backup og meta

Tepat Ke Keputusan Ujian Kehamilan Yang Dilakukan Di Rumah? Ini Jawapan Untuk Persoalan Itu

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/08/2020

    Tepat Ke Keputusan Ujian Kehamilan Yang Dilakukan Di Rumah? Ini Jawapan Untuk Persoalan Itu

    Selalu wanita akan check kehamilan di rumah terlebih dahulu apabila haid lewat. Tetapi adakah ujian kehamilan itu memberikan keputusan yang tepat?

    Melakukan ujian kehamilan

    Apabila bercakap mengenai ujian kehamilan atau kit ujian kehamilan, wanita selalunya mempunyai dua pilihan; sama ada mereka pergi ke klinik berjumpa dengan doktor, ataupun melakukan ujian kehamilan di rumah.

    Walau bagaimanapun, adakah kit ujian di rumah benar-benar berkesan, dan bagaimana untuk mengetahui jika keputusan tersebut betul ataupun tidak?

    check kehamilan di rumah

    Check kehamilan di rumah, tepat atau tidak?

    Kebanyakan kit kehamilan di rumah menjamin ketepatan 99%.

    Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan ujian kehamilan di rumah tidak cukup sensitif untuk menentukan sama ada seseorang wanita yang baru terlepas haid hamil ataupun tidak.

    Bagi mendapatkan keputusan yang boleh dipercayai, adalah disarankan untuk seseorang wanita itu mengambil ujian seminggu selepas mereka terlepas tarikh haid.

    Bagaimana kit ujian di rumah berfungsi? 

    Ujian kehamilan di rumah menentukan sama ada anda hamil ataupun tidak berdasarkan kehadiran hormon yang dikenali sebagai human chorionic gonadotropin (hCG) dalam urin anda.

    hCG dihasilkan oleh sel yang akhirnya akan membentuk ke dalam plasenta. Buat permulaan, hCG masuk ke aliran darah apabila telur yang telah tersenyawa mula untuk menempel pada lapisan uterus anda. Ini terjadi seawal enam hari selepas persenyawaan.

    Selepas beberapa minggu seterusnya, jumlah hCG dalam tubuh anda akan meningkat dengan drastik, biasanya berganda pada setiap dua hari atau selepasnya. Apabila ujian kehamilan mengesan hormon dalam urin anda, ia akan memberikan keputusan yang positif.

    Apakah perbezaan antara check kehamilan di rumah dan ujian perubatan? 

    Majoriti doktor atau penyedia penjagaan kesihatan akan meminta anda melakukan ujian urin, yang lebih kurang sama dengan apa yang anda lakukan di rumah.

    Namun, terdapat kemungkinan mereka akan juga mengambil sampel darah anda untuk mengenal pasti tahap ketepatan hCG pada tubuh anda.

    Selepas mengambil ujian darah, ia biasanya akan mengambil masa daripada satu jam sehingga sehari untuk anda mendapatkan keputusan.

    Adakah terdapat pelbagai kit ujian? 

    Bagi majoriti ujian kehamilan, anda akan meletakkan urin anda pada penghujung kit ujian, atau meletakkannya di dalam bekas untuk pengumpulan urin.

    Beberapa minit kemudian, kit penguji akan memberikan anda keputusan, seperti negatif (jika tanda tolak) atau positif (jika tanda tambah). Petunjuk lain keputusan adalah dengan menunjukkan satu garisan (tidak hamil) atau dua garisan (hamil).

    Ingatlah untuk memeriksa tarikh luput sebelum menggunakan kit ujian tersebut untuk memastikan bahawa keputusan adalah lebih tepat.

    ujian kehamilan

    Perubatan

    Perubatan tertentu boleh mempengaruhi keputusan kit kehamilan, termasuklah:

    • Promethazine, yang digunakan untuk alahan
    • Ubat untuk penyakit Parkinson
    • Hypnotics (tablet tidur)
    • Ubat penenang
    • Diuretik, digunakan untuk keadaan seperti kegagalan jantung
    • Anticonvulsants
    • Ubat digunakan untuk merawat ketidaksuburan

    Check kehamilan di rumah pengaruhi keputusan

    Semasa menguji kehamilan di rumah, pelbagai faktor boleh mempengaruhi keputusan. Lebih-lebih lagi, ketepatan ujian itu sendiri tidak boleh disahkan.

    Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda pergi ke hospital atau klinik melakukan temujanji dengan doktor bagi mengenal pasti sama ada anda hamil ataupun tidak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan