backup og meta

Nak Berjimat, Guna Kit Ujian Kehamilan Berkali-kali, Boleh Ke? Ini Cara Betul Guna UPT

Nak Berjimat, Guna Kit Ujian Kehamilan Berkali-kali, Boleh Ke? Ini Cara Betul Guna UPT

Test kehamilan untuk menguji hasil mengandung ataupun tidak boleh dilakukan sendiri di rumah. Ia mudah didapati di mana-mana farmasi dan senang digunakan.

Namun begitu, masih ramai wanita yang menggunakan kit ujian yang sama berulang kali. Persoalannya, bolehkah kita mendapatkan keputusan yang tepat jika ia sudah digunakan?

Teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu test kehamilan?

Ujian kehamilan atau dikenali sebagai urine pregnancy test (UPT) ialah satu ujian mudah untuk mengetahui sama ada anda hamil ataupun tidak.

UPT mengesan kehadiran hormon human chorionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing anda.
Hormon tersebut dihasilkan oleh plasenta setelah proses implantasi berlaku. HCG berada dalam darah atau air kencing anda seawal 8 hari setelah haid lewat.

UPT boleh dijalankan di klinik kesihatan atau boleh dibeli sendiri di farmasi.

Kajian mendedahkan jika digunakan dengan betul, test kehamilan yang dijual di farmasi mempunyai ketepatan sebanyak 97-99%.

test kehamilan

Bagaimanakah test kehamilan bertindak?

Seperti ujian makmal yang lain, ujian kehamilan bertindak apabila terdapat tindak balas kimia antara air kencing anda dan komposisi kimia yang berada di dalam jalur kertas ujian tersebut.

Jalur kertas ujian kehamilan mempunyai antibodi HCG, dan bertindak balas ketika ia mengesan HCG dalam air kencing anda.

Untuk test kehamilan yang biasa, jika positive hamil anda akan nampak 2 jalur merah pada ujian tersebut. Untuk yang digital pula, ia akan tertulis sama ada anda hamil atau tidak.

Jadi, boleh ke menggunakan UPT berulang kali?

Maaf jika ini akan mengecewakan anda, tetapi jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!

Seperti reaksi bahan kimia yang lain, tindak balas hanya boleh berlaku untuk kali pertama sahaja. Bayangkan jika anda membuat bertih jagung. Jika bertih jagung anda sudah jadi, anda tidak boleh mengulanginya lagi!

Baca juga:

Semasa anda menggunakan ujian kehamilan, sama ada anda kencing secara langsung atau mencelup jalur kertas ke dalam air kencing anda, tindak balas kimia di antara air kencing dan antibodi HCG sudah pun berlaku.

Anda tidak akan dapat mengulangi ujian dengan UPT yang sama lagi. Selain itu, ujian kehamilan seharusnya dibaca dalam lingkungan 5 minit sahaja. Jika anda membaca ia selepas sejam, keputusan yang diberikan salah sama sekali.

Kalau terkena air, bagaimana pula?

Walaupun air nampak kosong, tetapi air pun mempunyai komposisi kimia yang tersendiri.

Oleh itu, jika UPT anda terkena air, anda tidak boleh menggunakannya lagi (walaupun negatif ya!) kerana sudah ada tindak balas kimia di antara air dan ujian tersebut.

Hal ini kerana ujian kehamilan yang sudah terkena air akan mewujudkan garisan penyejatan dan memberikan keputusan false positive. Ia bermaksud, UPT akan menunjukkan anda hamil tetapi sebaliknya tidak.

Dengan itu, UPT yang sudah digunakan atau terkena air seharusnya dibuang dan tidak digunakan lagi kerana berpotensi memberikan keputusan yang salah.

test kehamilan

Cara menggunakan UPT dengan betul

Sebelum anda menggunakan ia, bacalah arahan yang disertakan dengan ujian tersebut. Namun, ini adalah langkah-langkah menggunakan ujian kehamilan secara am:

  1. Cuci dan keringkan tangan anda terlebih dahulu.
  2. Bukalah bungkusan ujian anda dan letakkan di permukaan yang rata, bersih dan kering.
  3. Pilihlah kaedah ujian yang selesa bagi anda. Terdapat 2 kaedah iaitu :
    • Kencing dalam cawan: sterilkan cawan anda dengan air panas dan sabun terlebih dahulu. Keringkan ia. Anda hanya perlu menangkap aliran pertengahan air kencing anda (mid-stream urine) secukupnya. Kemudian, celup ujian anda selama 5 saat.
    • Kaedah mid-stream: Kencing terlebih dahulu, tahan air kencing anda buat seketika dan letakkan ujian di posisi yang betul. Kemudian, teruskan kencing seperti biasa dan biarkan ujian selama 5 saat.
  4. Biarkan test kehamilan di tempat kering selama 5 minit, tetapi jangan lebih daripada 10 minit, ya!
  5. Bersihkan tempat ujian untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Konklusi

test kehamilan

Ingatlah bahawa UPT hanya boleh digunakan sekali sahaja, biarpun jika hanya terkena air kosong. Walaupun keputusan menunjukkan negatif, jangan sesekali cuba untuk menggunakan ia lagi!

Jika anda mempunyai tanda dan simptom kehamilan tetapi ujian tetap negatif, buanglah ujian tersebut dan cuba lagi selepas 2-3 hari.

Ia mengambil lebih masa untuk hormon HCG anda muncul dalam air kencing berbanding dengan darah.

Kalau anda masih ragu-ragu, silalah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan ujian yang lebih tepat.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pregnancy Test. https://medlineplus.gov/lab-tests/pregnancy-test/. Accessed on Sept 18, 2023.
  2. Home pregnancy tests: Can you trust the results? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/home-pregnancy-tests/art-20047940. Accessed on Sept 18, 2023.
  3. Pregnancy Tests. https://www.plannedparenthood.org/learn/pregnancy/pregnancy-tests. Accessed on Sept 18, 2023.
  4. Biesecker, J. L., & Rippey, J. H. (1981). Performances of urine pregnancy tests on College of American Pathologists Survey specimens. American journal of clinical pathology, 76(4 Suppl), 544–546.. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/7282640/. Accessed on Sept 18, 2023.
  5. Jackie Boxer, Sarah Weddell, David Broomhead, Cameron Hogg & Sarah Johnson (2019) Home pregnancy tests in the hands of the intended user, Journal of Immunoassay and Immunochemistry, 40:6, 642-652. https://doi.org/10.1080/15321819.2019.1671861.   Accessed on Sept 18, 2023.

Versi Terbaru

18/09/2023

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Pasti Mengandung Atau Tak? Ini Tanda Tanda Kehamilan Yang Boleh Anda Semak

Wahai Bakal Ibu, Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan Kendiri Sendiri Di Rumah?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 18/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan