan untuk:

  • Bendungan – Meletakkan tangan dan lengan pada kedua-dua sisi bayi semasa mereka berbaring di atas katil. Keadaan ini membolehkan bayi pramatang mengalami keadaan yang sama semasa dalam kandungan
  • Sentuhan ringan – Elakkan mengusap kerana ia mungkin memberikan terlalu banyak rangsangan
  • Penjagaan kanggaruSentuhan kulit-ke-kulit penting dan membolehkan anda memegang dan memeluk bayi. Ia dapat menenangkan anda dan bayi. Bayi juga dikatakan akan lebih cepat pulih atau sembuh daripada masalah perubatan yang kerap terjadi kepada bayi lahir pramatang
  • Penyusuan kosong (Non-nutritive (comfort) breastfeeding) – Bayi NICU mungkin mengalami oral aversion kesan pemakaian tiub pada mulut dan wajah. Menyusukan bayi walaupun tanpa susu membantu mengatasi masalah tersebut
  • Kehadiran anda di sisi katil – Bayi mengenali suara dan bau anda, jadi penting untuk anda berada di sisi katil untuk membantu mereka berasa tenang dan membesar dengan lebih baik

Baca juga:

Fahami bahasa tubuh bayi prematur

Bayi akan menggunakan bahasa badan untuk mempamerkan perasaan mereka. Lama- kelamaan, anda akan belajar memahami bahasa tubuh si manja. 

Kakitangan perubatan juga boleh membantu anda untuk belajar membaca bahasa tubuh bayi.

Bermain dengan bayi pramatang 

Bermain dengan bayi membantu untuk:

  • Mengenali antara satu sama lain
  • Mengembangkan otak bayi
  • Membuatkan bayi berasa disayangi dan selamat
  • Mengajar bayi mengenai perhubungan dan keselesaan
  • Mengajar bayi mengenai persekitaran fizikal yang boleh dilihat, didengar, dirasa dan dihidu

bayi prematur

Semasa bayi berada di NICU, aktiviti bermain boleh melibatkan membuat raut wajah, menyanyi, tersenyum dan bercerita kepadanya. Sentiasa perhatikan bahasa badan bayi untuk mengenal pasti jika mereka sudah puas.

Eratkan hubungan dengan bayi prematur #Berkongsi bau

Memeluk bayi adalah cara terbaik untuk membantu mereka mengenali bau anda. Jika anda masih belum berbuat demikian, lakukannya dengan meletakkan sesuatu yang mempunyai bauan diri ke dalam inkubator bayi – seperti baju.

Elakkan juga menggunakan minyak wangi atau deodoran wangi kerana boleh mengganggu bayi untuk mengenali bau anda.

Namun pastikan anda bertanyakan kepada doktor terlebih dahulu ya.

Boleh diramal 

Melakukan perkara yang sama membantu bayi menyedari bahawa anda adalah individu konsisten dalam hidupnya.

Sebagai contoh, katakan atau buat perkara sama setiap kali anda ingin melakukan penjagaan kanggaru bagi memberikan isyarat kepada bayi bahawa sesuatu yang menenangkan akan berlaku.

Si kecil akan mula berasa selamat tentang anda dan cara anda bersamanya.

bayi prematur

Mengepam susu untuk bayi prematur

Susu ibu adalah makanan penting untuk bayi dan mengepam susu adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan kepada si manja.

Menjaga bayi

Kakitangan perubatan akan menunjukkan kepada anda cara menjaga bayi pramatang. Anda boleh membantu mencuci muka, menukar lampin atau membaringkan semula si manja.

Melalui penjagaan bayi ini, anda akan mula merasakan sebahagian daripada kehidupan mereka, dan si kecil akan belajar mengenali ibunya. Anda juga akan belajar mengendalikan bayi dengan cara yang disukainya. 

Menjaga diri sendiri 

Mempunyai bayi pramatang di NICU boleh memberikan tekanan dan normal untuk emosi anda rasa bercampur-baur. Namun penting untuk anda menjaga diri dan emosi dengan kesejahteraan diri.

Dalam keadaan sihat, anda akan dapat menjaga dan membina bonding yang lebih baik bersama si manja. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Playing with premature babies in the NICU. https://raisingchildren.net.au/newborns/premature-babies/play-learning/playing-with-premature-babies,  Accessed on Jan 8  2022
  2. Bonding with your premature baby in the NICU. https://raisingchildren.net.au/newborns/premature-babies/connecting-communicating/bonding-in-the-nicu, Accessed on Jan 8  2022
  3. When Your Baby’s in the NICU. https://kidshealth.org/en/parents/nicu-caring.html,  Accessed on Jan 8  2022
  4. The Neonatal Intensive Care Unit (NICU). https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=the-neonatal-intensive-care-unit-nicu-90-P02389,  Accessed on Jan 8  2022
  5. Interacting with Your Premature Baby in the NICU. https://www.saintlukeskc.org/health-library/interacting-your-premature-baby-nicu, Accessed on Jan 8, 2022
  6. Music to Their Ears: How Music Therapy Benefits Premature Babies in the NICU. https://pathways.org/music-to-their-ears-how-music-therapy-benefits-premature-babies-in-the-nicu/, Accessed on Jan 8, 2022 
  7. Common Parent Reactions to the NICU. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/preemie/Pages/Common-Parent-Reactions-to-the-NICU.aspx, Accessed on Jan 8, 2022
  8. Caring for a Premature Baby: What Parents Need to Know. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/preemie/Pages/Caring-For-A-Premature-Baby.aspx, Accessed on Jan 8, 2022
  9. Developmental Milestones for Babies in the NICU. https://www.childrenscolorado.org/conditions-and-advice/parenting/parenting-articles/nicu-developmental-milestones/, Accessed on Jan 8, 2022

Versi Terbaru

20/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Selain Saiz Kecil, Ini 5 Perbezaan Fizikal Bayi Pramatang Perlu Difahami

Bayi Pramatang Anda Kurang Berat? Ibu Boleh Cuba Tip Ini Untuk Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan